ending is the new beginning

assalamualaikum w.b.t...


lamanya tak update blog..sebelum ni sebab busy dengan writing articles..but nowadays ni busy dengan kehidupan as student yang tak pernah habis..haha
but hidup perlu diteruskan bukan? :p

actually ada banyak sangat benda nak share sini but too much till i dont know where to begin..haha

for the first entry in the bluemoon let just make it simple jela kan..let just simplify whatever i went through these years after my last entry shall we?

.............................................................................................................................................

so after habis bms last time me terus continue mbbs which is right after my internship..cepat sangat sampai lupa yang belum grad lagi masa tu..haha! mungkin sebab pihak uni taknak student dia lari kot..so kena ikat cecepat sebelum tiba2 teralih arah nak sambung tempat lain kannn :p

begin my first few weeks as mbbs student actually nothing much yang different pun..same environment, same place, similar subjects..but maybe different workloads la kot..

in my class ada 6orang international students..4 from Maldives, 1 from Australia, 1 from India (dia from Saudi Arabia sebenanya tapi sebab his parents originally from India so dia cakap dia from India)

Oath Taking Ceremony

few weeks after mbbs life we have oath taking ceremony..even if we are previously from the same uni, tapi kena jugak..its a must untuk officially state that we are msurian la macamtu..so go through jela..just follow the flow..ngee



nampak macam new student tak?:p
any student msu mesti faham macamana struggle nk jalan pakai baju tu kan :p

White Coat Ceremony

a day after oath taking ceremony kitorang ada white coat ceremony..kira macam event untuk celebrate new mbbs students mcmtu la..tan sri (n few other lecturers) will pakaikan whitecoat kat sorang2 students..

nasib baik my batch ada 44 students je..so takdela lama sangat event tu :p




Convocation Day (for my BMS)

then esoknya convocation day..semua events tu happen in the same week..punya penat nak tekejar situ sini..

 




I'm so touched actually during the events..but taknakla story pasal touching2 dalam entry ni..nanti next2 entry insyaAllah kiter story..haha

the next day kitorang ada TBL..masa tengah photoshoot tu my nephew pegang my phone..tiba2 he came to me n cakap,

"michik, ni..fon"

and guess what??tak tau macamana fon tu boleh terrrcall my Dr..kalut2 clarify yang tersilap call..haha!dahla esok tu TBL dengan beliau :p

.........................................................................................................................................

after 3days of events in a week rasa nak tecabut kepala..but everything went well..i just hope that everything will go on smoothly for the future too..

new beginning begin..and its not easy; but not impossible too..may Allah guide and ease us through this journey..

whoever reading this doakan kami stay strong and will graduate in the scheduled years :)

doakan kami semua pass exam dan dipermudahkan untuk tahun2 mendatang :*



xoxo,
yanie 

Saat Ikhlas Teruji

 assalamualaikum w.b.t...





Rasulullah S.A.W. bersabda, “Ikhlas dalam beragama, cukup bagimu amal yang sedikit.”

Dalam hadis lain Rasulullah S.A.W. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak menerima amal kecuali dilakukan dengan ikhlas dan mengharapkan keredhaanNya.”


“Penatnya kak. Banyak betul assignment saya semester ni. Dulu saya ambik course ni sebab memang saya minat. Saya nak contribute pada masyarakat, nak jadi muslim hebat. Tapi sekarang macam menyesal pulak. Banyak sangat dugaan. Orang tak pandang pun. Saya still teruskan pun sebab dah separuh jalan, dah nak habis dah. Nak stop lagila rugi. Saya tunggu nak kerja je nanti. At least dapat jugak duit. Takdela rasa sia-sia sangat,”

“Haip, tak baik mengeluh macamtu. Hilang berkat belajar tu nanti. Betulkan niat tu balik,”

“Alaa, saya mengeluh sikit je,”

“’Je’ pada pandangan kita. Tapi sebenarnya besar. Boleh terpesong niat tu nanti. Apa pun yang kita buat kita tak lari daripada tanggungjawab dalam komuniti, dalam agama, tau. Awak pernah dengar tak kisah seorang abid yang kecewa kerana dirinya sendiri, bila keikhlasannya diuji? Ada dalam buku Menyingkap Peristiwa dan Keistimewaan Sirah Nabi S.A.W, Sahabat dan Ahli Hikmah tulisan Ustaz Abdul Salam Basok Al Haj. Kisah tu mengenai macamana niat kita yang asalnya ikhlas, boleh teruji dan boleh menjadikan kita kalah dengan dugaan,”

“Tak pernah pulak. Ceritalah kak. Macam menarik je,”

***

Dikisahkan oleh Al-Ghazali dalam Ihya’nya bahawa di antara kisah-kisah Bani Israel terdapat kisah seorang abid (orang yang banyak beribadah) yang beribadah kepada Allah selama hidupnya. Maka datanglah kepadanya satu kaum dan berkata,

“Di sini ada satu kaum yang menyembah pohon kayu, tidak menyembah Allah,”

Setelah mendengar perucapan itu si abid lalu marah. Diambilnya kapak pemotong kayu dan berangkatlah dia menuju ke tempat pohon kayu itu – untuk memotongnya.

Lalu, didatangkan kepadanya iblis yang menyerupai seorang sheikh seraya bertanya,

“Hendak ke mana engkau? Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepadamu,”

Abid itu menjawab, “Aku bermaksud untuk memotong pohon kayu itu!”

Iblis bertanya lagi, “Ada apa engkau dengan dia? Engkau tinggalkan ibadah engkau dan kesibukan engkau untuk diri engkau, dan engkau berikan tenaga engkau untuk orang lain pula,”

“Ini adalah termasuk ibadahku,”

“Aku tidak akan membiarkan engkau memotong pokok kayu itu,”

Lalu kedua-duanya bergaduh. Namun, si abid berjaya memegang iblis itu lalu dihentakkan ke bumi sehingga dia mampu duduk di atas dadanya. Si iblis dengan bijak berkata,

“Lepaskanlah aku supaya aku boleh terangkan kepada engkau mengenai hakikat sebenar perkara ini,”

Si abid lalu berdiri, membenarkan si iblis bangun. Iblis berkata,

“Wahai saudaraku! Allah S.W.T telah menggugurkan kewajipan ini daripada engkau. Dia tidak mewajibkan yang demikian itu atas dirimu. Dan engkau sendiri tidak pula menyembah pokok kayu itu. Apalah pentingnya kamu memikirkan orang lain. Allah S.W.T mempunyai nabi-nabi di seluruh bumi ini. Jika dikehendakiNya, nescaya diutusNya mereka kepada kaum itu dan disuruhnya mereka memotong pokok itu.

Abid menjawab, “Tidak boleh, saya mesti memotongnya,”

Kedua-duanya kembali bergaduh dan abid telah menang sekali lagi. Dia duduk di atas dada iblis sehingga si iblis merasa lemah. Iblis masih lagi cuba merayu si abid dengan berkata,

“Tidakkah engkau mempunyai keperluan yang sama dengan aku, sehingga kita boleh bekerjasama dan itu lebih mendatangkan manfaat bagi engkau?”

“Apakah maksudmu?”

“Lepaskanlah aku, supaya aku boleh menerangkan perkara sebenarnya,”

Setelah dilepaskan, si iblis berkata,

“Aku tahu engkau adalah orang miskin yang tidak punya apa-apa. Engkau hidup di bawah tanggungan orang lain. Tidakkah engkau suka berbuat kebaikan kepada saudara-saudara engkau, jiran-jiran engkau dan membantu mereka sehingga engkau kenyang dan tidak memerlukan bantuan orang lain?”

“Ya,” jawab si Abid.

“Kembalilah engkau daripada urusan ini. Aku akan meletakkan dua dinar di sisi kepala engkau setiap malam. Apabila pagi menjelma, ambillah dinar itu. Belanjakanlah kepada diri engkau, keluarga engkau serta saudara-mara engkau. Itu lebih bermanfaat untuk diri engkau dan orang lain berbanding memotong kayu itu. Sungguhpun jika engkau berjaya memotong kayu itu, ia tidak mendatangkan manfaat untuk diri engkau yang telah beriman,”

Si abid berfikir sejenak mengenai apa yang ditawarkan oleh sheikh (iblis) itu. Tanpa disedari dia berkata, “Benar katamu tuan! Aku ini bukan nabi, mengapa pula aku mesti memotong pokok kayu itu; sedangkan Allah tidak menyuruhku memotongnya dan tidak pula menjadikannya maksiat(dosa) sekiranya aku tidak memotongnya. Apa yang disebutkan oleh kamu itu lebih banyak manfaatnya,”

Si abid lalu kembali ke tempat dia beribadah. Pada malamnya dia tidur dengan nyenyak. Keesokan pagi setelah dia bangun dari tidur dia mendapati terdapat wang dua dinar di sisi kepalanya seperti yang dijanjikan oleh sheikh yang ditemuinya hari sebelumnya. Lalu dia mengambil wang tersebut. Demikian juga keesokan harinya.

Namun, pada hari ketiga, dia sudah tidak lagi mendapat wang dinar itu. Si abid marah kerana merasa tertipu. Dia kemudiannya mengambil kapak dan berniat menuju ke pokok kayu tempoh hari untuk memotongnya.

Si iblis datang lagi kepadanya dan bertanya, “Mahu ke mana kamu?”

Si abid menjawab, “Aku akan memotong pokok kayu itu,”

Kata si iblis, “Demi Allah engkau adalah pendusta. Engkau tidak akan sanggup berbuat demikian. Tiada lagi jalan bagi engkau untuk memotong pokok kayu itu,”

Si abid yang merasa tertipu tetap mahu melaksanakan niatnya seperti pertama kali dahulu. namun, si iblis sudah melihat kelemahan si abid dan menghentakkannya ke tanah. Abid berada di bawah kedua-dua kaki iblis itu. Iblis duduk di atas dadanya dan berkata,

“Pilihlah yang mana satu, engkau batalkan niat untuk memotong pokok itu atau aku akan menyembelih engkau,”

Si abid tiba-tiba merasa lemah dan tidak lagi mempunyai keinginan untuk meneruskan niat sucinya. Si abid berkata,

“Engkau telah menewaskan aku. Lepaskanlah aku. Terangkanlah kepadaku, bagaimana engkau mampu mengalahkan aku sedangkan sebelum ini aku berjaya mengalahkan engkau,”

Iblis itu menjawab, “Sedarlah, sebelum ini engkau marah kerana Allah S.W.T dan niatmu suci untuk akhiratmu. Maka Allah hadirkan aku untuk engkau(sebagai ujian). Dan kali ini engkau marah untuk diri engkau sendiri dan dunia, kerana engkau tidak lagi mendapat dinar di sisimu. Kerana itulah aku mampu mengalahkan engkau,”

***

Setiap amal yang ikhlas akan menemui ujiannya yang tersendiri. Tekadkanlah hati dalam mengejar redha Allah S.W.T dalam apa jua yang kita lakukan. Seandainya satu ketika niat murni kita mula dirasakan terpesong dari landasannya, mohonlah ampun denganNya dan betulkan kembali.

Besarkanlah rasa keikhlasan dalam apa jua yang kita lakukan. Jangan biarkan keikhlasan itu pudar sedikit demi sedikit sehingga menjadi kesombongan, penipuan dan lain-lain.

Dari Abu Hurairah r.a ia berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan perbuatan-perbutan kalian,” (HR. Muslim)



xoxo,
yanie