review medical Jdrama: Summer Rescue

 assalamualaikum w.b.t...
 
 

 released year: 2012
 
this drama mengisahkan sorang Dr ni - Keigo Hayami (Osamu Mukai) which is a heart surgeon yang kerja kat salah satu hospital di Tokyo..but suddenly diarahkan untuk berkhidmat di sebuah hospital/clinic di pergunungan during summer..
 
that hopital/clinic has minimal amount of medical equipment..and not a favor of Dr Keigo Hayami..tapi untuk balik ke hospital lama dia, dia belum dibenarkan lagi..so terpaksalah this Dr stay at that small 'hospital'.. 
 
despite of not liking the place, he need to stay there..in that hospital, semua diagnosis dilakukan dengan cara examine patient je..takde peralatan2 canggih untuk tolong diagnosed patient..
 
and in that hospital/clinic jugak no hierarki macam kat hospital biasa di bandar..semua orang dilayan sama je..and in that hospital/clinic ada sorang nurse yang from Tokyo jugak yang kerja situ..
 
by time, that Dr dah mula adapt with the situation there..and start to fall in love with the place..
 
but  in the middle of the story, suddenly something big happen..and for me, that moment hit my feeling so hard..
 
***

for me this drama is a light drama jela..sebab episode dia tak banyak and jalan cerita pun tak heavy sangat..dia just cerita mostly about life of a Dr yang changed 360' from a 'city Dr' to a 'mountain Dr'..

pengajaran from this drama ada banyak jugak..each episoded have its own lessons to be learnt..antaranya:
 
- dont feel too comfortable when you are at the top of the wheel..at some point bila wheel tu pusing you can might be at the other parts of the wheel too.. 
- wherever you are, cuba berbaik dengan semua orang tanpa mengira siapa pun mereka..
- we never know when the last moment of us with everyone..so, cherish everyone everyday as if its their last..
- even how powerful or skillful you are, depan the loved one you tetap the weakest..

**other than that boleh figure out sendiri nanti..sila la tengok :)

xoxo,
yanie

cara stop automessage "thanks for following me" di twitter

Assalamualaikum w.b.t...



Mesti ramai yang geram and xtau cara nak stop automessage kat twitter kn..
means mesej kt smua follower baru tu..walopon kita xde niat secubit pn nk mesej follower baru tu..



Contoh macam gamba kat atas tu..
xpenah tau pun twitter ada send mesej kt smua follower..tau2 dah ada noti orang reply..org yg xreply tu xkesah la kn..dhla kekadang yg mereply tu org pepelik..ngee

So..meh yanie tnjuk cara nak disable automessage tu meh..even dh ada yang tau..sila tgk jugak..eheh

1 - pegi kat justunfollow.com,login guna twitter acc..lepastu tgk kt belah kiri ada punat yg tnjuk 3garisan..tekan yg tu..akn klua mcmni..




2 - then tekan pekataan "automate" kt bahagian bawahhh skali tu..akn klua mcm gamba kt bawah ni..



3 - then tekan bulat biru tu..bia jadi kosong..then save..siappppp ^-^




Moga2 lepasni dh xde dh isu or salah paham timbul..penat la jgk nk menjawab ngan sorg2..ngee


xoxo,
yanie

Study

assalamualaikum w.b.t...










Orang selalu tanya, macamana nak improve or increase mood study when you feel down tahap jatuh bangunan patblas tingkat..

Easy actually..bila dah tahap xde mood nak study, jangan paksa study..

Try to calm down and think for a sec..pejam mata, imagine muka parents..muka family..above all, recall balik our main purpose of entering college..of beginning the first step..


Tak kesian ke parents datang hanta study jauh2?

Tak rasa bersalah ke dengan adik beradik lain?

Tak rasa macam atas bahu tu ada tanggungjawab besar ke?

Tak rasa bersalah dengan diri sendiri ke bila malas2 macamtu..

Tak kesian dengan diri sendiri?

Paling penting, tak rasa bersalah dengan Dia ke? Sebab tugas tu satu amanah..


Bila dah jadi student maknanya ada amanah besar kat atas kepala..

Bukan setakat atas bahu dah..

Tugas untuk belajar..di samping tugas untuk Dia..

Dan seberat2 sesuatu adalah amanah..


Tarik nafas, betulkan niat..


Niat baik insyaAllah Allah permudahkan..



xoxo,

yanie

cinta pertama

assalamualaikum w.b.t..









CINTA PERTAMA



Siapa sangka, teori cinta pertama sememangnya wujud..
Saat kau buka mata di hari pertama kau memikul tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Tuhan..
Saat kau mula kenal dunia ini tidak sesunyi yang kau impikan..
Tidak seindah yang kau bayangkan..
Saat kau belum lagi mengecap makna sebenar dunia..
Saat kau mulakan kerlip pertama..
Saat kau pertama kali menatap wajah si dia – IBU & AYAH

Dan cinta pertama itu sememangnya hanya untuk kau..
Sedang ibumu dan ayahmu terlebih dulu menangis kerana cinta..
Terharu dengan hadirmu..
Saat kau belum lagi punya nyawa apatah lagi satu jasad utuh..

