ECG interpretation

 assalamualaikum w.b.t...

ECG interpretation always been a nightmare for medical students right :D
here me wanna share some things or method that i know abt ECG interpretation :)
before that, these are just based on my understanding from various source and also from apa yang yanie dapat during my internship kat hospital last time..so if ada yang tersilap or need to be corrected/added, do inform me :)

......
 
so, 1st thing 1st, kita kena faham basic concept sebelum kita mula nak faham or nak interpret ECG itself..apa basic concept yang perlu faham?
 
1) SA node
- SA node macam yang semua orang dah tahu dia ni act as trigger factor of the heart..
- from its name kita dah boleh tahu kat mana location dia --> right atrium of the heart 
- nama lain dia - pacemaker of the heart
- this is the 1st place of conduction system of heart take place..
 
2) AV node
- from SA node, signal tu akan gerak ke AV node
- from nama dia jugak we can know the location --> in between RA & RV
- andddd its also known as gatekeeper of the heart...WHY?
 **sebab it will decide which impulse to let to flow through it 
- maksudnya, if let say SA node generate low impulse, and tak sampai threshold dia, so AV node akan hold the impulse & will not let the impulse to go through..
- so apa jadi??takkan biar je macamtu??
 **no..AV node akan create its own impulse later :)

3) Bundle of HIS
- from AV node, the impulse will then go to BOH
- from BOH ni la later the impulse will be separated/ divided/ spread into 2 area --> left & right side of the heart [R & L Bundle Branches]

4) R&L Bundle Branches
- from this area, the impulse will later go to apex of the heart [purkinje fibers]

summary: SA node --> AV node --> BOH --> R&L Bundle Branches --> Purkinje fibers

lets get more into the topic..

**basically, HR regenerated based on which cardiac cells send impulses**

SA node --> HR will be 60-100bpm (normal one) [atrial]

- means that, if there's any changes or HR <60bpm, maksudnya SA node tak function normally already..
- in case of any problem at the RA, so SA node tak boleh send impulse la kan?that is the time when AV node akan take place & create its own impulse..apa jadi dengan HR bila AV node take place?

AV node --> HR will be 40-60bpm [junctional]
BOH --> HR also 40-60bpm (sebab BOH pun akan create its own impulse with same value as AV node)
 
- maksudnya if the HR yang kita dapat tu in between 40-60bpm, means the problem is at the right atrium..

- ifff let say there's any problem with the AV node & BOH, then R&L Bundle Branches + purkinje fibers will take place & generate their own impulse too..

R&L BB --> 20-40bpm [ventricular]
PF --> 20-40bpm


***NOW, LET'S GO A BIT MORE DETAIL INTO THE TOPIC***



everyone already familiar with the basic ECG structure kan?
 
1) P WAVE [atrial depolariation]
- maksudnya both atria are contracting

2) QRS COMPLEX [ventricular depolarization]
- maksudnya both ventricles are contracting

3) T WAVE [ventricular repolarization]
- maksudnya both ventricles are relaxing

* always known that after each DEpolarization, akan followed by REpolarization (after contraction, akan ada relaxation :)

so mana atrial REpolarization??

---> jawapannya, atrial repolarization ada dalam that QRS COMPLEX :D
        >>why tak nampak?? 
        >>sebab QRS complex is a tall structure
        >>ventricles tend to contract stronger than atrium, so it will masked the atria repolarization :)



==> now lets move on to the segments & intervals <==

- segments & intervals banyak kan? how nak focus semua?
    >> let's just focus on 3 - PR interval, QRS complex, RR interval
    >> sebab tiga tu je kita perlu to interpret ECG :)

**lain2 segment still important; but to interpret faster, just focus on these 3


ABOUT ECG STRIPS

- ada big boxes & small boxes
- inside each big box, ada 5small boxes

1 small box = 0.04sec
1 big box = 0.20sec

***STEPS FOR ECG INTERPRETATION***

1) P wave identification
- make sure it present & in upright position
- if inverted/ absent means ada dysarrythmias
 
2) measure PR interval [beginning of P wave till beginning of QRS complex]
- count number of small boxes x 0.04sec
- normal should be in between 0.12sec - 0.20sec
- if >0.20sec, indicate dysarrythmias (1st degree heart block)
 
3) measure QRS complex
- count the small boxes x 0.04sec
- normal should be 0.06sec - 0.12sec
- if >0.12, indicate dysarrythmias (boleh jadi ada Branch Bundle Block)
 
4) identify rhythm
- measure RR interval
- could be regular/ irregular
- guna buku, pen & pembaris je..mark the 1st RR then compare with the next RR..if same maksudnya regular..if not means irregular
 
5) determine HR
- for this one, ada dua method..
- first, tengok the strip..easier if strip tu 6sec strip..
- on top of the strip ada line kecik senggang2 kan..from 1st line to 3rd line that will be the 6sec strip
- so, kira how many R, then multiply by 10 = HR

**this method works best for irregular rhythm
**AND THIS METHOD ONLY WORKS FOR 6SEC STRIP (so before calculate tengok dulu ada line ke tak)
 
 


 
 
- another method that can be used is big box method
    >>300/big box in RR interval
- this method works best for regular rhythm
 
6) look for any axis deviation
- boleh tengok kat 3 partner
    >>lead I & II
    >>lead I & III
    >>lead I & aVF
 
how to tengok? tengok gambar kat bawah ni lagi senang  to faham think :)




 
7) interpret strip
- tell again each findings :)
 
 

 
**nanti next entry yanie share basic rules in ECG pulak :) [can find out here]
**again, these just a sharing based on what i understand..if there's anything need to be corrected, do correct me :)
 
xoxo,
yanie

kerana jodoh rahsia Allah

assalamualikum w.b.t...

 




“Bila nak kahwin?”

Soalan yang paling popular diantara soalan yang lainnya.

“Abang dah kahwin, kakak dah kahwin, kamu bila lagi?”

Senyum.

“Kenapa kamu ni macam tak mencari? Tak rasa nak kawin ke? Ke sebab memilih sangat?”

“Jodoh tu kan dah ditentukan. Sampai masa Allah hadirkan la yang terbaik”

“Ke sebab memang tak nak kahwin?”

“Astaghfirullahalazim. Ke situ pulak. Kahwin tu kan elok. Cuma, perkahwinan ni bukan perkara biasa. Bukan perkara main-main. Bukan sekadar akad je. Kahwin ni besar tanggungjawabnya, sebab tu tak boleh main redah je,”

“So, bila nak kahwin?”

“Bila nak makan nasi minyak?”

“Bila nak jadi raja sehari?”

“InsyaAllah, doakan,”


********

Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” – (An-Nisaa’ : 1)


Putaran kehidupan dan usia di luar kawalan kita. Sama halnya dengan soal jodoh. Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia. Sebagai makhluk Allah S.W.T, setiap manusia yang sudah dewasa pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Setiap manusia itu memerlukan pasangan yang mampu untuk mencintai dan dicintai.

Tak bercakap soal nikah, soal perkahwinan, tak bermakna seseorang itu tak punya keinginan untuk semua tu. Mungkin kerana keyakinannya pada Allah itu tersangat tinggi.

Perkahwinan itu satu sunnah. Namun, cepat atau lambat bukanlah menjadi tugas kita untuk menentukan. Allah Maha Mengetahui. Dia yang menjaga kunci hati setiap hamba-hambanya. Dia Maha Mengetahui waktu yang sesuai seorang hamba menempuhi alam perkahwinan.

“Kahwin lambat-lambat tak takut orang cakap bujang terlajak ke?”

Bagi sesetengah orang, perkahwinan pada usia 18 tahun terlalu muda. Tetapi ada juga yang berpendapat perkahwinan sewaktu usia 20 tahun sudah dikira sebagai lewat. Sesetengah yang lain pula menyatakan bahawa umur 30 tahun pun masih dianggap awal untuk berkahwin. Itu hanyalah perspektif masing-masing. Tapi, sampai bila kita mahu membiarkan pendapat orang lain buat kita rasa tak selesa kan.

