tiga doa Jibril yang di-aminkan Rasulullah SAW

assalamualaikum w.b.t...


 
Malaikat Jibril pernah berdoa dan doanya di-aminkan oleh Rasulullah SAW..
 
Dari Jabir RA, bahwasanya ada satu ketika, Nabi Muhammad SAW ingin naik ke mimbar. Ketika baginda naik ke anak tangga pertama, kedua, dan ketiga baginda mengucapkan, “Amiin”
 
Lalu para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, kami semua mendengar engkau berkata: Amiin, amiin, amiin. Mengapakah?
 
Baginda menjawab, ”Ketika aku menaiki tangga pertama, Jibril datang kepadaku dan berkata: Celakalah seorang hamba yang melewati bulan Ramadan, namun dosanya tidak diampuni. Maka Aku pun berkata, Amiin..

Kemudian Dia (Jibril) berkata: Celakalah seorang hamba, jika mendapati kedua atau salah satu orang tuanya masih hidup, namun keberadaan kedua orang tuanya tidak membuatnya masuk ke dalam syurga. Aku pun berkata, Amiin..

Kemudian Dia (Jibril) berkata: Celakalah seorang hamba, jika namamu disebutkan dihadapannya tapi dia tidak berselawat kepadamu. Maka Aku pun berkata, Amiin..

(HR. Ibnu Khuzaimah, dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam shahih al-Tirmidzi)
 
 
**moga kita semua tidak tergolong dalam kalangan mereka yang di-aminkan..


xoxo,
yanie

kisah hospital: SLE

 assalamualaikum w.b.t...


last week discussed about SLE cases..tiba2 teringat few years back pernah terjumpa patient SLE..

"adik masuk ward ni kenapa ye?"

"sebab darah tinggi..Dr kt ED cakap darah 150/100.."
 
....berumur 19tahun, tiada sejarah apa-apa penyakit atau masalah kesihatan, juga tiada sejarah keluarga yang boleh dikaitkan..namun, faktor risiko berkemungkinan  berpihak kepada diagnosis..darah diambil, satu persatu ujian dilakukan untuk mengenalpasti punca..

dan beberapa hari kemudian keluar diagnosis bahawa adik itu menghidap SLE..
 
 

 

****************

apa itu SLE?
- SLE ialah sejenis penyakit autoimmune..yang mana antibodi badan kita yang sepatutnya protect kita tiba2 attack badan kita sendiri..

adakah SLE inherited(diwarisi)?
- yes & no..boleh jadi diawarisi tapi boleh jadi jugak tanpa sebab..means anyone boleh dapat..

SLE attack system mana je?
- all system in the body..like the name itself - 'systemic'..cuma which one dulu je boleh berbeza..
 
apa faktor risiko (risk factor) SLE?
- keturunan
- umur 15-45 tahun
- ubat-ubatan (contohnya: procainamide, isoniazide, phenytoin)

lelaki ke perempuan lagi high risk?
- perempuan

apa itu malar rash? (common symptoms of SLE)
- merah di muka yang menyerupai butterfly (rujuk gambar atas)

apa tanda2 SLE yang lain?
- alahan pada cahaya (photosensitivity)
- painless mouth/nose ulcers
- sakit sendi
- kencing berbuih
 
apa komplikasi2 yang mungkin jadi?
- renal failure (kegagalan buah pinggang)
- pericarditis (radang pada lapisan jantung)
- stroke (strok)
- seizure (sawan) 
- heart attack (sakit jantung)

apa treatment untuk SLE?
- setakat ni SLE takde specific treatment untuk rawat or untuk sembuhkan..but ada management untuk prevent kerosakan organ secara cepat, untuk bantu kurangkan symptoms dan bantu untuk tingkatkan kualiti hidup :) secara ringkasnya, bantuan ataupun rawatan penyakit SLE bergantung kepada symptoms yang pesakit tu alami :)


disclaimer: apa-apa info yang dikongsikan hanyalah untuk perkongsian..bukanlah untuk mendiagnos :) if you have any concern, cepat2 jumpa Dr..jangan self-diagnose :)



xoxo,
yanie

kisah hospital: leptospirosis

 assalamualaikum w.b.t...


