everyone live in their own time frame

assalamualaikum w.b.t...
 

 
everyone living in their own time frame..

yes .

we are all living in our time frame..
jangan compare our life dengan orang lain..just live on your own pace..
 
"how you nak kejar pace, nak be mature seiring dengan those yang sebaya you kalau circle you tetap jugak tak moving?"

as someone yang be in this situation, i always get similar question..either direct or indirectly..i'm not actually 'left behind' like few people always said..i choose to be in this road of life.. i choose to still be a student even if umur dah nearly 30..i took diploma, degree, and another degree..one reason is coz i really love to study..and i really wanna achieve my dream..
 
but if people look generally, mungkin la few will said that i left far behind sebab my friends dah ramai yang ada stable job, become founder for certain products, getting married, have kids etc..while me still here - a student with unstable life, no own financial source ofcourse..
 
for me this thing is a choice..for everyone..and depends on how people look on life..ada orang plan to get married at 18, stable job at 20 etc..so lain orang lain perancangan masa depan dia..you cant say orang ni pilih salah, orang ni decide tak betul on their life..sebab dia lagi tahu life dia..and dia lagi tahu perancangan future dia..
 
lets just stop normalize that people need to be stable on everything by 25 can we?getting married before 25 etc..we already in the new era..stop normalizing that certain thing need to be done at certain age :) 
 
and stop saying "ohh dia takpela, parents kaya, takde kena tanggung adik-beradik etc etc"
as you never know which part of life yang dia let go for the decision that they made :) bukan semua orang lahir dalam guni beras..sekalipun dia memang lahir dalam keluarga yang mampu, thats not the point yang you boleh pick untuk question decision dia :)
 
for me, perspektif orang on life ni lain2..and i really appreciate my journey..i got so many valuable experiences sepanjang jalan hidup as student ni..i know a lot, and lagi appreciate what i learnt..
 
paling best is, i know how to appreciate people, and how to ignore people..bukan dari segi ignore sebab tak suka or nak palau dia..but by time you lagi tahu mana satu nak focus..so indirectly you will learn how to sort out life's business..ada benda perlu ambik tahu, ada benda perlu diam and move on :)

and everytime people talk about maturity, and question about others punya mature personality or thinking level, i would ask back 1st before i answer the question..

how do u define mature personality?

iff you define that only based on org tu tak boleh ada sifat childish langsung, tak boleh laugh to a silly things, tak boleh be noob on certain things, need to be serious all the time, then macamtu you wont see people as someone yang mature la..sebab you picture mature personality differently in your head..
 
everyone ada childish side dia..side yang dia tak serious sangat..side where they wanna do silly things..
 
so you cant simply said that if dia ni ada masa yang dia tak serious, then dia immature.. 

"so how do you keep the pace of matang-ness if your circle is at your brother's age?"

be flexible..ada masa you can be silly, laugh, funny, do stupid things..tapi ada masa you need to act like your age..or beyond..tengok situasi..bukan rule the world all the time..

and for me actually pengalaman tu pun dah cukup membantu untuk mematangkan..so indirectly you will be taught by life..

as for myself, bila waktu tak perlu serious, i will be so chill, silly sometimes, laughing, make jokes with my friends etc..but when they need me as someone 'older', when they ask me for serious opinion, then i will be there for them as a someone above their age but still at a level of a friend..

"how about maturity dari segi decision making, work life, pressure control and things yang luar dari norma student?"

this one if you ask me it depends on the individu tu sendiri..kalau you memang jenis yang susah adapt dengan life, still lagi dont know how to manage yourself, even you begin kerja umur 18 pun sampai kesudah you will be stress sebab banyak benda tak mampu handle..no matter in which level you are :)

yes, life outside campus tu jauh berbeza dengan life as student..tapi untuk basic2 things you should already know how to manage yourself..by learning too ofcourse..being in a circle dengan orang yang lagi muda than you doesnt means that you pun kena ikut jadi satu level dengan dia :) mana you tahu those yang circle yang umur dah tua2 tu mampu handle hidup dia? :)

im so grateful that even if my circle mostly those yang lagi muda but their personality varies..i no need to adjust myself so much..ada masa kita perlu jadi matured tapi ada masa kita kena tahu how to have some humor :)

serious all the time pun kelam jugak hidup nanti :D

this life is not a race..its a journey..enjoy the ride and scenery..jangan restrict pandangan untuk satu arah and jangan kusutkan kepala trying to handle things yang kita tak mampu :)


xoxo,
yanie

la tahla

assalamualaikum w.b.t...
 
this article i pernah share kat this blog waktu awal2 berjinak dengan blogging dulu..and pernah share kat website iluvislam jugak :) but today nak reshare again here :)
 
 
-gambar: google-

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah : 216)
 
Pernah tak kita terfikir – kenapa kepompong itu wujud? Kerana satu hari ia akan berubah menjadi rama-rama yang cantik! Kenapa malam itu gelap? Kerana dari dalam kegelapan itulah kita mampu nikmati indahnya bulan dan bintang. Dan kenapa kita diuji? Kerana ujian itu untuk meningkatkan lagi keimanan kepadaNya. Sabar adalah kunci terhebat dalam menghadapi setiap ujian. Jangan biarkan keluhan mengatasi kesabaran. Ketika seseorang hamba hanyut dalam keluhan, pancaindranya tidak mampu lagi memainkan peranan untuk melihat, mendengar, menghidu dan merasakan nikmat yang bertebaran yang diberikan oleh Allah Swt. 
 
