Allah uji sebab Dia sayang..kenapa?

 assalamualaikum w.b.t...
 
 

 
"Allah uji sebab Dia sayang..macamana tu? kalau sayang kenapa uji? kenapa bagi rasa susah? tak boleh ke kalau bagi je terus nikmat tu?"
 
pernah tak dengar orang question macamtu? or, pernah tak sendiri terquestion macamtu?
 
tak salah pun nak question macamtu..sebab kita manusia, penuh dengan rasa ingin tahu kan :)
 
but, still...kenapa Allah uji kalau Dia sayang hamba-hambaNya?
 
for me, dia macamni..contohnya, awak doa something kat Dia..yes, He will grant it someday..but kenapa tak grant je terus? mintak nak kaya, dapat harta sekelip mata je, mintak nak kesabaran dapat rasa sabar dalam few minutes je, mintak nikmat makanan sedap terus bukak peti ais ada bersusun nikmat makanan dalam tu..senang kan macamtu..

tapi tak..Allah Maha Memberi, Maha Besar..Dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang kita mintak..

kita doa nak kaya, Dia bagi ujian dengan rasa kurang dulu sebelum Dia bagi ganjaran kesenangan dunia..kenapa? supaya satu hari nanti bila Dia bagi kesenangan tu, kita akan dapat hargai and betul2 menikmati nikmat tu..at the same time sepanjang jalan kita nak dapat kesenangan tu Dia bagi ujian supaya sepanjang jalan tu kita dapat pahala sekali, bukan nikmat yang kita doa sebelum ni tu semata-mata..
 
ujian itu bukan untuk melemahkan..bahkan ujian itu sebenarnya untuk menaikkan lagi tingkat kita dalam kehidupan..

even dalam kehidupan biasa pun kita ada exam - UPSR, PMR, SPM..kenapa? apa pentingnya semua tu? untuk naikkan tingkat pembelajaran kita dari sekolah rendah ke sekolah menengah; dari sekolah menengah ke universiti dan sebagainya..dan markah setiap orang pun berbeza-beza kan..dari situ diasingkan lagi kita ke dalam kelompok genius, bijak dan perlukan lebih perhatian :)

sama konsepnya dengan ujian Allah..tapi ujian Allah tu lebih mendalam, lebih perlu dilihat secara terperinci..
 
"kita dah buat baik pun kenapa diuji lagi? dah solat, dah sedekah, dah buat semua amalan2 sunat, tapi kenapa diuji jugak?"

sebab mungkin Allah dah sediakan tempat untuk kita di syurga..tapi syurga tu kan ada banyak peringkat..so, mungkin Allah nak kita jadi penghuni dalam syurga tingkat atas2..maka Dia hadirkan ujian demi ujian untuk tinggikan lagi darjat kita..

kalau Dia tak bagi ujian extra kat kita, apa je yang boleh kita banggakan untuk jadi penghuni syurga atas2 tu?sama je la macamtu dengan penghuni syurga yang lain :)

maka, bersangka baiklah dengan Allah..Dia tidak menguji seseorang diluar kemampuan, tidak juga menguji tanpa sebab :)

thats why kita sebagai hamba yang kadang tak lari dari rasa ingin tahu perlu sentiasa cari jawapan dan hikmah di sebalik sesuatu..everything happen for a reason, kan? dan di sebalik sesuatu yang berlaku pada kita tu tersimpan sejuta hikmah yang kita mungkin tak nampak harini, esok atau bertahun lamanya :)

yang penting, sentiasa sangka baik dengan Allah :)
 
“Sungguh menakjubkan urusan seorang Mukmin. Segala perkara yang dialaminya sangat menakjubkan. Setiap takdir yang ditetapkan Allah bagi dirinya adalah kebaikan. Apabila kebaikan dialaminya, maka dia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila keburukan menimpanya, dia bersabar dan hal itu merupakan kebaikan baginya.” (Hadis Riwayat Muslim) 




xoxo,
yanie


No comments:

Post a Comment