"Dr..ni.." ditukar pandangan ke arah tangan yang ditunjuk oleh adik itu..

"ya Allah..kenapa ni dik?"

"branula saya tercabut..tapi darah tak nak stop," gauze diambil dan ditekap ke tempat darah keluar..

beberapa saat kemudian darah berhenti mengalir..alhamdulillah..

"saya nak jumpa kakak saya,"

"kakak awak masih di emergency..nanti bila kakak awak dah boleh masuk ward kami bagi jumpa ye," Dr pakar menenangkan adik itu sambil tangannya masih di tempat branula tadi tercabut..

"mana kakak dia Dr?" tanyaku setelah meninggalkan cubicle pesakit..

"di red zone..kakak dia pun sama, leptospirosis jugak..tapi tengah kritikal sekarang,"

"parents dorg?"

"still on the way..dorang dari jauh..susah nak reach here..mungkin tengah cari transport to come,"


******************************************

-gambar: google-



leptospirosis . 
 
apa itu leptospirosis?
- it is an infection yang dibawa oleh rodents..rodents boleh jadi tikus, hamster, tupai dan sewaktu dengannya..tapi yang biasa kita dengar is tikus :)
- nama lain leptospirosis ialah 'kencing tikus'

macamana leptospirosis berlaku?
- kuman leptospira akan masuk ke dalam sistem badan bila someone in contact ataupun terdedah kepada kuman tu melalui kulit yang luka or melalui ingestion (makan/minum makanan/minuman yang tercemar)

macamana symptoms leptospirosis?
- demam panas
- gusi berdarah
- sakit kepala
- ruam
- cirit birit
- sakit sendi/badan
 
apa beza leptospirosis dengan denggi?
- komplikasi dia berbeza..untuk diagnose which one cannot based on symptoms je, kena buat ujian darah dulu :)
apa treatment dia?

ada prevention tak?
- adaa..jaga kebersihan persekitaran rumah..jangan biar tikus membiak di kawasan rumah :)
- if ada bela kucing ke, make sure kucing tu dapat vaksin :)
 
 
disclaimer: apa-apa info yang dikongsikan hanyalah sekadar untuk perkongsian..bukanlah untuk mendiagnos :) if you have any concern, cepat2 jumpa Dr..jangan self-diagnose :)
 

xoxo,
yanie

Ikhlaskah Kita Menjadikan Allah sebagai As-Somad?

 assalamualaikum w.b.t...


topic ni yanie pernah share before this few years back in this blog in 2013 tak silap :D

*******************************************************


Pernahkah kita merasai satu keadaan di mana kita terlalu buntu untuk melakukan sesuatu? Buntu kepada siapa harus kita minta pertolongan. Kita tak tahu pada siapa harus kita leraikan segala kekusutan di minda. Kita tak tahu pada siapa harus kita adukan segala masalah. Kita tak tahu pada siapa harus kita tangiskan segala kesedihan.

As Somad disebut sekali dalam al-Quran dalam surah al-ikhlas.

Apakah itu As Somad? 
Ertinya tempat untuk bergantung harap. Satu-satunya tempat untuk kita toleh tak kira dalam situasi mana sekalipun.

Dari segi bahasa, Ibnu Manzhur menyatakan bahawa makna As Somad adalah yang dituju dan dijadikan sandaran.

‘Qulhuallahuahad. Allahussomad’


Cuba bayangkan kita berada keseorangan di satu jalan yang gelap pada waktu malam. Kiri dan kanan adalah semak samun. Tiba-tiba kenderaan yang kita naiki kehabisan minyak. Waktu itu di tengah-tengah hutan dan tiada signal telefon. Tiada lampu jalan mahupun kenderaan lain yang melalui jalan itu. Dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Yang ada hanyalah bunyi cengkerik dan sesekali kerdipan si kunang-kunang.

Kepada siapa kita mahu memohon pertolongan? Kita akan mula menangis ketakutan memikirkan kita tiada siapa-siapa untuk diluahkan kegusaran hati. Waktu itu mungkin kita akan mula takut dan mengingati Allah. Kerana apa? Kerana kita tak punya siapa-siapa lagi. Kita hanya mampu meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada Dia.

Tapi jika situasi itu sebaliknya? Kita ada orang lain untuk kita jadikan tempat bergantung. Kita punya kawan-kawan untuk kita jadikan tempat menghilangkan kesunyian. Kita ada sahabat untuk kita luahkan segala kegusaran. Kita punya kenalan untuk kita berkongsi cerita. Kita ada harta dunia sebagai tukaran kepada nikmat yang sementara. Adakah waktu itu kita meletakkan Allah sebagai As-Somad? Mungkin iya, mungkin juga tidak. Tetapi saat itu mampu melalaikan kita daripada mengingati Allah. Saat itu mampu untuk membuatkan kita lupa bahawa kita masih ada Dia.

Ada kalanya kita terlampau leka dengan tipu dunia. Kita terlampau tebal bersalut ego. Kita ego untuk meminta pertolongan daripada Allah meskipun kita tahu tiada yang lain yang mampu membantu kita dalam apa jua keadaan sekalipun kecuali Dia. Sedangkan Allah sendiri menegaskan,

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Dialah Allah, Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” (Al-Ikhlas: 1-2)

Keyakinan terhadap pertolongan Allah itu perlu ada. Kerana Allah akan sentiasa ada untuk hamba-hambaNya. Hati kita seharusnya sentiasa disinari dengan cahaya kebergantungan hanya kepada Allah S.W.T.

Dalam Tafsir Mafatihul-Ghaib oleh Imam Ar-Razi menyatakan, Ibnu Abbas r.a. berkata bahawa ketikamana turunnya ayat ini, lalu para Sahabat bertanya, “Apakah makna (الصمد)?” Lalu jawab baginda S.A.W:

“Dia ialah Tuan yang bertumpu (dan bergantung harap) kepadanya segala hajat”

“Permulaan keelokan umat ini ialah dengan yakin (yang sahih) dan kezuhudan, dan permulaan kerosakannya ialah dengan kebakhilan (yakni tidak mahu berbelanja di jalan Allah) dan angan-angan (berkenaan kemewahan dunia).” - HR Al-Baihaqi


Letakkan Allah sebagai yang utama dalam konteks kebergantungan dan pengharapan kita di dunia ini. Tidak kiralah sama ada kita berada dalam situasi susah mahupun senang. Percaya bahawa hanya Dia yang mampu memberikan apa yang kita mahu kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Jika kita berpegang teguh dengan As-Somad, keinginan utama kita adalah untuk bertemu denganNya dan ketakutan kita yang paling utama adalah pada kemurkaanNya. Pintalah kepada Allah untuk mengurangkan rasa cinta kita kepada dunia, dan pujian manusia. Mohonlah untuk ditetapkan hati kita hanya untuk mencari redhaNya.

Sabda Rasulullah S.A.W, “Jika kamu meminta maka mintalah kepada Allah, dan jika kamu meminta pertolongan maka minta pertolonganlah kepada-Nya” (HR At-Tirmidzi, Ahmad dan lain-lain)

Lumrah manusia hanya akan mencari Allah di saat dirinya dalam kesusahan dan menemui jalan buntu. Saat hati merasa senang dengan nikmat yang diberikan, terkadang kita lupa bahawa Allah itu pemerhati setia setiap hambaNya. Terkadang kita merasakan bahawa kita hebat, kita mampu hidup dengan dunia ini semata-mata. Kita lupa bahawa yang memberikan nikmat dunia ini adalah Allah S.W.T. Juga kita terlampau meletakkan pengharapan yang tinggi sesama manusia. Amat takut dengan ugutan manusia.

Cuba lihat kembali apa yang kita perlukan untuk hidup sebagai manusia? Kita perlukan air, udara, makanan. Kenapa mesti lupa dan sombong? Terutamanya di saat kita gembira dengan nikmat kaya dan sihat. Kita lupa tentang As Somad.

Ikhlaskanlah diri kita dalam menjadikan Allah sebagai As Somad. Bacalah surah al-ikhlas untuk mendapat ganjarannya. Belajarlah untuk lebih memahami dan menghayati setiap ayat dan nama Allah yang disebutkan dalam surah tersebut.

Dari Abi Sa’id, ia berkata, “Rasulullah S.A.W berkata kepada para sahabatnya, ‘Apakah salah seorang dari kalian mampu untuk membaca sepertiga Al-Qur`an dalam satu malam?’ maka hal ini memberatkan mereka, dan (mereka) bertanya: ‘Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah?’ Rasulullah S.A.W pun bersabda: ”Allahul-wahidu samad adalah sepertiga Al-Qur`an” – sahih Bukhari

Seorang sahabat pernah datang kepada nabi, menceritakan bahawa sahabat yang lainnya begitu suka membaca surah al-ikhlas. Bila ditanya kenapa, mereka menjawab,

“Kerana aku mencintai surah ini”
“Kerana dengan sebab cintanya kamu akan surah ini, Allah juga mencintai kamu”
“Kerana kecintaan kamu terhadap surah ini, Allah memasukkan kamu ke dalam syurga”


SubhanAllah.

Kita? Adakah kita membaca surah ini kerana kecintaan kepadaNya atau hanya kerana surah ini paling pendek dan mudah dibaca? Tepuk dada, tanya iman.
 
 
xoxo,
yanie

antara cermin dan kanta pembesar

assalamualaikum w.b.t...
 
 


pernah tak kamu berada di satu situasi di pertengahan jalan hidup, bilamana diberi ujian, kamu persoalkan - kenapa aku?

pernah tak bilamana kamu terasa hidup ni tak adil, kamu mengeluh dengan apa yang kamu hadapi?

pernah tak kamu menyalahkan orang lain untuk sesuatu masalah yang pernah kamu hadapi instead of melihat ke dalam diri sendiri sebab taknak rasa bersalah?

pernah?

jika pernah, lepasni boleh slowly ubah mindset, ubah cara menerima ketentuan Allah dengan memperbanyakkan melihat ke dalam diri, memperbanyakkan waktu untuk muhasabah diri, cari solusi dan hikmah dari apa yang sedang kita hadapi..

dalam hidup, kita takkan pernah lari dari ujian..dan bila seseorang itu diuji, dia akan ada tiga pilihan - mengeluh, menyalahkan atau muhasabah :) bergantung kepada diri seseorang itu sendiri untuk memilih yang mana lebih terbaik :) bergantung pada seseorang itu untuk melihat dari sisi yang mana :)
 
yang terbaiknya - menerima dan muhasabah :)

saat diuji, berhenti sejenak, toleh ke belakang..mungkin dalam jalan yang kita lalu, amal yang kita lakukan, orang yang kita temu, ada terkandung sesuatu yang silap..silap yang macamana tu? 
 
mungkin dalam perjalanan hidup kita, ada satu ketika kita tersalah kata, kita tersalah laku sehingga kita melakukan hal2 yang salah di mata Allah..hal2 yang tidak sepatutnya kita lakukan..hal2 yang secara tidak sedar menaikkan saham di bahu kiri kita :)

jadi, ujian yang Allah datangkan itu mungkin untuk mengurangkan kembali saham2 kecil ke neraka yang mungkin kita tambah secara tidak sedar :)
 
jangan latih diri untuk mengeluh..mengeluh itu pada akhirnya akan membawa kita pada satu titik dimana kita mungkin akan menyalahkan takdir..
 