“Dan, Allah mencintai orang-orang yang sabar”. (Ali Imran : 146)
 
Suatu hari, sedang seorang ayah membaca Al-Quran, datang si anak kepadanya sambil berkata “Oh ayah..sesungguhnya aku penat,” 
 
Ayahnya bertanya, “Apakah yang engkau keluhkan wahai anakku?”
 
“Aku penat. Penat dengan segalanya. Aku berusaha bermatian untuk mendapat markah terbaik, tetapi masih lagi aku tidak mendapatkannya. Seolah-olah semua usahaku sia-sia. Aku penat membantu ibu, sedangkan kawan-kawanku punyai pembantu rumah. Aku ingin pembantu rumah yang boleh mengemas rumah tanpa aku lakukan apa-apa. Aku penat menjaga tuturku, sedangkan ramai lagi orang lain yang terus menyakiti aku dengan lidahnya. Aku penat menjaga tingkahku, sedangkan orang lain tak pernah peduli dengan tingkah mereka yang kadangkala menyakitkan hati. Aku penat menahan diri dari semua perkara. Aku ingin jadi seperti orang lain, melakukan segalanya tanpa memikirkan apa pun,” tiba-tiba si anak menangis.
 
Si ayah tersenyum. Perlahan-lahan si ayah bangun dan mengelus lembut rambut anaknya. Diusap pipi yang mula disirami airmata itu.
 
“Wahai anakku, jangan menangis. Mari ayah tunjukkan sesuatu,” si ayah memimpin tangan anaknya. Dibawanya si anak melalui satu denai berliku, jalan yang penuh lopak, lumpur dan lalang. Di kiri dan kanan jalan itu penuh duri dan serangga berterbangan.
 
Anaknya mula hilang sabar, “Kita nak ke mana ayah? Jalan ini terlalu kotor dan tidak selesa. Badanku mula digigit serangga-serangga kecil,”
 
Si ayah hanya diam dan tersenyum. Diteruskan perjalanan tanpa sepatah kata. Tangannya masih erat menggenggam tangan si anak. Akhirnya, mereka berdua tiba di satu kawasan yang sangat indah. Ada bukit, sungai yang jernih airnya, kupu-kupu berterbangan, pohon yang rendang. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Cukup menenangkan. Si anak terpegun. Matanya tidak lekang dari mengagumi keindahan tempat itu.
 
“Tempat apa ni ayah? Cantik,” si ayah masih lagi diam dan mula duduk di perdu pepohon yang rendang tadi. Ditepuk lembut rumput di sebelahnya, tanda mahu si anak duduk di situ.
 
“Anakku, tahukah kamu mengapa tempat ini begitu sunyi walaupun ia begitu indah?”
 
“Tidak ayah. Mengapakah?”
 
“Itu kerana tak semua orang sanggup untuk melalui jalan yang kotor dan tidak selesa tadi. Padahal mereka tahu adanya tempat indah ini. Tak semua orang mampu untuk bersabar walaupun untuk seketika,”
 
“Ohh. Maksudnya kita tergolong antara mereka yang sabar ya, ayah?”
 
“Pandai anak ayah, akhirnya kamu faham,” kata si ayah sambil mencuit hidung anaknya.
 
“Faham? Maksudnya?”
 
“Anakku, dalam hidup kita, kita perlukan kesabaran yang tinggi. Kita perlukan kesabaran dalam setiap apa yang kita lakukan. Hidup ini penuh dengan ujian untuk menguji kesabaran kita, untuk meningkatkan keimanan kita, untuk kita beroleh kemenangan hakiki. Sama halnya dengan jalan tadi, penuh onak dan duri. Tapi hasilnya? Segalanya terbayar dengan keindahan yang kamu nikmati saat ini. Bayangkan jika kamu berputus asa dan tidak sabar untuk sedetik tadi, apa yang akan kamu dapat? Tiada, kan? Kerana itulah ayah selalu berpesan, bersabarlah,”
 
“Tapi ayah, sabar itu tak mudah,”
 
“Ya, ayah tahu. Sebab tu ayah pegang erat tangan kamu. Agar kamu sentiasa kuat. Kamu ada ayah dan ibu yang akan berada disamping kamu, ada sahabat yang Dia kirimkan sebagai penguat kamu, kerana seandainya kamu tergelincir, kami boleh membantu kamu bangun. Tapi ingatlah, tak selamanya kami mampu untuk berdiri seiring kamu. Sampai saatnya, kami harus pergi. Kamu harus mampu untuk berdiri sendiri. Kerana itulah ayah mahu kamu belajar untuk tidak menggantungkan hidup kamu dengan orang lain,”
 
Si anak kembali mula mengalirkan air mata. Sebak.
 
“Kerana itu jugalah, ayah mahu kamu menjadi diri sendiri. Jadilah pemuda muslim yang kuat, yang tetap tabah dan istiqamah dengan setiap ujian. Allah itu ada, dan akan sentiasa ada di samping kamu. Jika kamu yakin denganNya, kamu akan mampu terus melangkah walaupun ramai yang kecundang di tengah jalan, sehinggalah kamu sampai ke syurgaNya,”
 
“Ya ayah. Syurga itu lebih indah dari ini. Sekarang aku mengerti, dan aku akan terus bersabar demi syurgaNya. Terima kasih ayah,” lantas si anak memeluk ayahnya.

Everything will be okay at the end. So, if it is still not okay, means that it still not yet the end :)

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)  dengan jalan sabar dan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu" (Surah Al-Baqarah : 45)


xoxo,
yanie