lamb chop :)

assalamualaikum w.b.t...


ari ni santai2 je..^_^
semalam yanie buat lamb chop..ngee
tapi xdela se'cun' yang kat kedai punya..
just buat simple2 untuk santapan perot ni je..eheh :p

puncanya,sebab dah lama mengidam nak makan lamb chop..tapi selalu xberkesempatan..
aitu pegi mana ntah order lamb chop kat foodcourt tu..
tup2 yang sampai chicken chop..agak hangin la kan..-.-

at last decide nak buat sendiri je..ngee
pegi mall,beli lamb,beli bahan2 untuk sauce..
 maka terhasillah....tadaaa!!!!



okeh..tau x cun..ahah
nak buat acano,dah eksaited sangat nak snap pic,sampai salad ngan kentang putar pun xsempat letak :p
kat sini yanie letak resepi dia skali..:)
resepi yanie ambik kat sini
tapi yanie olah sikit2 dari resepi tu..:)

bahan2 untuk lamb
  • 4 keping daging kambing (yanie guna sekeping,bahagi dua)
  • 1/2 kiub ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap manis/kicap mee (yanie hentam je kicap pekat/kicap biasa)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)
  • 1cm halia(tumbuk kasar)
  • Lada hitam, lada sulah, rosemery,tyme,oregano (yanie guna lada hitam je..tumbuk)
  • Sedikit olive oil (yanie xletak..daging tu dah lembab lepas goreng)
  • gula (kalau suka)

cara2

  1. Bersihkan daging kambing dan toskan (tengok cara hilangkan hamis kambing kat sini)
  2. Ketuk2 sket bahagian isi daging kambing supaya daging tidak liat.(yanie picit2 camtu je sebab daging yang yanie beli tu fresh,xliat pon)
  3. Lumurkan kepingan daging kambing dengan kiub ayam,diikut dengan herba (lada hitam, rosemery,oregano,tyme dan mixed herba..yanie sebab guna lada hitam je,so lumur guna yang tu)
  4. Gaukan pula dengan sos tiram dan kicap manis (or kicap mee or kicap ape yang guna) *yanie tambah sos bbq skali)
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk (bawang putih,halia)
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering (yanie xletak sebab aitu olive oil habis)
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi yanie perap semalaman biar sume bahan perapan meresap ke dalam daging...best!
  8. Bakar daging sehingga masak..yanie guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus..*if nak bagi daging tu rasa manis2 sikit,tambah gula masa bakar tu..
untuk resepi blackpepper sauce klik sini

*nanti kalau ade masa yanie taruk resepi kentang putar lak..:)


xoxo,
yanie

kata motivasi #2

assalamualaikum w.b.t...





only ourselves can understand what we feel..:')

resepi sauce untuk lamb chop/chicken chop

assalamualaikum w.b.t...





Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (yanie guna sos bbq)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (yanie guna kuali je),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air...kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau..sebab gandum tu akan jadi pekat)..then,masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam (yanie guna sos bbq),sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

*sos tu jadi banyak - cukup untuk 3/4 keping lamb..tapi yanie buat untuk guna kat sekeping/2keping lamb je..so,lebih tu yanie simpan..setakat ni oke je..xnampak berubah pape..cuma masa nak guna tu panaskan balik..
sumber : sini
xoxo,
yanie 

petua hilangkan hamis kambing

assalamualaikum w.b.t...


petua ni daripada umi yanie..
sebab yanie selalu tengok cara umi ilangkan hamis kambing bila nak masak..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi-GZwhMT4ETbnUD1wtBTjClUzTAe0hPOrBVrmOtWgl_P0eeZwSZQ1ZhBuQhgCr85j3m5CQOfIT7VXIxeRuWhj4pELA2_lUBWgVUPvkopCMyburc5Y3HU6JC4lmakzXMaDOLYCDevv8Opo/s640/lemon_rosemary.jpg
-gambar ihsan gugel-

1- rendamkan daging kambing dalam air bersama larutan tepung gandum (xkisah tepung banyak mana pun,asalkan boleh cover seluruh daging tu..yanie selalu letak x sukat pun) ..biar selama setengah jam/40 min..

2- basuh daging kambing tadi daripada sisa2 tepung sampai bersih

3- lumur daging kambing dengan perahan limau/lemon .. biar selama setengah jam/ 40min..

4- basuh/lalukan daging tadi dengan air bersih

*kalau daging tu nak masak western,lalukan kat air bersih pun dah cukup
*kalau nak masak gulai ke,makanan tradisional,basuh daging tu sampai bersih


xoxo,
yanie

bahasa klate part 2 (daily words)

assalamualaikum w.b.t...