Apa yang penting, sebelum menempuh alam perkahwinan, persiapkan diri semampunya. Cuba perbaiki mana yang perlu, pertingkatkan mana yang kurang. Sentiasa bersangka baik dengan Dia. Allah tahu mana yang baik sedang dalam kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup.

“Mahukan yang terbaik, berusahalah menjadi yang terbaik,”

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang mudah. Tak semudah melafazkan akad. Perkahwinan menuntut seseorang untuk menggalas satu tanggungjawab besar dalam menunaikan apa yang telah digariskan dalam Islam. Big things awaits behind ‘aku terima nikahnya’. Tanggungjawab itu bukan hanya terletak pada si suami, tetapi juga pada isteri.

Bukankah Allah telah berfirman, "Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (An Nur : 26)

Jodoh, ajal, rezeki, itu semua rahsia Dia. Sehebat manapun kita dalam mencorak kehidupan kita, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia. Jodoh setiap orang sudah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu.

Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya, kerana kasihNya umpama sehampar lautan luas. Jadilah hamba yang mendamba cinta Allah sebelum mencari cinta manusia. Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita – jodoh yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi.

Allah itu sebaik-baik perancang.

Mungkin dengan tertundanya mengecapi alam perkahwinan itu adalah untuk mengajar kita tentang makna menghargai. Kita akan lebih menghargai mereka di sekeliling kita sebelum ditemukan dengan si dia sebagai pelengkap kehidupan. Kita akan lebih menghargai ‘dia’ yang Allah hadirkan setelah satu penantian.

Mungkin juga dengan tertundanya sesuatu pertemuan itu, Allah persiapkan kita untuk menjadi lebih matang, lebih baik untuk bakal ‘si dia’.

Mungkin juga dengan tertundanya pertemuan itu, Allah sedang mempersiapkan ‘si dia’ yang terbaik sebagai imam atau makmum kita di alam perkahwinan kelak.

Mungkin tertundanya pertemuan itu untuk membuatkan kita lebih meneliti rezeki yang lainnya – rezeki menyambung pelajaran, rezeki berbakti kepada ibu bapa dan sebagainya.

Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan dan gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu; antara jodoh dan maut, yang mana akan melamar dahulu.
 


xoxo,
yanie

kisah seram: hospital 2 (tangga)

assalamualaikum w.b.t...
 
 
- gambar hiasan-


this one is the continuous from kisah trolley last time :)

so after keluar from the ward, i was going to naik lif..tapi sebab lif lambat plus dah malam so macam seram a bit nak naik lif sorang2..maka me pun decide nak turun tangga je..

as i mentioned before ward tu kat level 6..nak turun ke level 1 tu agak jauh jugak la kan..tapi turun je..

but sampai one corner of the stairs tiba2 ada pulak yang tunggu situ :D

my steps pun tiba-tiba jadi slow la kan..nak describe the figure rasa macam seram sejuk nak ingat balik..so i will just mention about a figure jela eh..

nak naik balik, pusing blakang nampak macam seram..nak turun pun seram jugak..then suddenly dapat whatsapp a Dr bagitau Dr yang nak buat round tu dah otw ke ward..lagi la gelabah kan..so nak taknak kena turun jugak..so i redah jela..

tapi sepanjang corner nak sampai ke tingkat bawah tu memang ada that 'figure' la..cuma fikirkan ward round i teruskan je..

sampai je level bawah, nak keluar dari pintu tu tiba2 'that figure' stand betul2 kat sebelah pintu..nak teruskan keluar dia macam a bit seram lagi skali..5-10mins jugak la stand je situ..

dipendekkan cerita ada guard intai ke area tangga tu and tegur me..terus berani sikit and lari keluar..guard tu pun macam pelik tengok me pucat agaknya..ngee

niat nak stay join oncall malamtu tapi macam rasa tak sihat so tak join :D



xoxo,
yanie