senarai nasyid best

assalamualaikum w.b.t...




actually these are my list of favorite nasyid la..not representing everyone :D

and so far boleh share lirik je..sebab line so siput so me cannot share the video..ngee


  1. pemergianmu (inteam) - lirik
  2. kasih padamu (hafiz hamidun) - lirik
  3. kesaktian cinta (hafiz hamidun) - lirik
  4. wanita syurga bidadari dunia (oki) - lirik
  5. istikharah cinta (sigma) - lirik
  6. bilakan damai (hafiz hamidun) - lirik
  7. jawapan rindu (hafiz hamidun) - lirik
  8. di kamar sepi (saff one) - lirik
  9. destinasi cinta (mestica) - lirik
  10. balqis (unic) - lirik
  11. aisya humaira (unic) - lirik
  12. ainul mardhiah (unic) - lirik
  13. kesekian kali (suhaimi) - lirik
  14. dunia yang sepi (hijaz) - lirik
  15. kerana cinta (mestica + inteam) - lirik
  16. anak soleh (unic) - lirik
  17. ayah (ae man) - lirik
  18. siti munawirah (amar) - lirik
  19. warkah cinta berbau syurga (unic + IM Nazrul) - lirik
  20. ratu syahadah (inteam) - lirik
  21. sutera kasih (inteam) - lirik
  22. rindu bersama (amar) - lirik

 

 

 sampai situ je dulu..if ada tambahan nanti yanie update :*

 

xoxo,

yanie

review movie Love 911 (korean)

assalamualaikum w.b.t...


hari ni hari 3rd ada kat rumah ^_^ rasa macam nak review movie pulak..hehe
tajuk macam apa yang ade kat title post ni..:)

" LOVE 911 "



kejap..yanie list casts dia dulu..

*Koo Soo - Kang Il
*Han Hyo Joo - Mi Soo
*Ma Dong Seok - firefighter chief
*Kim Sung Oh - Yong Soo
*Juni - Hyun Kyung
*Jung Jin Young - detective 1
*Yang Dong Geun - detective 2

movie ni mengisahkan Mi Soo (doktor) n Kang Il (bomba).. Mi Soo ni kiranya Dr yang brutal jugak la..satu hari ade sorang patient datang kat emergency department,husband dia bawak..Mi Soo ni actually Dr baru..means dalam peringkat resident Dr lagi la camtu..if kat Malaysia mungkin Ho kot..

so,bila dia pegi emergency department,dia nampak la patient ni..then dia pun nak attend..but kawan dia tak bagi,suruh tunggu pakar datang..tapi dia cakap masa ni la nak bagi leader dorang impressive ngan dorang..kira nak grab peluang la kan..

bila diagnose,patient tu nampak tanda2 macam kena pukul..means macam kena abused dengan husband dia la sebab dorang judge appearance husband pt tu yang ada tattoo, muka ganas..kawan Mi Soo tanya,nak report polis tak..Mi Soo cakap kalau report polis leceh..

dipendekkan cerita,dia salah diagnose patient tu n masa otw balik,patient tu pengsan..and kat sana bila ade kes macam tu dorang panggil bomba..as a first aider macamtu..bomba pun bawak la pegi hospital..bila bawak datang hospital, Dr yang attend dia lagi sekali cakap ade aneurysm ruptured..

**Aneurysm: salur darah yang gelembung dan menipis (boleh pecah bila2 masa)..bila pecah boleh menyebabkan pendarahan dan kerosakan organ (otak)

husband patient tu tak puas hati sebab baru few hours before dia datang and Dr yang attend sebelum ni (Mi Soo) cakap takde apa2..so dia buat kacau kat situ..

then kebetulan Kang Il ikut laki tu untuk tenangkan keadaan..dia kan bomba :D masa tu husband patient tadi hantuk kepala kat Kang Il sampai berdarah hidung..

dipendekkan cerita lagi,lesen Dr Mi Soo kena gantung 3tahun..n chief dia cakap,cuba cari Kang Il n suruh dia saman laki tu..maybe boleh selamatkan lesen dia jugak..n disebabkan Mi Soo ni jenis yang main redah je, dia pun pegi la balai bomba cari Kang Il untuk suruh Kang Il dakwa laki tu..tapi Kang Il tak nak..siap halau Mi Soo lagi..

at last,Mi Soo and kawan dia masuk unit kecemasan bomba jadi sukarelawan..sepanjang tempoh tu la Mi Soo cuba pikat Kang Il..tapi Kang Il tak pernah endah..sebab dia still teringat dekat bekas isteri dia..

**bekas isteri Kang Il meninggal masa Kang Il tengah bertugas..selesai tugas,bila dia pegi hospital,isteri dia dah meninggal..serius sedih tengok!

lama2 Mi Soo cuba jugak pikat Kang Il..n Kang Il jatuh hati jugak.. (harusla kan, sebab mereka hero heroin cerita ni :p)
tapi one day,Mi Soo disahkan ade tumor kat otak dia..benign..tp kena operate buang jugak..
n masa dia otw nak pegi hospital untuk operate,masa tu Kang Il tengah bertugas..
bangunan yang dia masuk tu runtuh,dia tertimbus dalam tu....(selebihnya kena tengok sendiri :D)

ending dia, dorang finally jumpa each other jugak..




movie ni simple je..boleh la untuk hilangkan bosan tapi tak nak tengok drama :D walaupun dah lama dah but still best :D

xoxo,
yanie

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

assalamualaikum w.b.t..


memandangkan cuti sem baru je mula,rasa nak join segmen je..^_^
baru free dari notes yang berlambak katakan..eheh
jum2 join!



follower terkini :



okeh..tu je..^_^
jom join reramai! :)

xoxo,
yanie

siapa zinnirah?

assalamualaikum w.b.t...

selalu dengar nasyid UNIC je..tapi kisah sebenar zinnirah tak ramai yang tahu..
sama la macam yanie..hehe..dulu tahu dengar nasyid tu je..tapi sirah dia tak ambik tahu..
n bila rasa curious tu sampai baru terhegeh2 nak find out..hari ni baru berkesempatan kongsi..
moga bermanfaat buat sume..^_^



-gambar hiasan-




Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Beliau telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya beliau telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan seorang yang lemah, tetapi dari segi spiritualnya beliau mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah.

Rasulullah S.A.W memulakan dakwahnya secara sembunyi-sembunyi di kalangan orang-orang tertentu termasuk golongan bawahan. Antara yang menerima cahya keimanan ini ialah Zinnirah. beliau telah menerima dengan sepenuh hati. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan islam secara sembunyi-sembunyi, takut diketahui tuannya, Umar Al-Khattab. Beliau bersolat, berzikir, membaca Al-Quran, berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semuanya dilakukan secara berhati-hati.

Penderitaan ke atas Zinnirah ini bermula setelah tuannya Umar Al-Khattab mengetahui keIslamannya. Umar telah dapat menghidu perubahan yang berlaku ke atas diri hambanya itu. Setelah diselidiki, nyatalah bahawa hambanya meninggalkan agama nenek moyang dan menerima ajaran tauhid yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W.

Umar Al-Khattab cukup terkenal dengan sikap memusuhi Rasulullah S.A.W dan agama Islam sebelum keIslamannya. Beliau selalu mencerca Muhammad S.A.W. Beliau mencabar sahabat-sahabat yang telah memeluk Islam dengan sikap berani dan tegasnya itu. Beliau sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup kerana malu dipandang masyarakat. Dengan sifat keberanian inilah yang telah mendorong Rasulullah S.A.W berdoa agar salah seorang daripada dua Umar di Mekah supaya memeluk Islam.

Zinnirah menjadi mangsa awal di atas sikap kebencian Umar Al-Khattab terhadap Islam dan kaum muslimin. Apalagi, teruklah Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadap Zinnirah. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik adalah rutin kehidupan biasa Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan tenang dan sabar, di samping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah S.W.T.

Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialah apabila matanya dicucuk dengan besi panas. Beliau kehilangan kedua-dua matanya dan terpaksa mengharungi hidup dengan penuh kegelapan. Matanya buta, tetapi hati dan jiwanya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam kesengsaraan azab dari tuannya.

"Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurga. aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan."
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah S.W.T ketika bermunajat kepada Allah di setiap malam sebagai penawar jiwa di atas segala kesusahan yang dia hadapi. Jiwanya semakin kukuh. Imannya semakin teguh.

Pengorbanan Zinnirah mendapat cercaan kaum musyrikin Mekah. Pelbagai cacian dilemparkan kepadanya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana dilaknat oleh tuhan Latta dan Uzza. Mereka mencabarnya kerana Zinnirah mempertahankan diri dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, sebaliknya ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkan ianya berlaku.


Apabila mendengar kata-kata itu, orang-orang kafir Makkah itu telah mencabarnya. Maka terjadilah persengketaan antara mereka. Zinnirah tetap pendiriannya bahawa Allah SWT telah mentakdirkannya buta disebabkan perbuatan Umar keatasnya. Kemudiaan turunlah ayat Al-Quran yang diutuskan melalui Rasulullah SAW menyanjungi sikap Zinnirah ini.


Umar naik jemu apabila melihat betapa teguhnya iman yang ditunjukkan oleh Zinnirah. Umar pun berhenti menyeksanya kerana dia merasakan tiada gunanya dia menyeksa Zinnirah.Ini kerana semakin berat dia menyeksa Zinnirah semakin teguh iman Zinnirah kepada Allah SWT. Hebatnya Zinnirah....

Walaupun diuji dengan pelbagai rupa, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali dengan karamah Allah S.W.T. Dia dapat menikmati semula keindahan ciptaan Allah S.W.T. dengan penuh kesyukuran kepada Allah dan imannya semakin tinggi.

Zinnirah yang buta itu telah pulih penglihatannya. Matanya lebih jernih dan penglihatan lebih jelas dari sebelumnya. Allah telah memberikan nikmat yang tak terhingga kepadanya atas ketakwaannya. Kemudian Saidina Abu Bakar r.a telah membelinya dan memerdekakannya. Bebaslah dia dari kekejaman orang-orang kafir durjana.




Dengan taufiq hidayah Allah, Umar akhirnya memeluk Islam jua.


Sesungguhnya penderitaan yang diterimanya itu tiada lain hanya menambah lagi rasa cintanya kepada Allah SWT. Dia semakin rindu untuk bertemu Allah SWT. Semakin banyak dia bersujud kepada Allah SWT, semakin deras air matanya membasahi tempat sembahyangnya. Dia semakin berani untuk berdepan dengan musuh-musuh Allah. Itulah Zinnirah, wanita yang mendapat pimpinan dan kasih sayang Allah..


Zinnirah..matamu jadi taruhan demi cinta ya Rabb..

p/s - moga kita tergolong dalam golongan mereka yang memperjuangkan agama Allah..ikhlas demi redhaNya..aamiin..:)


xoxo,
yanie

resepi bubble/pearl

assalamualaikum w.b.t...








haa..yang tu kiranya bukti yanie ambik resepi ni pun kat web lain..eheh
kat sini
bagi yang nak jalan singkat tu,meh yanie gitau kat entry ni terus ey..^_^

Bahan-bahan ( 2 cawan )

  • tepung ubi (agak agak nak sebatikan dengan air)
  • air panas (cukup nak jadikan tepung jd doh)
  • pewarna (optional..tapi boleh pakai pewarna coklat)

