resepi sauce untuk lamb chop/chicken chop

assalamualaikum w.b.t...





Bahan-Bahan:

  • 1 labu bawang besar holland (kaler kuning) dicincang halus
  • 4 sb (rata) tepung gandum
  • 1 kiub ayam
  • 2 sb sos tiram
  • 2 sb kicap manis (untuk gelapkan sos)
  • 4 sb sos lada hitam (yanie guna sos bbq)
  • 2 sb lada hitam ditumbuk kasar
  • 3 cawan air (atau lebih)
  • 2 sb mentega

Cara-Cara:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (yanie guna kuali je),tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing nanti pahit lak)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (xyah bancuh ngan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air...kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau..sebab gandum tu akan jadi pekat)..then,masukkan kiub ayam
  5. Masukkan sos lada hitam (yanie guna sos bbq),sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat tambah sedikit air.
  6. Sesuaikan rasa.Kalau nak lebih gelap tambah sukatan kicap.

*sos tu jadi banyak - cukup untuk 3/4 keping lamb..tapi yanie buat untuk guna kat sekeping/2keping lamb je..so,lebih tu yanie simpan..setakat ni oke je..xnampak berubah pape..cuma masa nak guna tu panaskan balik..
sumber : sini
xoxo,
yanie 

No comments: