siapa zinnirah?

assalamualaikum w.b.t...

selalu dengar nasyid UNIC je..tapi kisah sebenar zinnirah tak ramai yang tahu..
sama la macam yanie..hehe..dulu tahu dengar nasyid tu je..tapi sirah dia tak ambik tahu..
n bila rasa curious tu sampai baru terhegeh2 nak find out..hari ni baru berkesempatan kongsi..
moga bermanfaat buat sume..^_^



-gambar hiasan-




Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.


Apabila mendengar kata-kata itu, orang-orang kafir Makkah itu telah mencabarnya. Maka terjadilah persengketaan antara mereka. Zinnirah tetap pendiriannya bahawa Allah SWT telah mentakdirkannya buta disebabkan perbuatan Umar keatasnya. Kemudiaan turunlah ayat Al-Quran yang diutuskan melalui Rasulullah SAW menyanjungi sikap Zinnirah ini.


Umar naik jemu apabila melihat betapa teguhnya iman yang ditunjukkan oleh Zinnirah. Umar pun berhenti menyeksanya kerana dia merasakan tiada gunanya dia menyeksa Zinnirah.Ini kerana semakin berat dia menyeksa Zinnirah semakin teguh iman Zinnirah kepada Allah SWT. Hebatnya Zinnirah....

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannya. Matanya lebih jernih dan penglihatan lebih jelas dari sebelumnya. Allah telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepadanya atas ketakwaannya. Kemudian Saidina Abu Bakar r.a telah membelinya dan memerdekakannya. Bebaslah dia dari kekejaman orang-orang kafir durjana.




Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.


Sesungguhnya penderitaan yang diterimanya itu tiada lain hanya menambah lagi rasa cintanya kepada Allah SWT. Dia semakin rindu untuk bertemu Allah SWT. Semakin banyak dia bersujud kepada Allah SWT, semakin deras air matanya membasahi tempat sembahyangnya. Dia semakin berani untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah..


Zinnirah..matamu jadi taruhan demi cinta ya Rabb..

p/s - moga kita tergolong dalam golongan mereka yang memperjuangkan agama Allah..ikhlas demi redhaNya..aamiin..:)


xoxo,
yanie

No comments:

Post a Comment