cinta pertama

assalamualaikum w.b.t..









CINTA PERTAMA



Siapa sangka, teori cinta pertama sememangnya wujud..
Saat kau buka mata di hari pertama kau memikul tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Tuhan..
Saat kau mula kenal dunia ini tidak sesunyi yang kau impikan..
Tidak seindah yang kau bayangkan..
Saat kau belum lagi mengecap makna sebenar dunia..
Saat kau mulakan kerlip pertama..
Saat kau pertama kali menatap wajah si dia – IBU & AYAH

Dan cinta pertama itu sememangnya hanya untuk kau..
Sedang ibumu dan ayahmu terlebih dulu menangis kerana cinta..
Terharu dengan hadirmu..
Saat kau belum lagi punya nyawa apatah lagi satu jasad utuh..

Cinta itu tak pernah padam..
Orang kata, cinta itu menyakitkan..
Cuba imbas kembali..
Kerana cinta ibu dan ayah melarang..
Kerana cinta ibu dan ayah menghalang..
Kerana cinta ibu dan ayah mengawasi seteliti mungkin..

Namun, benarlah kata bijak pandai..
Saat kau mula kenal dunia, mula hanyut dan leka, cinta itu bagai tiada apa-apa..
Kau mula menolak kekasih kurniaan Allah..
Kau mula menjadi penyebab gugurnya setitis air mata..
Kau mula lupa pada erti cinta pertama..
Dan kau mula mengejar cinta dunia..

Sedang kau menikmati usiamu, mereka makin meniti hari-hari senja..
Lupakah kau pada cinta pertama?
Coretan kisah cinta ulung dalam sejarah hidupmu..
Lupakah kau pada setiap kasih setiap sayang?
Pejam mata, imbas kembali..
Tak salah untuk toleh ke belakang..
Hanya sekadar untuk kenal erti menghargai..

Muhasabah diri..belajar untuk bersyukur pada Illahi..




xoxo,
yanie

No comments:

Post a Comment