Cinta itu tak pernah padam..
Orang kata, cinta itu menyakitkan..
Cuba imbas kembali..
Kerana cinta ibu dan ayah melarang..
Kerana cinta ibu dan ayah menghalang..
Kerana cinta ibu dan ayah mengawasi seteliti mungkin..

Namun, benarlah kata bijak pandai..
Saat kau mula kenal dunia, mula hanyut dan leka, cinta itu bagai tiada apa-apa..
Kau mula menolak kekasih kurniaan Allah..
Kau mula menjadi penyebab gugurnya setitis air mata..
Kau mula lupa pada erti cinta pertama..
Dan kau mula mengejar cinta dunia..

Sedang kau menikmati usiamu, mereka makin meniti hari-hari senja..
Lupakah kau pada cinta pertama?
Coretan kisah cinta ulung dalam sejarah hidupmu..
Lupakah kau pada setiap kasih setiap sayang?
Pejam mata, imbas kembali..
Tak salah untuk toleh ke belakang..
Hanya sekadar untuk kenal erti menghargai..

Muhasabah diri..belajar untuk bersyukur pada Illahi..




xoxo,
yanie

kisah seram: homestay (lembaga)

assalamualaikum w.b.t...


- gambar hiasan-


kisah ni jadi waktu i sekolah menengah..waktu tu kitorang pegi ke salah satu negeri di utara tanah air - ada majlis bertandang my aunty..

pihak belah sana sediakan homestay untuk kitorang..n being me, i tak suka homestay..sebab vibe dia tu kot..

so kawasan homestay tu ada banyak rumah..and rumah dia like rumah klasik dulu2..yang ada anjung sumetu..cantik, tapi not welcoming :D

mula2 turun tu i dah nangis, sebab environment dia tak best..tapi sebab nak hormat pihak yang sponsor homestay tu so i diam jela (read:nangis silently)

bila masuk rumah, rumah tu subhanallah dia punya kotor..as macam takde orang yang bersihkan pun..maka my auntss and uncless and everyone la senang cakap; semua bersihkan la rumah tu..

that rumah ada 3 bilik; and me stay kat master bedroom dengan my parents and adik2..master bedroom dia ada katil, depan katil ada tingkap..and depan pintu masuk (sebelah tingkap ada almari solek)..
 
ada satu bilik takleh pakai..memang orang yang sewakan tu cakap jangan pakai bilik tu..that bilik ada satu tilam lama lusuh yang dah berubah color jadi color kelabu-hitam..memang takde orang masuk situ..
 
toilet kat rumah tu ada satu - kat tengah rumah..and toilet dia jenis yang lama (dia punya marmar jenis yang kecik2 tu)..and that toilet kena turun kebawah macam tu..
 
ruang tamu dia ada kerusi rotan yang ada kusyen tu..tapi kitorang alihkan sebab area ruang tamu tu budak2 tidur..so that kerusi kitorang letak kat depan bilik yang kosong tadi..
 
dipendekkan cerita, majlis tu malam..so dalam pukul 6 macamtu kitorang start bersiap..and my mom make-up kan my aunt..my mom duduk atas kerusi rotan yang kitorang letak depan bilik yang kosong tadi (kiranya my aunt menghadap bilik tu la..
 
waktu my mom tengah make-up tu, tiba2 the door terbukak sendiri (krekkkkk)..we were like - siapa bukak pintu? then diam and tutup balik jela..
 
after dah settle semua, then we bertolak ke majlis tu..
 
**

after balik, dipendekkan cerita me masuk tidur dulu (sorang2)..after abt an hour tidur, then tiba2 i terjaga..waktu tu dah ada my lil brothers tido kat sebelah..but umiabah still tak masuk tidur lagi..

dalam mamai2 tu, my eyes tertengok sebelah almari solek..and there's a figure yang tinggi, hitam and looks like berbulu berdiri situ..mula2 nak ignore..but that 'figure' slowly come towards me..

i dont know what to do..so i just slowly turn to my adik2 and try to sleep again..and i tak sedar bila i tertido balik..

**
 
after few hours (around 3-4am) tiba2 terjaga again..and kalini sebab angin kuat betul..tingkap depan katil terbukak luas..plus, everyone was awake including my parents..
 
to cut story short, my abah azan, baru angin tu slow sikit..then abah tutup tingkap tu balik..and kitorang sambung tidur..
 
**
 
esoknya, after bangun tidur, i was talking to my sister..and dia pun kena kacau jugak..same with my aunt yang tido kat satu lagi bilik..

