trip winter sonata (part 1 : arrival)


Assalamualaikum w.b.t…

so, agak lama menyepi and harini welcome back dengan entry baru..haha s
saja nak share about experience as rujukan for those yang nak travel or buat trip as first timer ke Korea :D Negara oppa yang wajib semorang peminat Korea pegi..eheh

idea untuk begin travel ke Korea actually dah lama..Cuma baru terlaksana tahun ni memandangkan cuti sebelum2 ni tak pernah panjang..paling lama pun 2 minggu..so macam rushing sangat..holiday pun jadi tak best..ngee

kali ni kampus baik hati sesangat bagi cuti dalam sebulan 2 minggu..maka banyak masa untuk holiday..



kat atas ni antara beg yang yanie bawak..takdela backpackers mana pun kan..haha
sebab idea asalnya nak bawak beg merah tu je..cuma lepas penyet punya penyet baju semua tetebal..so macam tak muat sangat..maka terpaksala mengalah bawak yang gedabak kat belakang tu..ngee


kitorang pegi seminggu je..persiapan tiket semua buat dalam 4 bulan sebelum fly..mulanya ingat nak beli kat cheapflight je..tapi kebetulan ada MATTA Fair and kitorang pun takde experience sangat bab2 beli tiket through cheapflight tu, maka beli jela mana yang kitorang rasa macam worth it..

Tugas beli tiket yanie serah kat kawan yanie (fara) and adik dia..oh, lupa mention!kitorang pegi bertiga je tau..tiga dara pingitan gituu..haha :D





ni masa memula sampai..sebab flight kitorang pukul 10.30 pagi, maka subuh2 lagi dah ke KLIA..flight hari isnin sape suruh..abang yanie nak elak jem nak pegi keje nanti..so kena hantar awal..maka mereputla kat airport..tapi menarik jugak..banyak benda boleh inspect pagi-pagi macamtu..

nampak black, fad bocey n lain2 lagi pagi tu..bila tengok ig rupanya dorang nak ke tokyo..lepastu nampak group artis korea (lupa dah nama apa, yg pasti actor actress)..tak sampai korea lagi dh nampak korean ni acane..kuat sangat semangat korea dia ni..hahahah

total harga tiket dlam +- RM1k macamtu..return ticket Cathay Pacific Airway..mahal?tak kot..coz total untuk 4 keping tiket..sebab dh include luggage 30kg plus meal untuk each flight..oh, kitorang transit kat hongkong..maka total tiket ada 4 keping..masa pegi transit dua jam, balik transit empat jam..so masa pegi tu takde masa nak pusing2 airport sangat pun..just busy nak pusing cari terminal untuk transfer je..haha

 ni masa tengah tunggu nak boarding


 dua je..sebab yang lagi sorang tengah selfie :p



dalam Cathay Pacific..kitorang memang ambik seat tengah sbb nak duk bertiga :D


flight dari KL-HongKong ambik masa lebih kurang 4 jam..setengah jam lepas fly tu dorang bagi kacang macam yang selalu dapat kalau naik flight MAS tu dengan air yang dorang bagi kita choose (coke, apple juice, orange juice, sky juice)..then lepas sejam dorang bagi makanan..heaven betul menu dia! :D untuk muslim, dorang ada sediakan makanan halal (dorg panggil special meal)..boleh request masa check in beg kt kaunter tu..so dorang akan alert untuk bagi special meal kat kita..boleh pilih menu..masa kitorang naik haritu dorang bagi pilihan nasi lemak or nasi goreng dengan ayam..


nasi lemak


 nasi goreng + ayam


lepas main menu dorang bagi desserts..aiskrimm..haha
orang lain makan sebekas je..kitorang mintak dua bekas sorg :p


after 4 jam tengok muvi n makan dalam flight maka sampaila HongKong International Airport..

tunggu untuk boarding

sampul ni dorang bagi masa print out ticket kt KLIA




dari hongkong ke incheon,seoul ambik masa dalam 5 jam..
makanan macam biasa memang dorang provide..


 ni meal dari HKIA - ICN


sebelum sampai Korea kena isi borang dulu..yang macam kita slalu tengok dalam drama FullHouse tu..kalau nak masuk Korea kena bagi details dulu..eheh




after 5 jam akhirnya sampai jugak ke oppaLand..hahah
memasing kemain eksaited nak turun main snow..hahaha
lepas sampai tu kena undergo immigration check dulu baru boleh proceed ambik beg..
 nasib baik lepas :p kalau takde demam ke anything atceli lepas je pun..haha
untuk ambik beg dorang memang dah state sesiap number dia..just alert dengan nama flight tu jela..


 area untuk ambik bagasi


 kami nombor 19 ^_^



kitorang buat perangai pelik lepas sampai..pelik bagi kitorang jela :p
kitorang kelua main kat area airport without winter jacket :p
konon2 nak experience benda baru la kan..
tak sampai setengah jam terus masuk balik..masa tu suhu lebih kurang -11'C..
berasap mulut :D







malam tu kitorang tidur kat airport je sebab dah lewat nak check in guesthouse..
guesthouse kat itaewon..kitorang kat incheon..dengan first time nak gerak lagi takut sesat malam2..
lagipun masa untuk check in kat guesthouse tu 3petang..kang tak pasal2 pegi sana dorg tak bagi masuk..haha



muka2 terpaksa tido airport :p


muka masing2 mamai lagi sebab baru bangun tidur..kat airport tu jumpa backpackers dari Malaysia..then share2 story, sesama makan megi ngan dorang..dorang tengah tunggu flight nak balik..dah seminggu dah kat korea..haha..sharing2 makanan malam tu rasa macam family je..
sebenanya nak kena pandai communicate je pun..murahkan dengan senyuman kalau xtau nak bercakap sangat..eheh

lepastu mana2 korean yang lalu area kitorang yang agak2 muka waras lagi (tak mengantuk) tu kitorang tegur je..begin dengan 'annyeonghaseyo' je pun..dorang dah appreciate n terus nak proceed borak! :D

pengajaran masa tidur kat airport,
1 - jangan sombong..kalau nampak malaysian tegur je..mana tahu in the future nanti jumpa lagi
2 - jangan kedekut..kalau ada makanan or idea yang boleh share share je..eratkan silaturahim gituu
3 - kalau nampak korean pun jangan segan nak tegur..dorang appreciate tahu! 
4 - belajar untuk bersiap sesimple secepat yang mampu..takde maknanya nak touch up banyak2 :p



to be continued...




xoxo,
yanie

No comments: