permata untuk isteri

assalamualaikum w.b.t...




Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


xoxo,
yanie

learn from life

assalamualaikum w.b.t...





Sometimes we even forget to think about all d things around us rite..
Its actually all about lessons..
Too much lessons to take..
To much experience to gain..
Dats called life..
Why dont we stop from our long journey for a while..
Look around us..
Everything tought us something!
Dont juz keep staring and do nothing!

Everything dat happen,
Happen for its own reasons..
Why must catepillar be in a cocoon?
Coz it’ll become a beautiful butterfly!
Why must night full of darkness?
Coz there will be moon and stars dat make it amazing!

So,why all d things dat u going through all dis time must happen?
Coz there will be a spirit left in ur heart to keep u standing up straight to ur destination!
There will be something called experience to make u stronger!

Why must u going through a situation dat full of tears?
Coz it’ll teach u on how to being happy!
Why must u laugh at some time?
Coz it’ll teach u on how to appreciate d beautiful of a drop of tears!

So,think back..
Everything happen for it certain reasons..
Keep smiling,keep moving forward!
Dont ever waste every steps in ur life..
Gain something from it!
Enjoy every second of it!
Learn every moment of it!

Happiness teach u on how to make people smile!
Sadness teach u on how to make urself smile!
^__^


xoxo,
yanie

Allah ciptakan...

assalamualaikum w.b.t...




Allah ciptakan hati untukku.. Namun Allah titipkan pesanan.. Agar aku sentiasa mengawasi hatiku.. Agar aku sentiasa membendung rasa iri,sakit hati serta marah yang berlebihan.. Allah tiupkan bayu kenyamanan.. Agar hatiku sentiasa tunduk.. Melakar cinta hanya untukNya, rasulNya serta agamaNya.. Allah bisikkan kalimah suci,agar aku sentiasa tawadhuk di jalannya.. Allah titiskan rasa sabar dan syukur ke dalam kolam ketaqwaan.. Dan Allah juga balutkan hatiku dengan rasa damai.. Agar aku teguh di jalanNya.. Cekal melangkah walau ditiup sejuta rasa..




Allah ciptakan akal untukku.. Namun Allah titipkan pesanan.. Agar aku menompangnya dengan helaian ilmu.. Agar aku bisa berjalan teguh di dunia fana ini – terhadang dari tipu dunia,bisa membezakan kebenaran,mampu memilih yang terbaik.. Allah coretkan madah pesan.. Agar tidak terlalu berpaksikan mata akal.. Agar aku bisa bergabung dengan hatiku.. Demi mencungkil sebaris laku.. Kerna akal terkadang keliru.. Sering tersadung dalam membuah kata fikir.. Dan Allah jentikkan rasa percaya pada hati.. Agar aku bisa melewati derap di dunia.. Tanpa sepi bertaman Nur Illahi..



Allah ciptakan mata untukku.. Namun Allah titipkan pesanan.. Agar aku tabiri pandanganku dengan sutera syurgawi.. Agar aku tidak leka diulit indah dunia.. Allah hembuskan sedikit kasihnya.. Agar aku bisa berbagi dengan yang lain melalui redup sinar mata.. Allah juga menghampar kata.. Agar aku memandang segala hal dengan kedua-dua belah mataku.. Kerna pandangan sebelah mata terkadang hanya dusta.. Allah juga redupkan kerlinganku.. Agar aku tidak mencari silap dunia.. Dan Allah melayang madah agar setiap apa yang aku lihat,ditafsirkan dengan mata hati.. Agar aku tidak salah mentafsir setiap yang dilihat..




Allah ciptakan lidah untukku.. Namun Allah titipkan pesanan.. Agar aku sentiasa menguntai keindahan dalam setiap madah.. Kerna lidah itu bisa merobek hati.. Bentuknya kecil tetapi ia mampu menghiris hati umpama sebilah pedang.. Allah menitiskan embun kesucian.. Agar aku sentiasa membasahinya dengan zikir,membaca firman-firman Allah serta melahirkan perkataan yang indah.. Allah saluti dengan lapisan iman.. Agar terhindar dari pembohongan,dusta,ghibah.. Dan Allah kerdipkan sinar..Agar lidah menerima pandangan mata hati sebelum berbicara mengenai sesuatu perkara.. Kerna lisan yang wujud situ akan mendapat redhanya..



Allah ciptakan telinga untukku.. Namun Allah titipkan pesanan.. Agar aku selalu mengalunkan firmannya,nasihat,kritikan yang membina serta segala hal yang baik tanpa mempersoal gerangan si pemberi.. Kerna"Lihatlah apa yang diucapkan, tapi jangan kau lihat siapa yang mengucapkan, jika yang diucapkan itu mengandung kebenaran meski itu dari seorang yang awam, maka ambillah, sebaliknya jika yang diucapkan itu mengandung keburukan, meski itu datangnya dari seorang yang alim maka tinggalkanlah” . Dia juga mendendangkan syair.. Allah meminta agar aku menutupkan telingaku yang satu lagi tatkala satu telinga menerima sesuatu yang baik..


Sesungguhnya Allah ciptakan kita dengan sempurna.. Dengan tiupan kasih sayangnya.. Dengan belaian keredhaannya.. Sehingga kita bisa tersenyum seperti hari ini.. Melakar bahagia tatkala mentari menari.. Jua kita bisa menongkah arus pemusnah impian.. Demi menggapai setitis embun kasihnya..
xoxo,
yanie

beza TAHU dan FAHAM

assalamualaikum w.b.t...


semalam Diana Amir datang masjid Bertam..under program Kempen Menutup Aurat..




sebut pasal tutup aurat,and tengok post kawan2 kat twitter n so on, kadang ade jugak terfikir.. actually in between the issue, i think ramai antara kita tak faham konsep tutup aurat instead of tak tahu untuk tutup aurat..

ada bezanya antara TAHU dengan FAHAM..

kira macam ni la..nak bagi mudah, let me bagi example..

kita takkan minat dengan sesuatu subjek sampaila kita paham subjek tu kan..
kita takkan minat math if tak faham formula2 yang ada dalam tu..
kita memang tahu nak buat soalan2 yang berkaitan dengan math..tapi kita tak faham apa yang kita buat.. (addmath to be advance :p)
 
thats why bila tak faham, rasa minat kita terhadap benda tu tak wujud la kan..
tapi once kita dah faham kenapa perlunya formula2 yang ada dalam math tu, kita tau tujuan kita selesaikan soalan berkaitan math, automatik hati kita akan timbul rasa minat kan..:)

sama halnya dengan konsep tutup aurat yang betul..
bukan orang tak tahu yang tutup aurat ni wajib..
bahkan dari kecik lagi diorang dah dilatih dengan ilmu agama..dah dididik bahawa tutup aurat tu wajib untuk umat islam..
 
tapi kenapa still ada lagi yang tak tutup aurat?still lagi tutup aurat tak sempurna?still lagi terkapai2?
sebab mereka tak faham kenapa perlunya tutup aurat..
mereka tak faham tujuan sebenar mereka disuruh tutup aurat..

mungkin pernah je mereka question about that tapi takde yang mampu clarify their question so makin la hilang minat nak cuba tutup aurat dengan sempurna :)

some said that tutup aurat tu pakai tudung je..lain2 no need..bila dah letak tudung kat kepala dah kira tutup aurat betul la tu..but they don't know the real 'tutup aurat dengan sempurna'..so these kind of people la kita kena make move to fahamkan..
 
it do will take time..things like tutup aurat ni nampak mudah untuk those yang membesar dalam environment agama..tapi not that easy on those yang membesar dalam environment sebaliknya..tak boleh paksa, tak boleh kerah untuk drastically berubah..talk to them nicely, let them understand first..then slowly they will willingly do what need to be done :) take it easy..one step at a time..

explain to them kenapa perlunya tutup aurat..kenapa Islam suruh tutup aurat..macamana cara tutup aurat dengan betul..fahamkan mereka..walaupun secara perlahan2 insyaAllah berkesan..

kita tak layak nak fahamkan?kenapa?sebab sendiri pun belum perfect?
sedangkan dalam Islam takde disebut pun sempurna sebagai tiket sebelum berdakwah..
menyebarkan perkara baik tak perlukan syarat yang besar..
yang penting hati kita ikhlas n tulus untuk sebarkan kebaikan..
 
dalam Islam pun ada sebut,ilmu tu boleh diberi n diterima oleh siapa pun..tak kira sama ada diberi oleh anak kecil sekalipun,kalau ilmu tu berguna,kita boleh ambil..:)

konklusinya, faham konsep tutup aurat tu yang akan mendorong seseorang untuk tutup aurat dengan sempurna.. selagi mereka tak faham konsep tu,selagi tu minda mereka takkan dapat terima rasional tuntutan menutup aurat.. dan untuk sampai tahap memfahamkan orang lain mengenai konsep tutup aurat yang sebenar tu yang memerlukan kesabaran..


and insyaAllah apa yang kita sabar tu pastinya Allah akan ganti dengan ganjaran pahala..bekalan menuju jannah :)
 
Islam agama yang syumul..Islam agama suci..Islam tak pernah ajar kita memaksa kan..
doakan mereka2 yang belum menutup aurat untuk tutup aurat secara sempurna..
InsyaAllah niat baik itu didengar Allah..:)

 
 
xoxo,
yanie