jaga hati vs makan hati

Assalamualaikum w.b.t...






Tak penat ke jaga hati orang lain?

Penatt..sape kata tak penat kan :D
Tapi its oke as long as kita tahu apa ganjaran kalau bersabar..
Semua orang ada pengalaman makan hati kan..makan hati sebab nak jaga perasaan kawan, nak jaga perasaan jiran..blablabla
Of course tak mudah..bukan senang nak telan je rasa sakit masa sabar tu..pahit kan :)

"sabar itu pahit kerna syurga itu manis"

Kadang-kadang orang marah kita walaupun dia yang salah..
Kadang-kadang orang marah kita walaupun dia tengah tahan marah dengan orang lain..
Kadang-kadang orang marah kita tanpa kita tahu sebab..
Tiba-tiba yang selalu bercakap jadi diam..
Yang selalu bergelak jadi janggal..
Yang selalu ramah tak bertegur..
Yang selalu comforting buat kita serba salah..
Kan?

penat nak tahan semua tu..
Tapi lagi penat untuk baiki semua after effect if kita tak tahan situasi macamtu..
Kita tak boleh nak ubah orang..tapi kita still boleh ubah n belai hati sendiri..
Kita tak boleh nak suruh orang diam n paham tapi kita boleh fleksibelkan diri kita..
Memang tak best bila kita je selalu yang nak kena jaga hati orang..tapi orang lenyek2 hati kita..
Susah..n sedih jugak :)
Tapi mampu ke nak tanggung rasa bersalah lepastu?mampu ke nak tanggung rasa tak selesa lepas kita kluarkan amarah tu?mampu?

Lagi senang kita beralah..
Bukan Allah tak tahu..bukan Allah tak sayang..
Allah dengar semua tangis dari hati kita..Allah tahu kita penat dengan manusia..
Mungkin jugak tu salah satu cara Allah nak delete dosa2 kecil kita :) Allah nak mudahkan jalan ke syurga untuk kita :)

Dan bila rasa penat tu dah sarat,barulah kita sedar betapa bermaknanya satu sujud :)



Xoxo,
Yanie

No comments: