sakura..banyak rupanya!

assalamualaikum w.b.t...


haa..selalu kalau orang sebut pasal sakura,mesti ingat ade satu jenis tu je kan..
padahal sebenarnya sakura ni ade banyak cabang family dia..^_^
kat sini yanie state yang mana yanie tau jela ekk..:)



1- shirofugen cherry
(shirofugen)




~ sakura ni berbunga pada akhir april hingga mei
~ warnanya putih,dan semakin berubah pink di hujung

* sakura jenis ni merupakan sakura terakhir yang berbunga..ia mempunyai
lebih daripada 20 kelopak yang berwarna putih dan semakin berubah menjadi pink..
daun tumbuh seiring dengan bunga dan berwarna coklat.. sakura jenis ini jarang dijumpai..*




2- shogetsu cherry
(shogetsu)




~ sakura ni berbunga pada pertengahan april hingga mei..
~ ia berwarna putih

* sakura shogetsu merupakan jenis sakura yang baru ditemui di jepun..
ia mempunyai kelopak yang besar dan lebih daripada 20 kelopak..sakura jenis
ini tidak akan kembang sebelum pertengahan april..dan akan mula gugur selepas
awal mei..daun yang tumbuh seiring dengan bunga ini berwarna hijau muda..
hanya terdapat sedikit pohon sakura jenis ini yang boleh ditemui dan selalunya
pohon yang banyak ditemui tidak cantik..*




3- kanzan cherry
(kanzan)




~ sakura ni berbunga dari pertengahan april hingga awal mei
~ bunganya berwarna pink

* sakura jenis ni merupakan sakura yang paling banyak di Jepun..kelopaknya
terdiri daripada lebih 20 kelopak dan berwarna pink terang yang mula kembang sekitar
april.. sakura ini berbunga untuk tempoh yang singkat,tetapi mampu menutup sebuah
kereta dengan kelopaknya yang gugur.. kanzan mudah ditemui di setiap bandar..*




4- ukon cherry
(ukon)




~ sakura ni berbunga pada pertengahan april hingga mei
~ ia berbunga dengan banyak dan berwarna putih kekuningan

* sakura jenis ni merupakan salah satu jenis sakura yang berbunga lambat
serta termasuk dalam kumpulan zakura-yae(lebih daripada 5 kelopak)..
keistimewaannya, sakura jenis ni berwarna putih kekuningan.. seperti semua
spesies sakura yang berbunga lambat, daun sakura ini tumbuh seiring dengan
bunganya..hal ini membezakan spesies bunga ini dengan spesies yang lain yang
tidak mempunyai daun sehingga akhir musim..*




5- taihaku cherry
(taihaku)




~ sakura ni berbunga pada bulan mac hingga april
~ ia berbunga secara tunggal dan berwarna putih

* sakura taihaku bermaksud 'putih besar'..sakura jenis ni mempunyai
kelopak yang besar dan hanya terdiri daripada 5 kelopak..sakura
jenis ni jarang ditemui..*




6- takasago cherry
(sieboldii)




~ sakura ni berbunga pada penghujung mac hingga april
~ bunga yang banyak dan berwarna pink cerah

* sakura jenis ni merupakan jenis zakura-yae(mempunyai lebih daripada
5 kelopak)..ia berbunga dengan lebat pada bulan april..mudah dijumpai..*




7- shirotae cherry
(shirotae)



~ sakura jenis ni berbunga pada akhir mac hingga april
~ ia berbunga secara berganda dan berwarna putih

* sakura ni turut dikenali sebagai sakura gunung fuji..ia merupakan
zakura-yae yang besar,berwarna putih dan mempunyai daun-daun
hijau yang tumbuh seiring dengan bunganya..kebanyakan pohonnya
bersaiz kecil..*




8- yoshino cherry
(somei yoshino)



~ sakura jenis ni berbunga pada akhir bulan mac hingga awal april
~ ia mempunyai lima kelopak dan berwarna putih


* sakura jenis ni merupakan sakura yang paling banyak..
ia mula mekar pada penghujung bulan mac dan april..ia gugur seminggu
selepas itu..*




9- weeping cherry
(shidare zakura)




~ sakura jenis ni berbunga pada pertengahan bulan mac hingga april
~ ia berbunga secara tunggal dan berganda serta berwarna pink cerah


* sakura jenis ni mempunyai dua spesies..salah satunya yang
mempunyai lima kelopak(bunga tunggal) dan yang satu lagi lebih daripada
lima kelopak(berganda)..sakura shidare mula kembang beberapa hari selepas
shidare-yae-zakura..*




10- accolade cherry
(accolade)




~ sakura jenis ni berbunga pada bulan mac
~ bunganya mempunyai lebih kurang 10 kelopak dan berwarna pink


* sakura ni merupakan kombinasi antara higanzakura dengan oyamazakura..
ia menyerupai sakura whitcomb dan juga termasuk dalam senarai antara bunga
yang berbunga awal,hanya terlewat satu atau dua minggu daripada sakura whitcomb..
namun spesies sakura ni merupakan jenis zakura-yae(lebih daripada 5 kelopak),
sedangkan sakura whitcomb bukan zakura-yae..




11- whitcomb cherry
(whitcomb)




~ sakura jenis ni berbunga dari bulan februari hingga mac
~ kelopak bunganya terdiri daripada 5 kelopak yang berwarna pink dan putih di hujung
~ jarang ditemui


* sakura jenis ni berkait rapat dengan sakura musim luruh dan juga merupakan
sakura terawal yang berbunga bagi permulaan musim bunga..bunga-bunganya
mula mekar dengan warna pink pada akhir januari dan mekar penuh di sekitar
bulan mac..warnanya berubah daripada pink terang kepada putih sebelum gugur..*




12- sakura musim luruh
(autumnalis)




~ sakura ni berbunga sekitar bulan oktober hingga mac
~ ia berwarna pink cerah
~ spesies ni jarang ditemui


*sama seperti namanya,spesies ceri musim luruh berbunga
hanya pada musim luruh..bunga-bunga mula berkembang pada
musim luruh dan semua bunga mekar pada bulan januari dan februari..
tetapi jumlah bunga jenis ni tidak sebanyak bunga yang mekar pada musim bunga..*


haa..cantik kan! ^_^ *baik cakap ya,xbaik tipuu..heheh
nanti kalau pegi jepun lagi nak kena ambik seketul tanam kat depan umah ni..haha
okeh..tu je la kot untuk malam ni..mata dah macam unta dh rasa ni..:p
kena tido..esok bangun awal layan notes lagi..:)
 

xoxo,
yanie

3 comments:

  1. tringin nak tngk bunga ni depan2 ..tmbh2 time musim dia kembang... :)

    ReplyDelete
  2. in the future nanti insyaAllah dapat tengok..^_^ mesti lagi cantik! ^_^

    ReplyDelete
  3. sakura pale pink cantik.. :) nice info too.. :)

    ReplyDelete