resepi taugeh masak sos tiram sesame

 assalamualaikum w.b.t...


yanie bukanla peminat taugeh..selalunya even jumpa taugeh dalam any CKT/ anything yang beli kat kedai mesti akan kutip satu2 letak tepi 😂

but for this one lauk terasa boleh accept..mungkin sebab dah less rasa taugeh dia tu kot..





bahan-bahan
-taugeh putih
-pea sprout
-bawang putih
-telur sebiji
-cili burung
-sos tiram
-kiub pati ayam (suku only)
-minyak masak satu sudu just utk tumis bawang
-sesame oil


cara-caranya
1) tumis bawang sampai naik bau/ tukar color
2) masukkan telur, goreng bagi hancur
3) masukkan sos tiram, kiub pati ayam, any perasa yang korang nak 
4) masukkan air sikit untuk tak bagi hangit
5) masukkan cili yang dah dipotong
6) masukkan taugeh/pea sprout
7) kacau sebati, rasa (if perlu tambah mana2 yang perlu tambah)
8) tutup api, masukkan sesame oil lebih kurang 2 sudu, kacau rata, siappp!


**dan boleh makan dengan nasi panas2 😘
**senang je resepi yanie..sebab as student hujung2 minggu je mampu nak masak fancy2 ..daily meal mampu yang macamni je 😄

selamat mencuba!


xoxo,
yanie

nasi goreng belacan yumikoyuki

 assalamualaikum w.b.t...

**updated image 2020



resepi ni sesuai for students or those yang nak makan nasi goreng cepat2 ❤
**sebab saya pun student jugak..so kita masak yang simple2 je :p


bahan-bahan

-nasi (2bowl/1pot)
-bawang holland (1/4)
-belacan (size ibu jari..tapi if nak lebih tambah je)
-cili burung 6biji
-telur 1biji
-ikan bilis
-sayur2 (carrot/bayam brazil/sawi/kobis/etc)
-gulagaram (for perasa)
-minyak untuk menumis 


cara-caranya

1) make sure nasi dah sejuk/balance nasi semalam
2) goreng ikan bilis, toskan
3) ambik segenggam ikan bilis yang dah digoreng tadi (jangan la genggam banyak sangat), tumbuk together with cili burung & belacan
3) potong bawang holland (mayam)
4) panaskan minyak, tumis bawang sampai naik bau
5) masukkan telur, kacau/goreng hancur
6) masukkan carrot (if tak pakai carrot jangan masukkan sayur dulu - skip this step)
7) masukkan half bahan tumbuk tadi 
8) kacau2, tambah perasa (garam suku ts, gula half ts)
9) masukkan nasi
10) masukkan balance bahan tumbuk tadi
11) masukkan balance ikan bilis yang dah digoreng
12) kacau rata, masukkan sayur
13) cicip & balancekan rasa bila perlu
14) kacau sampai wap naik from the nasi
15) siappp ❤


**a bit different than most simplest nasi goreng yang selalu yanie buat..but worth to try! 😄
**for those yang nak pakai banyak nasi, just tambah the bahan2 je..then balancekan rasa 🌸


xoxo,
yanie

aurat: jaga kita atau dia?

 assalamualaikum w.b.t...






i always have different opinion, different voice from other people on most of the things..same goes to konsep tutup aurat..

kecik2 dulu kita selalu diingatkan - jaga diri, untuk jaga mata lelaki..lelaki kena tundukkan pandangan, but kita kena tolong dorang dengan tutup aurat, jaga akhlak etc2..

but at that time, i pernah question those kind of curiosity to my ustazah..

"kenapa iman lelaki, tapi kita yang kena jaga..kenapa kena tutup aurat just for the sake of that?"

"sebab lelaki mata dia tajam, dia boleh scan macam2..kena tutup aurat so that kita boleh jaga diri kita indirectly"

by believing stigma yang macamtu, most of us membesar dengan that 'believe' of  'lelaki boleh scan perempuan etc2'..

then the question end there..

even if my heart still racing and not satisfied with the answer..

as by growing up, kita pun read so much unfavourable news abt rape, about sexual harassment etc..even when the victim wearing the most decent clothes..

my forever question at that moment was - so wheres the logic of 'tutup aurat untuk jaga iman lelaki, tutup aurat untuk elakkan benda2 tak elok..when the news know no boundaries pun'

yes..those kind of answers can be additional points..tapi not the main point..as me grow up, i start to put the puzzle piece by piece on its place..ofcourse different way of thinking not always cherish by others kan..but i stand on my own bila orang lain keep believe their ancient believe..

for me, kita jaga diri kita, tutup aurat, buat kerana Allah..bukan untuk siapa2..why not kita diajar dari seawal tadika untuk tutup aurat for the sake of Allah?kenapa kena sandarkan asbab tu kerana manusia?yang tak maksum? sedangkan hakikatnya yang menyuruh kita untuk menutup aurat tu Allah?

lagipun, isu aurat ni both sides pun ada tanggungjawab masing2..cuma berat extra a bit untuk girls :)

sepatutnya, setiap umat tu diajar untuk tutup aurat, jaga pandangan, berakhlak baik, bercakap yang baik2, semuanya untuk Dia..sebab Dia yang suruh..so that kita tahu, itu semua kewajipan..bukan untuk elak itu, ini berkait manusia semata2..

by teaching like that barulah tak timbul isu tak FAHAM tentang aurat instead of tak TAHU tentang kewajipan tutup aurat..

back to the main point, tutup aurat tu sebab Allah yang suruh..bukan kerana manusia..
iman lelaki, dia la yang jaga..kita nak tolong jaga jugak kenapa..membantu tak salah, tapi bukan main point :)

faham hubungan kita dengan Dia, so that kita faham kenapa kita dituntut untuk buat itu, ini..bukan sekadar menonong buat ikut stigma :) sebab tu islam suruh beragama dan berilmu secara selari :)

if ada anak perempuan, ajar untuk tutup aurat kerana Allah..
if ada anak lelaki, ajar untuk tundukkan pandangan, ajar untuk memelihara hak islam tu sendiri..

again, those kind of fahaman not totally salah..but mainly sebagai wanita muslim, setiap orang perlu diajar untuk faham the main thing - tutup aurat kerana Allah..sebab kita nak masuk syurga..tu aim utama kan..

sebab in the end everything akan kembali pada asasnya :)


xoxo,
yanie

Dunia di Tangan, Akhirat di Hati

assalamualaikum w.b.t...


 



Doa Abu Bakar ra: “Jadikanlah kami kaum yang memegang dunia dengan tangan kami, bukan hati kami.”

Dan doa sahabat Umar Al-Khattab: “Ya Allah, tempatkanlah dunia dalam genggaman tangan kami dan jangan kau tempatkan ia di lubuk hati kami.”

Sesusah mana pun seseorang itu menjalani kehidupan di dunia., dia mungkin masih juga memilih untuk terus berada di dunia. Jika diberikan pilihan dengan kematian saat ini juga, pasti rata-rata akan berfikir dua kali untuk memilih kematian. Kerana apa? Kerana mereka sudah disajikan dengan nikmat dunia – kebebasan bernafas, makanan yang lazat di dunia; bahkan ada yang dilimpahi kemewahan yang tiada tolok bandingnya dengan orang lain.

Namun, pernahkah kita berhenti sejenak dan berfikir – dunia ini hanyalah sementara. Dunia ini pinjaman dariNya. Segala apa yang kita nikmati hari ini hanyalah secebis jika dibandingkan dengan nikmat syurgaNya kelak. Apabila tiba saatnya untuk kita meninggalkan dunia ini, segala nikmat dan harta kemewahan yang kita miliki sebelum ini takkan kita bawa bersama. Yang ada hanyalah selembar kain kafan dan amal kita di dunia.

Sesungguhnya dunia ini adalah jalan, akhirat itu matlamat dan tujuan yang sebenar-benarnya. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara sebelum kita tiba di perkampungan akhirat. Tak salah untuk menghargai nikmat dunia selagi mana kita tahu dan tidak meminggirkan akhirat. Kerana apa? Kerana kita adalah khalifah di bumi Allah, dan kita ada tanggungjawab untuk menghadapi dunia dalam perjalanan menuju akhirat.

Suatu hari Umar Al-Khattab berkunjung ke rumah Rasulullah S.A.W. Beliau mendapati Rasulullah Saw sedang berbaring di atas selembar tikar. Setelah masuk dan duduk di samping Rasulullah, Umar Al-Khattab tersedar bahawa tidak ada apa-apa yang menjadi alas tidur Rasulullah selain selembar tikar dan sehelai kain. Beliau mampu melihat dengan jelas bekasan tikar pada kulit tubuh Rasulullah.

Umar Al-Khattab terus mengamati keadaan rumah Rasulullah S.A.W. Sangat sederhana. Di satu sudut rumah terdapat sebekas gandum. Di dindingnya tergantung selembar kulit yang sudah disamak. Umar menitiskan air mata melihatkan kesederhanaan manusia yang mulia itu.

“Mengapa Engkau menangis wahai Ibnu Khattab?” tanya Rasulullah.

“Ya Rasulullah, bagaimana aku tidak menangis melihat bekasan tikar di badanmu dan rumah yang hanya diisi barang-barang itu. Padahal Kisra dan Kaisar hidup dalam gelumang harta kemewahan. Engkau adalah Nabi Allah, manusia pilihan. Seharusnya engkau jauh lebih layak mendapatkan kemewahan yang lebih.”

Lalu jawab baginda, “Wahai Ibnu Khattab, apakah engkau tidak redha, kita mendapatkan akhirat, sedang mereka hanya mendapatkan dunia?”

*****

Kita hanyalah musafir di dunia fana ini. Segala apa yang kita lakukan di dunia akan dipersoalkan di akhirat kelak. Hatta sekecil perbuatan membeli jarum sekalipun. Kita akan disoal dari mana datangnya wang yang kita gunakan untuk membeli jarum itu, dan apa tujuan jarum itu dibeli. Adakah digunakan ke arah kebaikan dan membawa manfaat untuk orang lain atau sebaliknya?

Dari Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah,

“Ambillah dari dunia ini apa yang halal untukmu, jangan kau lupakan bahagianmu dari dunia. Namun jadikanlah dunia itu berada di tanganmu saja, jangan kau jadikan berada di dalam hatimu. Ini yang terpenting.” - Syarh Riyadhus Shalihin

Pernah dengar kisah mengenai Mush’ab bin Umair? Seorang pemuda di zaman Rasulullah S.A.W. Beliau merupakan pemuda yang paling tampan dan kaya raya di kota Mekah. Namun, ketika Islam datang, beliau meninggalkan kemewahan dunianya demi kebahagiaan akhirat.

Ibu dan ayah Mush’ab bertindak mengurung Mush’ab selama beberapa hari dengan harapan bahawa Mush’ab akan meninggalkan Islam. Namun usaha itu tidak sedikitpun melemahkan keyakinan Mush’ab terhadap Islam. Setelah beberapa hari hukuman itu tidak membuahkan hasil, akhirnya Mush’ab dibebaskan buat sementara waktu.

Suatu hari Mush’ab melihat ibunya dalam keadaan pucat lesi, lalu beliau bertanyakan sebabnya. Kata ibunya, dia telah berniat di hadapan berhala untuk tidak makan dan minum sehingga Mush’ab meninggalkan Islam. Lalu jawab Mush’ab,

“Wahai ibuku, andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa itu keluar satu persatu, nescaya aku tidak akan meninggalkan Islam sama sekali,”

Lemah si ibu mendengarkan kata-kata anaknya. Dengan jawapan tersebut juga, Mush’ab dihalau keluar dari rumah ibunya. Maka Mush’ab pun tinggal bersama Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat yang serba daif ketika itu.

Zubair bin al-Awwam mengatakan, “Suatu ketika Rasulullah S.A.W sedang duduk dengan para sahabatnya di Masjid Quba, lalu muncullah Mush’ab bin Umair dengan kain burdah (sejenis kain yang kasar) yang tidak menutupi tubuhnya secara penuh. Mereka pun menunduk. Mush’ab mendekat dan mengucapkan salam. Mereka menjawab salamnya. Lalu Nabi S.A.W memuji dan mengatakan hal yang baik-baik tentangnya. Dan beliau bersabda,



“Sungguh aku melihat Mush’ab tatkala bersama kedua orang tuanya di Mekah, mereka memuliakannya dan memberinya pelbagai kesenangan dan kenikmatan. Tidak ada pemuda Quraisy yang sama dengan dirinya. Dan dia meninggalkan kenikmatan itu demi cintanya kepada Allah dan RasulNya,” (HR. Hakim)

Tak salah untuk kita menikmati kemewahan dan nikmat dunia. Kerana itu semua adalah rezeki dari Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang berusaha. Namun, seimbangkan dan berkatkan rezeki yang diperolehi itu ke jalan Allah. Seimbangkan antara nikmat dunia dan persiapan kita dalam menghadapi alam akhirat.

Ada orang, mereka tidak mahu hidup dalam kemewahan yang melampau, kerana bimbang mereka akan lupa diri. Ada orang, mereka mahu Allah berikan nikmat kemewahan, supaya mereka mampu mengecapinya dengan nikmat memberi. Kita? Bergantung kepada diri kita sendiri, yang mana mahu kita pilih, selagi kita berada betul di landasan redhaNya.

Imam Ali pernah berkata, "Kuasai dunia dan pimpinlah dia. Letakkan dia ditanganmu tapi jangan menyimpannya dihatimu,”

Mereka yang meletakkan dunia di hati akan mudah merasa kehilangan. Jika hartanya diuji dengan berkurang sedikit, mereka akan mula merasa kerugian. Mereka akan menjadi orang-orang yang sayangkan harta kebendaan dan sukar untuk berkongsi sesama manusia meskipun hal itu membawa kerberkatan padanya. Mereka akan merasa tidak tenang kerana takut harta mereka hilang atau berkurang. Seterusnya, mereka akan sentiasa dihimpit rasa takut untuk menghadapi kematian.

Belajar untuk meletakkan dunia di tangan dan bukannya di hati. Kerana sampai satu saat, kita akan terpaksa melepaskan apa yang tergenggam di tangan. Sematkan akhirat di hati, kerana walau sebesar dan senikmat mana pun dunia ini, kita tetap takkan mampu mengetepikan hakikat akhirat.



xoxo,
yanie


Percaya dengan diri sendiri

assalamualaikum w.b.t...





Salah satu tanda keagungan Allah pada diri manusia adalah perbezaan yang Dia wujudkan dalam diri setiap manusia yang diciptakan secara sesempurna mungkin. Setiap insan mempunyai potensi dan kemampuan yang tersendiri untuk menjadikan dirinya sebagai siapa dia pada hari mendatang.

Trust. Bukanlah satu benda yang mudah untuk kita buat. Lebih-lebih lagi dengan orang lain. Tetapi lain halnya dalam konteks percaya pada diri sendiri. Kalau kita tak mampu untuk percaya pada diri sendiri, bagaimana kita nak buat orang lain percaya pada kita? Orang lain takkan yakin dengan apa yang kita mampu selagi kita pun tak yakin dengan diri sendiri.

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran: 139)

Sedangkan dalam keadaan kita percaya dengan diri kita sendiri pun masih ramai yang memandang sinis. Pekakkan telinga, kutip setiap kata-kata orang umpama mengutip ranting-ranting kering. Kumpulkan menjadi satu longgokan. Jangan dibuang terlalu awal. Siapa sangka mungkin ia berguna di masa hadapan. Mungkin boleh dijadikan kayu api sebagai pembakar semangat hidup kita. Abaikan kata-kata negatif yang hanya menjatuhkan semangat kita dalam mengatur tapak untuk lebih maju ke hadapan.

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: “Rasululah S.A.W bersabda, ‘Di antara (tanda) kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat baginya’ – HR At-Tirmidzi

Seekor helang yang dibesarkan dalam kelompok seekor ayam juga akan membiasakan dirinya dengan cara dan kebiasaan kelompok ayam itu tanpa tahu potensi dirinya yang sebenar. Kerana apa? Kerana ia tak pernah punya keyakinan dan kekuatan dalam dirinya sendiri untuk mencari potensi dirinya yang sebenar. Setiap hari ia diajar dengan gaya hidup kelompok ayam sehingga ia tidak sedar dengan kemampuannya sendiri. Ia takkan pernah tahu bahawa ia boleh terbang tinggi kerana kelompok tempat ia bergaul tidak pernah memberikannya perangsang untuk menjadi dirinya.

Sehinggalah suatu saat apabila ia berani untuk melangkah keluar dari kelompok kebiasaannya dan mencari titik potensinya. Saat itu barulah ia akan sedar sejauh mana ia mampu untuk terbang gah di langit biru berbanding kebiasaannya mematuk padi setiap hari. Saat ia membawa dirinya keluar dari kelompok kebiasaannya barulah ia berjaya mencari kekuatan dirinya yang selama ini terpendam.

Optimis adalah sebuah keyakinan yang akan membawa kita kepada satu pencapaian. Kita takkan mampu sampai ke satu-satu tahap tanpa kepercayaan pada diri sendiri. Yakin dengan usaha kita untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.

Dari sudut lain ia dipanggil tawakkal. Setiap langkah yang diambil bukanlah merupakan sesuatu yang mudah, akan ada tentangan dan rintangan yang mesti dihadapi.

Menginjak remaja, semakin banyak cabaran yang bakal ditempuh. Semakin banyak perkara perlu difikirkan. Kita harus struggle untuk berada di atas. Dicemuh, disindir, dipuji itu sebahagian dari proses untuk terus kehadapan. Cara bertahan? Percaya bahawa Dia ada. Kita sentiasa dalam genggaman Allah walau dimana sekalipun kita berada. Apa pun yang berlaku, letakkan Dia di carta teratas. Bila tiba masa seluruh dunia menolak, Dia akan tetap mendakap penuh erat.

Jangan pernah letakkan indicator untuk mendapatkan high expectation daripada orang lain. Manusia memang takkan pernah puas dengan apa yang ada di hadapan mereka. Memang akan sentiasa mencari kepincangan dalam apa sahaja yang terzahir mahupun tidak. Dalam seribu mata yang bertembung dengan mata kita,mungkin hanya sepasang mata yang benar-benar ikhlas menjalin ukhuwah. Tak semua orang bahagia bila kita bahagia. Tak semua juga yang akan senyum bila kita tersenyum. Tak semua akan terkesan bila kita berduka.

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. (Fusshilat: 30)

Siapa kita di tempat kita berdiri hari ini adalah kerana bagaimana kita percaya diri pada hari semalam. Lakukan sesuatu agar diri kita di masa hadapan berterima kasih kepada kita pada hari ini. Memilih sesuatu jalan untuk ditempuh bukanlah suatu keputusan mudah yang dibuat dalam masa sehari cuma. Keputusan untuk berada di jalan di mana kita berada sekarang mungkin mengambil masa berbulan-bulan. Bahkan mungkin bertahun-tahun. Kenapa? Kerana untuk berada di setiap satu titik dalam dunia ni memerlukan kekuatan dari diri sendiri. Sampai satu saat even family pun hanya mampu untuk menyokong dari belakang sahaja.

Kita perlu sedar bahawa setiap insan mempunyai pandangan dan juga hala tuju sendiri dalam kehidupan mereka. Sikap percaya pada diri sendiri amat penting dalam menentukan arah dan tujuan peribadi diri kita daripada mengikut jejak orang lain yang pastinya satu hari nanti akan membunuh karakter peribadi kita.

Bukankah setiap apa yang kita terima tidak kira sama ada baik ataupun buruk adalah sesuai dengan kemampuan kita? Dan hanya kita yang tahu sejauh mana potensi diri kita. Maka, kembangkan potensi dalam diri kita. Tak usah risau ataupun meragui apa yang diragui oleh orang lain terhadap kemampuan kita. Kerana Allah itu ada, dan Dia Maha Mengetahui perihal hamba-hambanya. Allah takkan meletakkan seseorang di atas sesuatu landasan tanpa sebab selayaknya.

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah.” (QS. Az Zumar: 53)

Sampai satu saat, kita akan mampu merasakan nikmatnya apabila kita percaya dengan diri sendiri. Akan timbul satu rasa kedamaian dalam hati kita. Ramai orang tersalah langkah dengan membandingkan dirinya dengan orang lain yang seterusnya membuatkan dia terikut-ikut dengan gaya orang lain kerana kurang bersyukur dengan dirinya sendiri.

Setiap hari, cuba untuk benihkan rasa keyakinan dalam diri sendiri kerana itulah yang menjadikan siapa diri kita yang sebenarnya. Tidak salah menjadi seorang yang chubby, rendah, hitam, putih, hatta kelabu sekalipun. Rasa percaya pada diri sendiri itu akan menyelamatkan kita.

Setiap manusia itu sudah diberikan akal fikiran, yang membuatkan kita mampu untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, yang terpuji dan tercela, dan mana yang terbaik untuk kita. Kerana itulah manusia mendapat darjat yang tinggi. Namun begitu, sikap percaya pada diri sendiri itu juga haruslah digariskan dengan kepercayaan dan rasa syukur kepada Allah. Yakin dengan diri sendiri tidak bermaksud kita boleh mengetepikan Allah. Kerana setiap apa yang kita lalui, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya adalah di bawah kekuasaanNya. Ketika akal dan kepercayaan yang dititipkan oleh Allah disalahgunakan, maka darjat kita akan menjadi lebih rendah.



xoxo,
yanie

antara tawakkal, redha dan sabar

assalamualaikum w.b.t...

setiap kali becakap dengan Drs, the main thing yang dorang pesan is - remember the patient that u cant save..so that u will try harder to save more patients in the future..
teringat kenangan masa internship dulu..

gambar: google


***

Tawakkal itu berserah dan percaya kepada Allah setelah kita berusaha sehabis daya. Redha itu ikhlas menerima segala ketentuanNya dalam apa jua keadaan. Sabar itu mengawal emosi saat diuji.

Sebagai manusia kita takkan pernah lari dari sifat semulajadi seorang manusia. Dalam setiap apa jua yang kita hadapi sudah tentu kita akan berhadapan dengan emosi sedih, gembira, kecewa, bahagia, dan sebagainya.

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah lah hati menjadi tenteram” - (Ar-Rad:28)

***

“Patient fit ke? Mata macam dah rolling tu,” specialist berjalan mendekati pesakit. Ditepuk bahu pesakit namun tiada respond. Hanya badannya sahaja yang menunjukkan tanda bahawa dia dalam keadaan ‘fit’ atau sawan.

“Awak, tolong saya,” tiba-tiba suasana di dalam ward ketika ward round pagi itu bertukar cemas. Tirai di sekeliling pesakit ditarik untuk menjaga privacy pesakit. Waris pesakit diminta untuk tunggu di luar tirai. Aku segera ke sisi katil pesakit yang tiba-tiba tidak sedarkan diri tadi – membantu doktor pakar melaraskan katil. Doktor memeriksa nadi serta ritma nafas pesakit dan segera melakukan CPR.

“Pakai glove, help me with CPR,” laung doktor tadi sambil terus menekan dada pesakit. Segera aku berlari mendapatkan glove dan bersedia untuk mengambil alih tugas CPR. Troli ubat-ubatan kecemasan ditolak masuk ke kawasan katil pesakit. Doktor lain yang bertugas segera memasang line bagi memudahkan proses memasukkan ubatan yang mampu membantu mengembalikan denyut nadi pesakit tadi.

“Change,” kata doktor yang sedang melakukan CPR tanda mahu bertukar tangan. Aku segera mengambil alih tugas melakukan CPR. Katil pesakit dipanjat. Dada pesakit ditekan bagi membantu jantung berdegup kembali.

“Please mak cik, buka mata,” omel doktor di sebelahku perlahan sambil aku terus menekan dada pesakit yang tidak berombak sejak tadi. Di sebelah kiri, doktor yang lain mula melakukan intubasi kepada pesakit.

Doktor senior di hadapanku meminta aku untuk berhenti melakukan CPR untuk melihat sama ada jantung sudah kembali berdetak ataupun tidak.

Hampa.

Satu, dua, tiga, CPR masih diteruskan. Dua kali defibrillator ditekap ke dada pesakit.

Segala jenis ubatan untuk menaikkan tekanan darah dan membantu jantung berdegup berterusan diberikan kepada pesakit. Dalam kekalutan pagi itu, aku terdengar doktor senior di hadapanku berbisik, "Please mak cik. Please wake up,” perlahan, namun masih jelas didengari kerana aku berada paling hampir dengannya waktu itu. Hatiku tersentuh. Waktu itu nafasku kering dan aku meminta untuk bertukar tangan untuk melakukan CPR. Seorang sahabat lain segera mengambil alih.

Aku mencari-cari detik nadi pesakit itu. Hampa. Tangan pesakit dipegang. Sejuk. Dingin. Dua puluh minit CPR dilakukan. Ubat-ubatan yang berkaitan juga sudah diberikan. Namun tanda-tanda pesakit tadi akan sedar tiada.

Empat puluh minit berlalu. Akhirnya, kami terpaksa akur. Dia lebih menyayangi pesakit itu. Perlahan-lahan CPR dihentikan atas arahan doktor pakar. Cardiac monitor jelas memaparkan flatline. Segala alatan untuk mengesan degup jantung ditanggalkan satu persatu.

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Aku masih berdiri di sisi katil pesakit. Doktor pakar keluar dari ruangan katil pesakit untuk memaklumkan ahli keluarga pesakit mengenai berita itu.

“I’m so sorry mak cik. It’s hurtful to say goodbye like this. He loves you more,” doktor senior tadi berbisik perlahan. Seorang demi seorang mula meninggalkan ruangan katil pesakit. Jururawat mula mengambil alih tugas seterusnya.

Keluar sahaja dari ruangan katil pesakit tadi, banyak mata yang memandang. Perlahan-lahan glove ditanggalkan. Aku mengerling jam di pergelangan tangan. Baru pukul 10.35 pagi. Suasana yang berjaya menaikkan hormon adrenalin sesiapa sahaja yang terlibat dan melihat.

Anak bongsu pesakit yang saban hari menjadi peneman setia terduduk sambil matanya merenung jauh ke hadapan. Mungkin masih terkejut kerana dia merupakan orang pertama yang menerima berita itu. Tergopoh-gopoh tangannya menekan nombor di telefon bimbit. Esaknya perlahan, tidak selaju air matanya. Aku sebak. Namun rasa itu harus ditelan.

Sekelip mata sahaja segalanya berubah. Itulah takdir. Bila Dia berkata ‘kun’, maka jadilah ia. Siapa kita untuk menidakkan sesuatu yang sudah rapi dibawah perancanganNya?

“Dialah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: ‘Jadilah’, maka jadilah ia” - (Al Mu'min:68)

Tiba-tiba seorang lelaki dan wanita melangkah masuk ke ruangan ward. Meluru mereka mendapatkan anak pesakit tadi. Mereka memeluk gadis itu yang ternyata si adik. Kakaknya terus meraung terduduk di lantai ward. Si abang hanya diam dengan mata berkaca.

“Doktor! Buatla sesuatu lagi. Takkan macam ni je mak tinggalkan kami. Takkan tak ada cara lain. Mak bangunla mak,” teresak-esak si kakak menangis sambil memeluk kaki doktor pakar di situ.

Anak lelakinya tiba-tiba bersuara, “Dasar doktor tak guna! Ni semua mesti sebab doktor lembab ni! Dasar makan gaji buta! Bod*h semuanya! Kalau doktor buat kerja betul-betul semua ni tak berlaku!”

“Sabar encik. Kami dah cuba semua yang terbaik dan terdaya kami lakukan. Tapi, Dia lebih menyayangi ibu encik,” Doktor pakar cuba menenangkan.

“Ahh! Sabar, sabar! Kau apa tahu! Kau senang-senang je suruh orang sabar! Kau tak rasa, kau tak alami!” jari telunjuknya dituding ke muka doktor itu. Si kakak masih lagi teresak.

Adik mereka melangkah perlahan memeluk kakaknya.

“Sudahlah kak. Redhakanlah,” sambil kolam matanya kembali pecah.

Aku yang berdiri di ruangan itu bertukar pandangan dengan rakan lain. Kami sama-sama terdiam.

Sesungguhnya doktor bukan Tuhan. Doktor hanyalah perantara yang bersandarkan kun fayakun Dia Yang Esa. Mereka juga manusia. Sudah tentu mereka masih mempunyai rasa sedih, kecewa, sesal yang mendalam; hanya tidak diluahkan.

“Keimanan ialah bersifat sabar dan berlapang dada,” – HR Thabrani

Siapa pun kita, dalam segala apa jua yang kita lakukan, kita hanya mampu berusaha dan bertawakal. Selebihnya hanya Dia Yang Maha Berkuasa menentukan segala-galanya. Dia Pencipta, pemilik dunia dan isinya. Sudah tentu Dia berhak atas segala-galanya.

Tawakal itu penting, agar kita sentiasa muhasabah diri dan sentiasa mengingati Allah selari dengan usaha yang berterusan. Sebagai hamba, kita hanya mampu berharap kepadaNya dalam apa jua keadaan yang bakal membawa pelbagai kemungkinan.

Meredhakan itu sukar. Namun, Islam mengajar umatnya untuk meredhakan sesuatu – percaya bahawa Allah ada. Segala yang berlaku adalah di bawah ketentuanNya. Allah tidak akan menguji seseorang di luar kemampuan mereka.

“Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan : ‘Allah telah mentakdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat’; kerana sesungguhnya perkataan ‘andaikata’ itu memberi peluang kepada syaitan ” - (Hadis Riwayat Muslim)

Allah takdirkan hidup ini memerlukan kombinasi usaha, ikhtiar, doa dan tawakal kerana kehidupan ini merupakan satu medan ujian yang tidak pernah berakhir; dan fitrahnya selagimana kita berusaha, selagi itu Allah akan membantu urusan kita.

Namun kadangkala aturan hidup tidak seiring dengan apa yang kita harapkan. Kita kadangkala teruji dengan rasa kecewa; dan dalam setiap ujian yang diberikan, Allah juga titiskan secebis kekuatan saat kita dalam kekecewaan. Dia selitkan didikan agar kita belajar bersabar untuk meredhakan ketentuanNya.

“Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal. Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan,” – (An-Nahl:96)

***

#truestory


xoxo,
yanie

mengingati mati menghidupkan hati

assalamualaikum w.b.t...



Pagi masih lagi muda. Aku mendekati seorang mak cik yang terlihat sedang keletihan dalam mencari ritma nafas yang selesa. Dadanya turun naik mencari oksigen untuk diisi kedalam paru-paru. Senyuman masih juga dihadiahkan kepadaku.

“Assalamualaikum mak cik. Mak cik masuk wad ni kenapa ye mak cik? Hari ni rasa macamana?” tanyaku sebagai permulaan. File pesakit kubelek satu persatu.

“Waalaikumussalam. Mulanya mak cik tak sedarkan diri kat rumah. Darah tinggi. Anak-anak bawa mak cik ke hospital. Enam hari mak cik di ICU. Tapi, Allah masih nak berikan peluang untuk mak cik hidup. Alhamdulillah, dua hari lepas mak cik dah sedar. Sebab tu sekarang kat sini. Masih kena tahan lagi. Sebab tekanan darah belum stabil. Tapi macam dah sihat sikit,”

“Mak cik rasa macam mati hidup semula. Mak cik ingatkan enam hari tak sedarkan diri tu memang Allah dah nak panggil balik. Rupanya Dia masih beri peluang hidup pada mak cik. Mungkin Allah nak bagi peluang untuk mak cik bertaubat lagi,” jawab mak cik itu dalam nada kesal. Aku mengangguk dan senyum, ‘Tinggi juga tekanan darah mak cik ni, patutla dia kata umpama mati hidup semula’ aku bermonolog.

Tiba-tiba pesakit lain yang berada di kubikel belakang tidak sedarkan diri. Sekelip mata suasana berubah cemas. Doktor yang bertugas segera bertindak mengembalikan semula nafas pesakit yang hilang seketika tadi. Lima belas minit bergelut dengan masa dan akhirnya Allah masih juga berikannya peluang kedua. Walaupun matanya terus pejam, namun nafas dan nadi yang hilang seketika tadi kembali berentak. Sudah tertulis bukan lagi masanya untuk dia kembali. Mungkin masih banyak tanggungjawabnya di dunia yang masih belum selesai. Betapa Allah itu Maha Berkuasa untuk segala sesuatu. Sesaat detik nadi hilang, sesaat juga ia dikembalikan.

Maha suci Allah yang di tangan-Nya segala kerajaan, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun - (Al-Mulk: 1-2)


Mati. Satu perkataan yang sering kita dengar. Juga satu perkataan yang amat digeruni oleh sesetengah individu. Ada yang percaya bahawa perkataan ini membawa malang jika disebut berulang kali. Tapi, bukankah menurut Islam mengingati mati itu menghidupkan hati?

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

Baginda menjawab: “Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang-orang yang cerdik,” - Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah


Mengapa Rasulullah menyuruh kita mengingati mati? Kerana mati itu pasti. Tidak kira walau di pelusuk dunia mana sekalipun kita berada, tidak kira di gua mana sekalipun kita bersembunyi, jika sudah sampai masanya kita dipanggil untuk menghadap Illahi, kita takkan mampu lari dari kematian.

Pernah seorang sahabat bercerita mengenai pengalamannya sewaktu di jabatan kecemasan. Ada satu kes kemalangan yang melibatkan tiga sekeluarga di mana si ibu hanya mengalami luka ringan di bahagian kaki dan lengan. Manakala si ayah dan anak tiba dalam keadaan kritikal dengan pendarahan yang tak henti-henti. Segala usaha dilakukan untuk menyelamatkan si anak namun Allah lebih menyayanginya. Selepas setengah jam, si ibu pula tiba-tiba tidak sedarkan diri dan menyusul anaknya walaupun jika dilihat dari luaran tiada apa-apa kecederaan yang serius. Si ayah selamat; dan apabila sedar, dia meraung tidak percaya dengan berita pemergian kedua-dua insan yang disayangi. Aturan Allah tak siapa mampu menduga. Tak siapa mampu menghalang.

“Ada satu kes, seorang adik ni tengah elok je berjalan dari ruang menunggu, dia pergi toilet and datang duduk balik. Tiba-tiba dia muntah darah and terus collapsed. Yang tu pun tak dapat diselamatkan. Sekejap je kan maut tu. Tak terlewat walaupun sesaat. Kadangkala tak terduga langsung,” satu-persatu cerita mengenai kematian didengar dan dilihat.

Mati itu datangnya tanpa pemberitahuan. Kematian itu rahsia Allah. Mengapa? Supaya setiap orang islam itu sentiasa bersedia dalam menghadapi sakaratul maut. Mungkin hari ini kita mampu bergelak tawa, mungkin esok bukan lagi milik kita untuk tersenyum gembira. Pastinya diantara kita pernah mendengar berita mengenai kematian yang tak diduga. Tak perlu bersebabkan sesuatu yang nyata, kadangkala dalam helaan nafas juga boleh menjadi helaan terakhir yang memisahkan kita dan dunia fana ini. Bila Allah berkata ‘kunfayakun’, dalam tidur pun nyawa boleh terpisah dari jasad. Kehidupan di dunia ini berbeza sekali dengan kehidupan di akhirat sana. Sentiasalah mengingati mati supaya kita sentiasa mempersiapkan diri menghadapi saat yang tak terduga.

“Sesungguhnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi,” Sahabat-sahabat bertanya, “Apakah penggilapnya wahai Rasulullah?” Rasulullah menerangkan, “Membaca Al-Quran dan mengingati mati,” – Hadis Riwayat al-Baihaqi

Sungguh, mati itu dekat. Malaikat maut sentiasa ada bersama kita, dalam kalangan kita, mengekori gerak-geri kita, setiap saat dan ketika. Izrail tidak hanya mendekati manusia beberapa saat sebelum ajal. Bahkan, malaikat maut sentiasa mengintai dan berada dekat dengan kita. Bukankah setiap yang hidup itu pasti akan mati?