Cara-cara

  1. tuangkan sedikit tepung ubi dalam mangkuk
  2. tuang air panas sedikit demi sedikit hingga adunan tepung ubi menjadi doh
  3. sambil tu tuangkan sedikit pewarna
  4. ambil sedikit dari doh dan gentel kan seperti bebola kecil (mcm pearl)
  5. rebuskan doh yang telah dibentuk menjadi bebola kecil tadi selama lebih kurang 20-30 minit
  6. bila pearl telah masak; tapis dan masukkan dalam air sejuk supaya tidak melekat
  7. *siap- pearl. untuk pastikan pearl terus lembut dan tidak melekat; letakkan pearl didalam larutan air *gula melaka*

**tapi nak senang beli je yang dah siap..tinggal nak rebus je :p


xoxo,
yanie

2nd Giveaways Belog Izyan Shamba

assalamualaikum w.b.t...



tu je.. :)
tamat : 16/6/13
tekan banner kalau nk join ey..



xoxo,
yanie

kronologi israk dan mikraj

assalamualaikum w.b.t...




1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.  dicuci dengan air zamzam,dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):


Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat
,

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.




(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam.. 


sumber : sini 


 
xoxo,
yanie

wordless wednesday

assalamualaikum w.b.t...


lama dah x ber'wordless wednesday'..^_^
so,pic yang jadi mangsa untuk hari ni,,
 




xoxo,
yanie

sakura..banyak rupanya!

assalamualaikum w.b.t...


haa..selalu kalau orang sebut pasal sakura,mesti ingat ade satu jenis tu je kan..
padahal sebenarnya sakura ni ade banyak cabang family dia..^_^
kat sini yanie state yang mana yanie tau jela ekk..:)



1- shirofugen cherry
(shirofugen)




~ sakura ni berbunga pada akhir april hingga mei
~ warnanya putih,dan semakin berubah pink di hujung

* sakura jenis ni merupakan sakura terakhir yang berbunga..ia mempunyai
lebih daripada 20 kelopak yang berwarna putih dan semakin berubah menjadi pink..
daun tumbuh seiring dengan bunga dan berwarna coklat.. sakura jenis ini jarang dijumpai..*




2- shogetsu cherry
(shogetsu)




~ sakura ni berbunga pada pertengahan april hingga mei..
~ ia berwarna putih

* sakura shogetsu merupakan jenis sakura yang baru ditemui di jepun..
ia mempunyai kelopak yang besar dan lebih daripada 20 kelopak..sakura jenis
ini tidak akan kembang sebelum pertengahan april..dan akan mula gugur selepas
awal mei..daun yang tumbuh seiring dengan bunga ini berwarna hijau muda..
hanya terdapat sedikit pohon sakura jenis ini yang boleh ditemui dan selalunya
pohon yang banyak ditemui tidak cantik..*




3- kanzan cherry
(kanzan)




~ sakura ni berbunga dari pertengahan april hingga awal mei
~ bunganya berwarna pink

* sakura jenis ni merupakan sakura yang paling banyak di Jepun..kelopaknya
terdiri daripada lebih 20 kelopak dan berwarna pink terang yang mula kembang sekitar
april.. sakura ini berbunga untuk tempoh yang singkat,tetapi mampu menutup sebuah
kereta dengan kelopaknya yang gugur.. kanzan mudah ditemui di setiap bandar..*




4- ukon cherry
(ukon)




~ sakura ni berbunga pada pertengahan april hingga mei
~ ia berbunga dengan banyak dan berwarna putih kekuningan

* sakura jenis ni merupakan salah satu jenis sakura yang berbunga lambat
serta termasuk dalam kumpulan zakura-yae(lebih daripada 5 kelopak)..
keistimewaannya, sakura jenis ni berwarna putih kekuningan.. seperti semua
spesies sakura yang berbunga lambat, daun sakura ini tumbuh seiring dengan
bunganya..hal ini membezakan spesies bunga ini dengan spesies yang lain yang
tidak mempunyai daun sehingga akhir musim..*




5- taihaku cherry
(taihaku)




~ sakura ni berbunga pada bulan mac hingga april
~ ia berbunga secara tunggal dan berwarna putih

* sakura taihaku bermaksud 'putih besar'..sakura jenis ni mempunyai
kelopak yang besar dan hanya terdiri daripada 5 kelopak..sakura
jenis ni jarang ditemui..*




6- takasago cherry
(sieboldii)




~ sakura ni berbunga pada penghujung mac hingga april
~ bunga yang banyak dan berwarna pink cerah

* sakura jenis ni merupakan jenis zakura-yae(mempunyai lebih daripada
5 kelopak)..ia berbunga dengan lebat pada bulan april..mudah dijumpai..*




7- shirotae cherry
(shirotae)



~ sakura jenis ni berbunga pada akhir mac hingga april
~ ia berbunga secara berganda dan berwarna putih

* sakura ni turut dikenali sebagai sakura gunung fuji..ia merupakan
zakura-yae yang besar,berwarna putih dan mempunyai daun-daun
hijau yang tumbuh seiring dengan bunganya..kebanyakan pohonnya
bersaiz kecil..*




8- yoshino cherry
(somei yoshino)



~ sakura jenis ni berbunga pada akhir bulan mac hingga awal april
~ ia mempunyai lima kelopak dan berwarna putih


* sakura jenis ni merupakan sakura yang paling banyak..
ia mula mekar pada penghujung bulan mac dan april..ia gugur seminggu
selepas itu..*




9- weeping cherry
(shidare zakura)




~ sakura jenis ni berbunga pada pertengahan bulan mac hingga april
~ ia berbunga secara tunggal dan berganda serta berwarna pink cerah


* sakura jenis ni mempunyai dua spesies..salah satunya yang
mempunyai lima kelopak(bunga tunggal) dan yang satu lagi lebih daripada
lima kelopak(berganda)..sakura shidare mula kembang beberapa hari selepas
shidare-yae-zakura..*




10- accolade cherry
(accolade)




~ sakura jenis ni berbunga pada bulan mac
~ bunganya mempunyai lebih kurang 10 kelopak dan berwarna pink


* sakura ni merupakan kombinasi antara higanzakura dengan oyamazakura..
ia menyerupai sakura whitcomb dan juga termasuk dalam senarai antara bunga
yang berbunga awal,hanya terlewat satu atau dua minggu daripada sakura whitcomb..
namun spesies sakura ni merupakan jenis zakura-yae(lebih daripada 5 kelopak),
sedangkan sakura whitcomb bukan zakura-yae..




11- whitcomb cherry
(whitcomb)




~ sakura jenis ni berbunga dari bulan februari hingga mac
~ kelopak bunganya terdiri daripada 5 kelopak yang berwarna pink dan putih di hujung
~ jarang ditemui


* sakura jenis ni berkait rapat dengan sakura musim luruh dan juga merupakan
sakura terawal yang berbunga bagi permulaan musim bunga..bunga-bunganya
mula mekar dengan warna pink pada akhir januari dan mekar penuh di sekitar
bulan mac..warnanya berubah daripada pink terang kepada putih sebelum gugur..*




12- sakura musim luruh
(autumnalis)




~ sakura ni berbunga sekitar bulan oktober hingga mac
~ ia berwarna pink cerah
~ spesies ni jarang ditemui


*sama seperti namanya,spesies ceri musim luruh berbunga
hanya pada musim luruh..bunga-bunga mula berkembang pada
musim luruh dan semua bunga mekar pada bulan januari dan februari..
tetapi jumlah bunga jenis ni tidak sebanyak bunga yang mekar pada musim bunga..*


haa..cantik kan! ^_^ *baik cakap ya,xbaik tipuu..heheh
nanti kalau pegi jepun lagi nak kena ambik seketul tanam kat depan umah ni..haha
okeh..tu je la kot untuk malam ni..mata dah macam unta dh rasa ni..:p
kena tido..esok bangun awal layan notes lagi..:)
 

xoxo,
yanie

Segment Follow Mollow Dan Menang

assalamualaikum w.b.t...

jom join segmen pepagi nih..
sambil2 buat lompat bintang..hahah





haa..nak join? klik banner atas tu eyy..^_^
tarikh tamat : 21/6/2013

follower yanie masa join : 22
^_^



xoxo,
yanie

Sesi beramah mesra deng an blogger by Syan Punya Belog

assalamualaikum w.b.t...


haha..lepas bangun tido terus BW..maka terjumpala pasal ni..
macam best je..hehe..so,nak try jugaklaa..
oke..here we go...^_^





                                                          - EXAM STARTS -



Name: Nurul Azzianie binti Ahmad Zamri

Brother(s): three..Ahmad Noraznizam b Ahmad Zamri (25yrs), Ahmad Norazdmiey b Ahmad Zamri (16yrs), Ahmad Norazdriey b Ahmad Zamri (13yrs)

Sister(s): one and only, Nurul Azzah binti Ahmad Zamri (22yrs)

Eye Colour: Dark Brown

Shoe Size: 3 (UK size)

hair: dark brown

Piercing: ears

Height: 141cm (rendah je..tinggi xmo meningkat..heheh)

What are you wearing right now? : orange teddy bear t-shirt

Where do you live: Tumpat,Kelantan

Favourite number: 3,9

Favourite drink: lime juice ^_^

Favourite month: semestinya September! (sbb birthday :p )

Favourite breakfast: anything..asalkan umi masak! hehe




                                                      -HAVE YOU EVER-


Broken a bone: never

Been in a police car: never

Fallen for a friend: never

Fallen for a guy/girl in short period of time: never

Swam in the Ocean: yes

Fallen asleep in school: ofkos..:p

Broken someone's heart: maybe ~

Cried when someone died: YES!

Sat by the phone all night waiting for someone to call : nope..

Saved e-mails: yes

Been Cheated: maybe


                                                          -WHAT-


 
what your room look like: macam library - bez utk tido..haha

what is right beside you: my bed :p

what is the last thing you ate: mamee chef perisa tomyam :p




                                                        -WHO-

 
who did you last yelled at: err..cant recall..housemate kott..hehe

who was the last person you danced with: my teddybear..haha

who last made you smile: my family,semalam.. ^_^



                                             -FINAL QUESTIONS-

 
what are you listening at now?: bunyi kipas..wuuu~ wuuu~~ :p

what did you do today: studying..sleeping..studying..eating..sleep again..hehe (final exam is coming~ )

Are you the oldest?: nope, im the 3rd..:)

Indoors and Outdoors?: indoors..:)



                                                -TODAY, DID YOU-

 
talk to someone you like?: nope..

kiss anyone?: nope..feel like nak balik sekarang - kiss umiabah! ^_^

sing?: yes

talk to an ex?: no..never have ex yet..:)

miss someone?: ofkos..my umiabah n siblings! ^_^

eat?: yup..hidup utk makan! eheh =='



                                              -LAST PERSON WHO-

 
You talked to on the phone?: my family

made you cry?: my friends..my haters..

went to the movies with?: no one..sebab xpenah kua pegi cinema,xminat..heheh :p

you went to the mall with?: friends

who cheered you up?: my family! ^_^



                                                      -HAVE YOU-

been to mexico?: no

been to USA? : no


                                                      -RANDOM-



have a crush to anyone?: yes

what book are you reading right now?: microbiology books..ahah..n also immunology =='

best feeling in the world?: when i get what i want :p

Future kids name?: err..not yet decided..but mesti ade 'Nurul' or 'Ahmad' as the beginning..:)

do you sleep with a stuffed animal?: nope

whats under your bed?: printer,water heater,rice cooker,iron board, n many more..:p

favourite sport(s) : nothing..xsuka sports..hehe

Favourite place: Kediaman N&Y ofkos! home sweet home ~

who do you really hate?: annoying people , attention seeker ..

do you have a job?: not yet, still studying..



