kisah hospital: SLE

 assalamualaikum w.b.t...


last week discussed about SLE cases..tiba2 teringat few years back pernah terjumpa patient SLE..

"adik masuk ward ni kenapa ye?"

"sebab darah tinggi..Dr kt ED cakap darah 150/100.."
 
....berumur 19tahun, tiada sejarah apa-apa penyakit atau masalah kesihatan, juga tiada sejarah keluarga yang boleh dikaitkan..namun, faktor risiko berkemungkinan  berpihak kepada diagnosis..darah diambil, satu persatu ujian dilakukan untuk mengenalpasti punca..

dan beberapa hari kemudian keluar diagnosis bahawa adik itu menghidap SLE..
 
 

 

****************

apa itu SLE?
- SLE ialah sejenis penyakit autoimmune..yang mana antibodi badan kita yang sepatutnya protect kita tiba2 attack badan kita sendiri..

adakah SLE inherited(diwarisi)?
- yes & no..boleh jadi diawarisi tapi boleh jadi jugak tanpa sebab..means anyone boleh dapat..

SLE attack system mana je?
- all system in the body..like the name itself - 'systemic'..cuma which one dulu je boleh berbeza..
 
apa faktor risiko (risk factor) SLE?
- keturunan
- umur 15-45 tahun
- ubat-ubatan (contohnya: procainamide, isoniazide, phenytoin)

lelaki ke perempuan lagi high risk?
- perempuan

apa itu malar rash? (common symptoms of SLE)
- merah di muka yang menyerupai butterfly (rujuk gambar atas)

apa tanda2 SLE yang lain?
- alahan pada cahaya (photosensitivity)
- painless mouth/nose ulcers
- sakit sendi
- kencing berbuih
 
apa komplikasi2 yang mungkin jadi?
- renal failure (kegagalan buah pinggang)
- pericarditis (radang pada lapisan jantung)
- stroke (strok)
- seizure (sawan) 
- heart attack (sakit jantung)

apa treatment untuk SLE?
- setakat ni SLE takde specific treatment untuk rawat or untuk sembuhkan..but ada management untuk prevent kerosakan organ secara cepat, untuk bantu kurangkan symptoms dan bantu untuk tingkatkan kualiti hidup :) secara ringkasnya, bantuan ataupun rawatan penyakit SLE bergantung kepada symptoms yang pesakit tu alami :)


disclaimer: apa-apa info yang dikongsikan hanyalah untuk perkongsian..bukanlah untuk mendiagnos :) if you have any concern, cepat2 jumpa Dr..jangan self-diagnose :)



xoxo,
yanie

No comments:

Post a Comment