Kematian tidak pernah mengenal usia, baik yang tua mahupun muda. Kerana itulah mereka yang muda jangan sesekali leka dengan usia muda. Walaupun mempunyai tubuh badan yang sihat dan wajah yang tampan dan cantik, itu bukan jaminan jauhnya kematian.

Ada yang melihat kematian itu sebagai satu ibrah. Ada juga melihat sebagai satu peluang untuk mendapatkan sesuatu. Tanpa sedar setiap satu berita kematian itu adalah peringatan dariNya.

Bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baiknya bekal adalah taqwa – (Al Baqarah : 197)

Pernah tak kita soal hati kita – apa amalan yang bakal kita bawa bila kita dijemput nanti? Cukupkah amal yang selama ini kita buat sebagai bekalan bertemu Allah? Yakinkah kita setiap hela nafas yang dipinjamkan kepada kita telah dimanfaatkan ke jalanNya sebagai mahar bertemu Allah nanti? Segala amalan yang kita lakukan di dunia ini akan dipertanggungjawabkan kelak walaupun sebesar biji sawi.

Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh dia memperoleh kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya – (Ali Imran: 185)

Soal diri kita - adakah kematian kita nanti akan bersulam perjuangan terhadap agama Allah atau dalam bentuk menegakkan agama Allah atau sebaliknya? Adakah saat nyawa ditarik dari badan jiwa kita bersalut kemuliaan atau berselimut kedustaan – itu adalah satu pilihan. Selagi nyawa masih dikandung badan, kita punya pilihan untuk menentukan jalan mana yang terbaik sebagai jalan kearah redhaNya.

Waktu pertemuan denganNya itu dekat. Sedekat jarak azan dan solat. Setiap hela nafas ini adalah pinjaman dariNya, setiap detik nadi juga adalah pinjamanNya. Dunia ini pinjaman. Perpisahan itu menyakitkan. Tapi percayalah, pertemuan di syurga kelak adalah kemanisan yang abadi.

"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. Dan kalau mereka kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: "Ini adalah dari sisi Allah" dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: "Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu." Katakanlah (wahai Muhammad): "Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah." Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)?"- (An-Nisa’:78)



xoxo,
yanie

Kita Pendosa Yang Ingin Ke Syurga

 assalamualaikum w.b.t...








Sunyi. Silau. Farouq mengecilkan mata; membantu retinanya fokus dengan lebih tepat apa yang terhampar di hadapannya. Namun dia kecewa; yang ada hanyalah hamparan padang yang tak berpenghujung. Ada bukit, dan sesekali ada satu, dua batang pokok tanpa daun. Hanya ranting-ranting kering yang masih setia melekap pada si pokok. Aneh. Mindanya ligat memutar tanya – di mana dia sekarang? Seingatnya tadi dia sedang bergelak tawa bersama rakan-rakannya dalam perjalanan ke kelab. Ya, dia sepatutnya di dalam kereta mewah milik salah seorang rakannya. Setiap malam memang itu rutin hariannya. Keluar di kala embun malam baru mula menitis dan pulang setelah ayam berkokok. Semuanya atas alasan persahabatan. Dia takut kehilangan kawan. Brotherhood konon!

Tapi sekarang? Di manakah tempat dia berdiri sekarang? Tiada figura lain selain dia. Pelik!

Dia melangkah ke hadapan biarpun masih keliru. Setapak, dua tapak, dia berhenti. Di hadapannya seekor rama- rama berterbangan dan hinggap di ranting kering sepohon pokok tadi. Perlahan-lahan dia menghampiri. Hanya rama-rama itu makhluk hidup lain di situ selain dia. Dalam kekeliruan itu, Farouq terus mengomel – di mana tempat ini? Kenapa aku disini?

“Ini adalah jiwamu,” jawab satu suara.

“Siapa tu?” Farouq terkesima. Saujana matanya melilalu mencari kelibat lain selain dia dan si rerama. Dipusing badannya 360 darjah. Hantukah?

“Aku, si rerama,” Farouq kembali bisu. Masih belum mengerti. Matanya terarah ke arah ranting tadi. Rama-rama bercakap? Biar betul. Tak logik! Namun dia layankan sahaja suara itu.

“Apa maksudmu ini adalah jiwaku?”

“Cuba kamu lihat di sekelilingmu. Kosong. Tandus. Jiwa kamu kontang. Kamu perlu isi jiwa ini. Baja, sirami dan jaga sehingga jiwa yang gersang ini makin ditumbuhi bunga-bunga iman. Agar membentuk taman yang indah,”

“Aku tak faham,” jawab Farouq. Tekaknya perit. Kering. Dia haus. Mungkin kerana terlalu jauh berjalan tadi. Dia melilau lagi mencari sungai ataupun sumber air. Namun mindanya terus berputar mencari jawapan kepada pernyataan si rerama tadi. Kosong? Siram?

“Jiwamu seharusnya hidup subur dengan bunga-bungaan di taman akidah dan iman. Tapi selama hari ini, ini jasamu. Jiwamu saban hari semakin kering. Semakin kontang. Kamu terlalu leka dengan dunia,” Farouq bisu. Sejenak dia bermuhasabah. Dia dilahirkan dalam keluarga yang berada, semua yang dia inginkan akan dia dapat. Mungkin kerana itu jugalah dia terus hanyut. Leka dengan nikmat dunia.

“Kamu tentu sedang haus bukan? Mari aku bawa ke suatu tempat,”

Farouq terus mengekori rerama kecil tadi ke suatu kawasan berbukit. Di satu sudut mata Farouq tertancap pada sebuah kolam yang jernih airnya.

“Minumlah dari situ. Mungkin dapat meredakan hausmu,”

“Wahai anak muda, kamu sebenarnya masih punya rasa keinsafan. Masih punya keimanan biarpun setitis di hamparan kontang ini. Manfaatkan peluang yang kamu miliki. Basuhlah dirimu dari belenggu dunia,” Farouq semakin mengerti. Namun buat masa sekarang, tekaknya perlu dibasahkan terlebih dahulu. Lantas, dia meneguk air di kolam tersebut. Sejuk. Nyaman.

“Aku mahu pulang. Aku tak mahu terus disini. Ini terlalu asing bagiku. Aku takut,” kata Farouq setelah dirasakan puzzle di mindanya semakin bercantum sedikit demi sedikit.

“Kamu takut dengan dirimu sendiri? Jadi berubahlah. Basuh dosa-dosa yang telah kamu lakukan sebelum ini. Bertaubatlah. Jangan risau, kamu akan pulang. Takkan selamanya kamu di sini,”

“Tolong aku. Apa aku harus lakukan? Dosa-dosaku terlampau banyak. Mana mungkin Allah ampunkan aku,” Farouq menangis.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun,” si rerama mulai terbang kembali.

“Sebentar. Aku masih ada banyak persoalan,” Farouq bangun dan mengikuti si rerama. Namun, si rerama terbang semakin tinggi dan jauh. Farouq risau.

“Kenapa aku disini? Bagaimana aku boleh berada disini? Bagaimana aku ingin pulang?” Farouq melaung. Sepi.

***

Tiba-tiba matanya terbuka. Namun kepalanya terasa berat. Farouq melilaukan matanya mengenalpasti keadaan sekeliling. Semuanya putih tetapi begitu nyata. Tangannya dapat merasakan dengan jelas tilam tempat dia terbaring. Tekaknya terasa perit dan kering. Dia cuba untuk menoleh ke kiri dan kanan biarpun pandangannya masih kabur. Dia dapat rasakan pipinya dibasahi air mata.

“Farouq dah sedar? Alhamdulillah,” seseorang memegang wajahnya, menyuluh matanya dengan satu cahaya terang seperti torchlight dan memeriksa nadinya. Sedikit demi sedikit pandangannya semakin jelas. Dia akhirnya dapat meneka – dia di hospital. Tapi kenapa dan bagaimana?

“Farouq ingat tak kemalangan haritu?” seseorang bertanya lagi. Kemalangan? Oh, dia ingat! Kemalangan malam itu! Mana yang lain?

***

Sudah dua minggu berlalu setelah Farouq kembali sedar. Dia kini tidak lagi berfoya-foya. Kakinya banyak diarahkan melangkah ke majlis-majlis ilmu. Sepertiga malamnya dihabiskan dengan berdating dengan kekasihnya – Allah. Dia teringat pertemuan dia dan sang rerama sewaktu dia koma tempoh hari. Amat bermakna; dan Farouq tak mahu lagi biarkan jiwanya terus kontang. Dia mahu jiwanya subur dengan bebunga keimanan.

Rakan-rakannya yang turut sama terlibat dalam kemalangan malam itu juga turut diberikan kesempatan hidup kali kedua oleh Allah. Farouq tiba-tiba teremosi. Allah masih berikan peluang untuknya bertaubat meskipun dosanya sebelum ini tidak terkira banyaknya. Betapa kasih sayang Allah itu besar; dan dia titiskan setitik kepada hamba-hambanya.

***

Allah sentiasa berikan peluang untuk kita. Peluang itu hadir dalam bentuk berbeza-beza. Tinggal kita sahaja memilih sama ada ingin kembali kepada Dia ataupun tidak. Seharusnya kita bersyukur kerana dihidupkan dalam Islam. Itu adalah salah satu nikmat yang tidak ternilai yang Dia berikan.

Kita manusia, dan manusia takkan pernah lari dari melakukan dosa. Namun, Allah itu Maha Pengampun. Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selagi matahari timbul dari arah timur, selagi itulah pintu taubat akan sentiasa terbuka. Kerana apa? Kerana kita pendosa yang juga ingin ke syurga.




xoxo,
yanie

 


Hijrah: Kerana Dia atau dia?

assalamualaikum w.b.t...


gambar: google


Hijrah itu punya banyak maksud. Hijrah dari melakukan larangan Allah S.W.T, hijrah mengasingkan diri dari orang-orang musyrik atau kafir yang memfitnah atau mempersendakan Islam dan hijrah berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun, hijrah yang paling besar hari ini adalah hijrah meninggalkan larangan Allah S.W.T.

Teringat satu hari saat membelek nota-nota pelajaran, seorang junior datang menyapa.

“Akak, nak berubah tu susah kan?” sambil tangannya memintal-mintal hujung bantal yang dipeluknya.

“Kenapa tiba-tiba?” Nota yang tadi terbuka ditutup perlahan.

“Kenapa bila kita mula nak berubah, rasa susah sangat? Kenapa rasa macam semua benda salah? Kenapa semua orang mula nak jauh dari kita?”

“Sebab setiap perubahan itu perlukan mujahadah. Nak kejar syurga Allah, bukan senang. Tapi tak susah,”

“Maksudnya?”

“Berubah tu kan perlukan pengorbanan, perlukan kekuatan,”

“Tapi saya baru je rasa nak berubah, kenapa macam berat sangat saya rasa ujian untuk berubah ni kak? Kenapa semua orang suka sangat ungkit kisah lama kita? Semua orang macam makin jauhkan diri dari saya. Sampai saya rasa macam tak layak nak berubah. Rasa berdosa yang amat. Rasa macam biarlah macam ni je terus, tak payah nak berubah jadi solehah,”

“Sebab mereka manusia. Manusia ada pelbagai kerenah. Ada yang tak suka tengok kita bahagia dengan Allah. Ada yang dengki melihat kita mengejar redha Allah,”

“Hurmm..susah kan kak?”

“Sebenarnya berubah tu tak susah macam nak istiqamah. Apa yang kamu rasa sekarang ni mungkin adalah ujian untuk istiqamah dalam berubah. Semak balik niat, berubah kerana manusia atau kerana Allah,”

“Betul juga tu kan kak. Lepasni kena jadi lagi tabah la ni. Akak doakan ya,”

***

Ramai yang berpatah balik di pertengahan jalan. Ramai yang tak mampu mengharungi cabaran untuk berhijrah. Ramai yang mengarang alasan untuk kembali ke dunia lama mereka. Ramai yang dijangkiti penyakit putus asa di pertengahan jalan hijrah. Alangkah ruginya mereka!

“Kau sekarang dah lain la. Tak macam yang aku kenal dulu,”

Kerana perubahan itu perlu. Berubah bukan untuk orang lain. Tetapi untuk diri sendiri juga. Tidak kiralah dalam apa bentuk perubahan sekalipun, kita perlu bijak dalam memilih jalan untuk berubah. Bukan hanya semata-mata mengambil langkah ke depan tanpa berfikir panjang. Tersalah melangkah, mungkin kita akan terjerumus ke satu lembah yang lebih sukar untuk kita menapak kembali. Sebelum berubah, berhenti sejenak. Senaraikan pros and cons daripada perubahan yang bakal dilakukan. Adakah lebih banyak kebaikan mendahului keburukan? Atau sebaliknya? Adakah lebih mendekatkan kita pada Dia Yang Esa atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya buatlah penilaian bijak sebelum melakukan perubahan diri.

Berubah itu sukar. Tapi apa yang lebih menakutkan adalah penyesalan. Selangkah kita kehadapan dalam mendekatkan diri kepada kebaikan mungkin akan ada banyak perkara yang dirasakan berbeza dalam kehidupan kita. Apabila kita cuba mendekatkan diri kearah kebaikan dan kita mula merasakan rakan-rakan semakin menjauh dan kita sendiri di jalan yang kita pilih, Dia ada.

Mungkin dalam doa harian kita sesudah solat kita ada menyelitkan doa untuk dijauhkan dari mereka yang jauh dari Dia. Mungkin kita ada mendoakan untuk hanya meletakkan mereka yang benar-benar ikhlas dengan kita. Mungkin itu sebabnya satu persatu rakan yang sebelum ini berjalan seiringan dengan kita semakin jauh terasa. Kerana Allah itu Maha Pengasih. Dia tidak mahu kita berada bersama orang-orang yang tidak benar. Mungkin ujian-ujian yang Dia berikan sepanjang jalan untuk berubah itu adalah untuk menguji tahap keimanan kita. Maka senyumlah. Tabah. Didik hati untuk jadi secekal titis air yang mampu melekukkan batu.

Jadikan setiap langkah yang telah kita pilih sebagai batu loncatan untuk apa yang lebih baik.

“Semalam aku tengok program kat astro oasis. Cerita pasal kiamat. Takutlah. Tapi nantilah berubah, esok-esok jelah. Nanti apa kata orang kalau tiba-tiba berubah,”

Usia muda, waktu remaja. Sememangnya usia yang amat mencabar. Ditoleh ke kiri pembangunan pesat. Dipusing ke kanan, kemajuan yang tiada noktahnya. Namun, setiap apa yang dilalui itu milik kita untuk kita corakkan kearah yang diredhaiNya.

Seringkali kita leka dalam dunia penuh pancaroba. Seringkali kita tertipu dengan sandiwara dunia. Tanpa sedar, dunia ini pentas lakonan, dan kita adalah pelakonnya. Tanpa sedar dunia ini hanya sementara, mungkin seminit nanti Izrail datang mengambil kembali nafas pinjaman dariNya.

Sampai bila kita menidakkan kehendak hati untuk berubah kearah kebaikan? Sampai bila kita menanti ‘hidayah tiba’? Sampai bila? Adakah bila mentari tak lagi muncul dari arah timur, tatkala pintu taubat ditutup buat selama-lamanya baru terdetik rasa ingin kembali ke jalanNya? Nauzubillahminzalik.

Saat pintu hijrah diketuk, bukalah seluas-luasnya. Kerana itu bukti kasih sayang Allah kepada kita.

Jangan pernah mengalah sebelum berjuang. Kita hidup bukan untuk mendambakan pandangan manusia, tetapi untuk mengecapi kasih sayang dari Allah. Ikhlaskan hati, berhijrahlah keranaNya.

Hijrah itu tak perlu secara drastik. Hijrahlah secara perlahan-lahan. Apa yang dinilai adalah titis-titis usaha sepanjang jalan untuk berhijrah.

“Orang-orang yang berhijrah itu ialah orang-orang yang meninggalkan segala apa yang Allah telah melarang daripadanya,” – hadis riwayat Bukhari dari Abdullah bin Umar r.a.

Mengapa perlu berubah?

Kerana sayang dan kasihnya Allah kepada kita, hambaNya. Kasih sayang Allah itu lebih besar berbanding kasihnya ibu kepada si anak. Dia adalah pemilik dunia ini. Dia yang berkuasa ke atas segala makhluk ciptaanNya. Dia penguasa semesta alam. Kasihnya Allah kepada hamba-hambanya mengatasi kemurkaanNya. Kasihnya Allah kepada hamba-hambaNya itu tiada tolok bandingnya. Dia berikan keampunan meskipun bermaharkan amal yang sekecil biji sawi.

Kerana cinta Rasulullah kepada umatnya. Kasihnya Al-Amin kepada setiap umat islam meskipun tak pernah bertemu muka. Kasihnya Rasulullah kepada kita wujud sebelum wujud kita pada hari ini lagi.

“Elehh, bajet ustazah la tu pakai labuh-labuh. Bajet ustaz la tu pakai jubah,”

Kerana masyarakat kita tak dapat dipisahkan dengan sindiran. Namun, itu hanyalah bunga-bunga manisnya penghijrahan.

Kunci utama sesuatu penghijrahan atau perubahan adalah keyakinan. Yakinlah untuk menjadi lebih baik dalam pandangan Allah. Segala sesuatu itu bermula dengan niat. Jika niat kita baik – untuk berubah kerana Allah, Allah akan hadirkan orang yang baik-baik untuk bersama kita. Jangan takut untuk berubah kerana pandangan manusia. Jadilah diri sendiri dalam meraih redhaNya. Akan hadir insan-insan yang akan menyayangi kita tanpa syarat.

Umar bin Al-Khattab r.a berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda,”

“Sesungguhnya sesuatu amal itu bergantung kepada niat. Penilaian Allah bagi setiap orang ialah apa yang dia niatkan. Maka sesiapa berhijrah semata-mata kerana taat kepada Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W, maka hijrah itu diterima oleh Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Sebaliknya sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya bergantung kepada apa yang dia niatkan,” – hadis riwayat Bukhari, Muslim.

Faiza azamta fatawakkal A’lallah.. La haulawala quwwata Illa billah.. “Apabila kamu telah berazam maka bertawakkallah kepada Allah S.W.T..



xoxo,
yanie

10rules of ECG

assalamualaikum w.b.t...
 
 
so this one is continuation of previous ECG entry here..
this is actualy the next step on how we wanna easily interpret ECG..again, ni my way of understanding..if anyone ada different opinion can share below :)
 
 

 
RULE 1: NORMAL PR INTERVAL
PR interval should be 120-200 miliseconds [3-5 little square]
 

 
 
- if P wave present w/o QRS, maksudnya complete heart block (3rd degree heart block)
- if ada shortened PR --> WPW (w presence of delta wave)
    **tapi tak semua delta wave indicate WPW..maybe just indicate tachyarrythmias..cuma WPW memang ada delta wave
 
- >5square - 1st deg heart block
- >5square w drop QRS/ absent QRS - 2nd deg heart block [MT1] (conduction problem)
- intermittent drop of QRS - Mobit T2, can also be 3rd deg heart block 
 
 
RULE 2: QRS COMPLEX WIDTH
Should not exceed 3 small square 
 
 

 
if narrow
-problem w purkinje fibre
 
if broad
-RBBB --> Mpattern in v1/v2/v3
-LBBB --> Mpattern in v6/v4/v5 together w T inversion 
 
 
RULE 3: QRS COMPLEX POSITION/ DIRECTION
Should be dominantly upright in lead I & II 
 


 
 
RULE 4: QRS & T WAVE DIRECTION
this one untuk tengok axis..
Should have same/similar general direction in limb leads 
 

 
 
-boleh tengok kat lead I&aVF too :)
-tengok too kat lead V1&V6 --> if peak means LVH
 
in short,
 
1) ^, ^ = normal
 
2) ^, v = LAD

3) v, ^ = RAD
 
 
RULE 5: aVR LEAD
All waves are negative in lead aVR 
 

 
RULE 6: RS WAVE
- R wave must grow from V1 to atleast V4
- S wave must grow from V1 to atleast V3 ; then regress and disappear in V6
 
*maksudnya, graph tu makin naik
*if ada poor progression of RS means ada previous MI (tapi in obese pt boleh jadi normal) 



 
 
RULE 7: ST SEGMENTS
Should start isoelectric except V1 & V2 
 

 
**maksudnya reading tu makin turun 

-if ST elevation, means ada acute MI
-if ST depression means myocardial ischemia
 
RULE 8: P WAVE
Should be upright in I, II, V2 to V6 
 

 
in short,
 
1) if ada p-pulmonale appearance (^) = RA enlargement
2) if ada p-mitrale appearence (m-pattern) = LA enlargement
3) sawtooth appearance (^^^^) = atrial flutter
4) flat appearance (____) = atrial fibrillation
5) inverted p-wave (v) = ectopic atrial rhythm 
 
 
 
RULE 9: Q WAVE
There should be no Q wave or only small q (less than 0.04sec) in width in I, II, V2-V6 
 

 
- tengok appearance of Qwave in entire territory
 
 
RULE 10: T WAVE
Must be upright in I, II, V2 – V6 
 

 
-normal one should be asymmetrical
 -can be dua possibilities: tall/inverted T-wave
 
 
 
**thats all dulu :) if ada nak tanya anything feel free to comment below..insyaAllah yanie jawab if mampu :) im not expert in ECG but will try to help as much as i can :)



xoxo,
yanie