"ya Allah, kenapa aku yang diuji?" 
 
sebaliknya, bila kita diuji, latih diri untuk melihat kembali ke dalam diri sendiri..everything happen for a reason kan? sama halnya dengan ujian..selain untuk mengangkat darjat kita, mungkin juga untuk membersihkan kita dari dosa-dosa kecil yang mungkin pernah kita lakukan tanpa sedar.. 

belajar untuk muhasabah diri :)

daripada kita mengeluh dan mencari asbab disebalik permasalahan yang kita hadapi, lebih baik kiranya kita berhenti sejenak, muhasabah diri, kembali letakkan diri dalam landasan yang betul agar kita mampu menjadi seseorang yang lebih baik dari siapa kita semalam :)

belajarlah untuk menjadi hamba yang bila tiba saat diuji, tidak hanya bersabar tanpa muhasabah diri :) tingkatkan level kita ke satu tingkat yang lebih baik daripada hamba yang bersabar --> bersabar dan bermuhasabah :)
 
 
"jika kalian mendapat nikmat, janganlah memuji selain Allah..jika mendapat ujian, janganlah menyalahkan selain diri sendiri"

"hitung-hitunglah diri kalian, sebelum kalian dihitung (oleh Allah)" - Umar Al-Khattab



xoxo,
yanie

kisah hospital: denggi

 assalamualaikum w.b.t...






"tak pernah nampak pun Dr kat sini sebelum ni"

"ohh, saya baru je masuk ward ni..dah berapa hari ye warded?"

"dalam seminggu jugak la..ingatkan masuk ward nak lari dari nyamuk..rupanya Dr ambik darah lagi banyak dari nyamuk 😂"

😂😂
...........................

denggi..apa itu denggi? denggi berlaku bila someone digigit oleh nyamuk jenis aedes aegypti..

apa symptoms denggi?
-sakit kepala
-sakit sendi/badan
-demam

bila kena alert?bila ada warning signs..apakah warning signs denggi?
- sakit perut (abdominal pain & tenderness)
- muntah2 (persistent vomiting)
- busung (pleural effusion/ascites)
- penat yang terlampau (lethargy)
- pendarahan (bleeding)
- bengkak hati (hepatomegaly)

bagaimana cara rawatan denggi?
-denggi sebenarnya tidak mempunyai rawatan yang khusus..hanya untuk management sahaja..caranya? if needed Dr akan masukkan air dalam badan pesakit untuk mengawal jumlah air dalam badan..

other than that Dr akan monitor platelet level..sebab patient denggi tend to have reduce platelet..bila platelet kurang, boleh jadi bleeding..and kita taknak benda tu jadi :)

kenapa Dr banyak ambik darah patient denggi?
- sebab kita nak monitor platelet (PLT) and hematocrit (HCT) level tu..bila dah reach level yang normal baru tak perlu ambik dah :)

denggi ada berapa jenis?
- ada 4
- DENV-1, DENV-2, DENV-3, DENV-4

if dah kena sekali, possible untuk kena lagi tak?
- yes..possible :) sebab jenis denggi ada 4..so if dah kena sekali, mungkin baru kena salah satu jenis je..ada lagi 3 jenis :)
- unfortunately next time of dengue infection tend to be lagi teruk..

kenapa denggi takde vaksin?
- setakat ni belum ada lagi..but development still ongoing..
- if tak silap yanie ada satu dengue vaccine yang dah approved di Brazil & Mexico..but not yet widely distributed :)


**conclusionnya, jaga diri, jaga keluarga, jaga persekitaran rumah daripada menjadi pusat pembiakan nyamuk aedes..yes, its not curable..but it is preventable :)



xoxo,
yanie