Senarai Buffet Ramadhan Kelantan 2020 (Promosi Berbuka Puasa)
 sumber gambar: google


yang ni continued from part 1 haritu :D

41. Naleng-berdebar
42. Bedo’oh-melampau
43. Reyok-senget
44. Gege-bising
45. Blorey-lapar/kebulur
46. Ngaji-belajar
47. Songeh-perangai
48. Jokako-pemuda yang bekerja semasa kenduri
49. Ngeley-menjemput orang untuk menghadiri kenduri
50. Kelih-tengok
51. Beleming-berminyak
52. Serokoh-serabut
53. Sobek-menghias
54. Slepek-lembik
55. Ngolek-mengelak
56. Gitumor-over
57. Sokmo-selalu
58. Dey-sempat
59. Ngoti-sungguh
60. Besu-sungguh2
61. Berigak-kantoi
62. Belembey-bersepah
63. Lajok-terlebih
64. Gewe-kekasih
65. Cekak-larat
66. Nyero-tidur
67. Bokali-maybe
68. Blana-banyak/ramai
69. Meta-kejap
70. Bobok-merapu

....will be continued :)


xoxo,
yanie

bahasa klate part 1 (daily words)

assalamualaikum w.b.t...

Senarai Buffet Ramadhan Kelantan 2020 (Promosi Berbuka Puasa)
sumber gambar: google

1. Makey – makan
2. Sero – rasa
3. Denu / deknung – di sana
4. Murih – marah
5. Ngabe – membebel
6. Kemboh – bersepah
7. Yo – dia
8. Bekwoh – kenduri
9. Ngekkoh – aqiqah
10. Bakpo – kenapa
11. Boktey –sebab
12. Ho – ya
13. Jjerik – nangis
14. Tepik – menjerit
15. Tebolah – cuai
16. Nyemar – pengotor
17. Kupik – kedekut
18. Gocoh – belasah
19. Ngepong – bodek
20. Nyapong – mencarut
21. Sengeling – sengaja
22. Monggek –membonceng
23. Sebey –malap
24. Roba-pemadam
25. Kaley-pensel
26. Sekeil-pembaris
27. Sekum-serasi
28. Chakduh-gelabah/cuai
29. Sekeng-miskin
30. Oyak-bagitau
31. Kecek-bercakap
32. Acu-try
33. Naling/kenalin-berdebar
34. Sek-geng/group
35. Tubik-keluar
36. Ketit-gigit
37. Kelik-balik
38. Piye-musim
39. Punoh-rosak
40. Gu-kawan

#akan diupdate..:)


xoxo,
yanie

kerana sehelai bulu mata

assalamualaikum w.b.t...


citer ni atceli dah lama yanie baca..n lupe pulak sumber dari mana..
tapi still banyak iktibar yang boleh diambil..insyaAllah..:) sekadar perkongsian..




Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah,
 
“Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu…”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul² telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruang yg ada. Kemudian dia pun menyanggah, “mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja.”
Jawab malaikat, “Inilah saksi-saksimu…”

Tiba-tiba mata berbicara,“Saya yang memandang,”

disusuli dengan telinga,“Saya yang mendengar perkara itu”

Hidung pun tidak ketinggalan,“Saya yang mencium”

Bibir pun mengaku dengan slumbernye,“Saya yang merayu”

Lidah menambah dengan berani,“Saya yang menjilat dan menghisap”

Tangan tanpa malu meneruskan,“Saya yang meraba dan meramas”

Kaki pula menyusul,“Saya yang berjalan dan berlari semasa itu”

“Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu,” ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, ” Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini.”

Malaikat menjawab dengan tenang,“Silakan wahai bulu mata”

“Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.”

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga
 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
 
subhanallah..:) hanya kerana sehelai air mata boleh membantu seseorang ke syurga..
sesungguhnya air mata yang paling mententeramkan jiwa adalah air mata taubat..:')
 
"jika seseorang hamba tidak lagi mudah menangis kerana takut akan kekuasaan Allah,
 justeru menangislah kerana ketidakmampuan itu.."


xoxo,
yanie

faith,trust,hope,confidence,empathy

assalamualaikum w.b.t...
 



1. once, all villagers decided to pray for rain, on the day of prayer all the people gathered but only one boy came with an umbrella..
THAT'S FAITH

2. when you throw a baby in the air, she laughs because she knows you will catch her..
THAT'S TRUST

3.every night we go to bed, without any assurance of being alive the next morning but still we set the alarms in our watch to wake up..
THAT'S HOPE

4. we plan big things for tomorrow in spite of zero knowledge of the future or having any certainty of uncertainties..
THAT'S CONFIDENCE

5. we see the world suffering..we appreciate everything we have..we share what we got with those in need..
THAT'S EMPATHY



xoxo,
yanie