- END OF QUESTION-

 
oke..tu je..:)
jom2 meriahkan ^_^
nak join? klik banner atas tu ey :)

xoxo,
yanie 

as-somad - antara ikhlas dan tidak

assalamualaikum w.b.t...

salam jumaat smua..today cuaca best sangat..
tak panas,tak hujan..sedang2 saja..eheh :p
and today dapat baucer buku..^_^

hari ni macam menarik je nak share pasal As-Somad..




 
As-Somad bermaksud The Self-Sufficient,The Eternal,Everlasting Satisfier of Every Need..
or kalau dalam bahasa melayunya,
Tempat Bergantung,Tempat Meminta Sesuatu,Tempat Memohon,Selama-lamanya Tumpuan Seluruh Makhluk..

so, ikhlaskah kita menjadikan Allah itu sebagai As-Somad?
ikhlaskah kita meletakkan Allah sebagai pemilik tempat teratas? astaghfirullahalazim..moga2 kita berada dalam kelompok yang mengEsakan Allah S.W.T

أول صلاح هذه الأمة باليقين و الزهد وأول فسادها بالبخل و الأمل – رواه البيهقي

“Permulaan keelokan umat ini ialah dengan yakin (yang sahih) dan kezuhudan, dan permulaan kerosakannya ialah dengan kebakhilan (yakni tidak mahu berbelanja di jalan Allah) dan angan-angan (berkenaan kemewahan dunia).” (HR Al-Baihaqi di dalam kitab Syu’bul-Iman)
 
contoh,jika kita dalam keadaan terdesak..
toleh kiri kosong..toleh kanan lengang..toleh belakang sunyi..tengok depan sepi..
masa tu la saatnya kita mengharapkan pertolongan Allah..
saat kita bersendirian..sunyi..no one will help us..
mungkin masa tu doa kita ikhlas..hati kita suci..airmata kita tulus..
 
tapi jika situasi sebaliknya?
kita ada orang lain untuk dijadikan tempat bergantung..
kita ada orang sekeliling untuk kita meminta bantuan..
kita ada kawan2 untuk kita hilangkan kesunyian..
masa tu adakah kita ingat Allah?adakah kita terlintas sesaat pada Allah?
adakah kita berdoa meminta2 pada Allah?
mungkin ya..mungkin juga tidak..
 
tapi saat itu mampu melalaikan kita daripada mengingati Allah..
dan..ada kalanya kita terlampau leka dengan tipu dunia..
kita sunyi,kita sepi,kita sedih..
tapi kita ego!ego untuk meminta pada Allah..
sedangkan Allah sendiri menegaskan..

قُلْ هُوَ اللّهُ أحَدٌ اللّهَ الصَّمَدُ

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Dialah Allah, Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” (Al-Ikhlas 112: 1-2)

subhanallah..:')
refleks jiwa..muhasabah diri..tanya hati..
adakah kita benar2 ikhlas?
adakah kita ikhlas dengan cinta kita kepada Allah?
 
btw sebut pasal surah al-ikhlas,
seorang sahabat pernah datang kepada nabi,
menceritakan bahawa sahabat yang lainnya suka sangat membaca surah al-ikhlas.
bila ditanya kenapa?

‘kerana aku mencintai surah ini’
'kerana dengan sebab cintanya kamu akan surah ini,Allah juga mencintai kamu’
’kerana kecintaan kamu terhadap surah ini, Allah memasukkan kamu ke dalam syurga’

 
allahuu :')
mereka baca kerana cinta..
mereka baca dengan penuh keihklasan..
 
tapi kita? kenapa baca surah al-ikhlas?
sebab cinta? 
or just sebab surah tu pendek? senang nak hafal?
tepuk dada tanya iman :)


xoxo,
yanie