**

to cut tory short, waktu nak balik tu everything was okay..but bila kitorang makin hampir ke pintu keluar, i look back and semua tingkap rumah tu suddenly terbukak...
 
 
xoxo,
yanie

sayang anak tangan tangankan

assalamualaikum w.b.t...






tiba-tiba teringat ceramah yang penah dengar masa kat penang dulu..

pepatah melayu ada menyatakan

"SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN"

namun,ramai antara kita hanya melihat kata-kata tersebut dari satu pandangan sahaja..
bagi kebanyakan orang,ayat tersebut bermaksud jika sayangkan anak,pukul anak..
berbeza pandangannya dari segi Islam.. 
islam tak menafikan if sayangkan anak tangan-tangankan..

namun,tugas tangan bukan terletak hanya dalam satu konteks sahaja..
tangan bukan hanya untuk memukul..
tangan bukan untuk menyakiti..

tetapi tangan untuk memimpin..
tugas tangan untuk membelai..
tugas tangan untuk mengusap..
tugas tangan untuk mendidik..

tak semestinya untuk mengajar anak melakukan sesuatu,
anak perlu dipukul..
tak semestinya anak perlu disakiti untuk mendidik..

namun,
belailah mereka..
usaplah mereka..
didik mereka dengan cara Islam..
pimpin mereka untuk menuju al-Jannah..

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang..
Allah tidak sukakan kekerasan..
Allah mengajar hamba-hambanya untuk menyayangi..

mendidik dengan cara yang lembut..
mengasuh dengan penuh kasih.. 
membelai untuk menunjuk jalan yang benar..

tak perlu memukul untuk mendidik..
tak perlu berkeras untuk mengajar..  tak perlu menyakiti untuk menunjuk jalan..

Islam itu indah
Islam itu penuh kasih sayang
Islam itu penuh kelembutan..

terkadang yang lembut itu lebih berkesan
terkadang yang dididik dengan senyuman itu lebih mujarab..
terkadang yang diusap itu yang mmpu menggoncang dunia..


xoxo,
yanie

kisah seram: rumah sewa 1

assalamualaikum w.b.t...
 
 
- gambar hiasan-

 
kisah ni berlaku waktu me tengah study kat penang..as i pernah share, waktu kat penang, me stay kat rumah teres dua tingkat (provided by uni)..and dalam satu rumah tu kitorang stay 12 orang..dipendekkan cerita, i'm the only one yang ambik my course kat rumah tu..lain2 semua course lain..and i stay master bedroom (ada beranda)
 
so cuti kitorang pun tak sama..selalunya waktu dorang cuti i will stay sorang2 kat rumah tu..
 
and ada satu time ni, my housemates semua dah start cuti sem..tinggal me sorang je lagi kat rumah..sebab still ada exam..so at the last day diorang kat rumah, the last person yang balik tu balik after asar..lepastu me turun tutup pintu, kunci semua pintu, sliding door tingkat bawah etc, then naik balik ke bilik..

sampai je bilik, i tutup pintu, kunci....

baru je nak start tengok movie (sebab hujung minggu, malas nak study), tiba-tiba dengar bunyi kipas kat tingkat bawah..bunyi dia kuat betul..bukan bunyi bising ke apa, dia bunyi macam angin macamtu..tapi like kuat giler..so i was like pelik la..sebab tadi baru je turun, memang kipas tu tertutup..so i ignore je..

tapi tak sempat pakai headphone lagi, tiba-tiba bunyi macam pinggan kaca berlaga..alaa, bunyi like bila kita nak ambik pinggan kaca tu then dia berlaga each other tu..so lagi sekali me macam curious..rasanya memang semua orang dah balik tadi..

out of curiousity, me pun bangun la nak turun bawah..baru bukak pintu bilik, bunyi tu makin kuat..so i pun menapak turun..tapi sampai je anak tangga terakhir sebelum nak nampak area tingkat bawah tu, tiba-tiba bunyi kipas tadi stop..and memang kipas tak on pun..

tapi me turun je lagi..sebab bunyi pinggan tadi still ada..and bunyi tu datang dari dapur..

so i pun menapak la ke dapur..sebab macam more to takut ada orang je..sampai je dapur memang takde orang..cuma sejuk je sikit kat dapur tu..tapi rasanya sebab tingkap tu ada ruang untuk angin masuk sikit..

sebab dah puas hati takde pape, maka me pun patah balik, nak naik bilik balik la kan..

tapi baru je sampai separuh tangga, tiba-tiba dengar bunyi borak2 and gelak2 kat dalam bilik my friend (sebelah my bilik)..tapi bilik tu pintu tutup..and memang gelap la kan..but that sound jelas..

sekali lagi disebabkan curious, maka me pun intai la kat bawah pintu (after recall balik baru rasa tak cerdik sikit..ngee)..intai, tapi tak nampak apa2..but bunyi tu hilang..

tapi tiba2 rasa macam seram sejuk sikit..so dah tak berani nak explore dah..maka me pun masuk bilik, tutup pintu, kunci..

lepastu duduk depan laptop, pakai headphone..baru nak tekan play (nak tengok movie), tiba-tiba bunyi ketukan kat pintu bilik..

but i ignored..teruskan tengok movie sampai subuh..subuh tu baru berani nak masuk toilet etc :D

tapi kisah tu pun kekal misteri sampai situ :))



xoxo,
yanie