lirik lagu rindu bersama (amar)

 assalamualaikum w.b.t...

 


 

suria yang suram menanti waktu
senja berlabuh ku terasa pilu
tiupan angin kedengaran
bagai mengalun wirama indah..

kusengaja menutupi
rasa hati selama ini
namun tak mampu ku pendamkan
rahsia dalam sanubari..

oh kini kupasrah
terbongkar segalanya
yang kurindukan kasihmu kekanda

ciptalah kejayaan dalam dirimu
seimbang dunia jua akhirat
letakkan agama setingginya
itulah nasihatku seiring rindumu..

akan kuturuti nasihatmu
inginku contohi dirimu oh kekanda..

mengubat jiwaku yang gundah
demi cahaya menantiku di sana..

pasti kau kecapi bahagia
jasamu kekanda mustahil kulupakan
ohh dulu kini hingga ke akhirnya
dirimu bertakhta di kalbu..




xoxo,
yanie

lirik lagu sutera kasih (inteam)

assalamualaikum w.b.t...

 



Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih

Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan
Tuhan pada-Mu ada kedamaian

Diribaan-Mu kebahagiaan
Tiada lagi rasa kesangsian di hati
Cinta Mu cinta tulus suci murni
Kasih-Mu nan abadi

Bertautlah bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Menemukan kerinduan syahdu
Pada yang Maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharapan

Rela pasrahkan kehidupan
Mengharungi cabaran
Rintangan perjalanan di hadapan

Doa dan titis air mata
Mendamba sutera kasih
Agar terus bersemi selamanya 


xoxo,
yanie

lirik lagu ratu syahadah

assalamualaikum w.b.t...

 



Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ya Allah…Ya Allah…


xoxo,
yanie

lirik lagu siti munawirah (amar)

assalamualaikum w.b.t...






Hadirmu mengubat kedukaan dijiwa
Senyum manis tawa yang mempesona
Mata yang indah kurenung tak gundah
Tandanya ku sayang padamu….

Oh adinda ku ingin kau mengerti
Dirimu seindah mutiara kekasih
Melakar kisah di kain yang putih
Berseri warnanya dan ceria

Ku cipta kalimah syahdu seindah mimpi
Agar kau mengerti apa yang tersirat
Sempurna fitrah bagai perjalanan mentari
Menggamit hati dan menyentuh rasa
Syukur-ku pada-Nya…

Siti Munawwirah anugerah dari yang Esa
Siti Munawwirah lupakan memori luka
Siti Munawwirah kiasan hidup yang indah
Kesetiaan, kejujuran, yang kekal kerana-Nya

Siti Munawwirah kau disinar keimanan
Siti Munawwirah kau bawa kebahagiaan
Siti Munawwirah kau beri cinta kenangan
Pada diri tulus suci impian family

xoxo,
yanie

lirik lagu ayah (aeman)

assalamualaikum w.b.t...







Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
 
 
xoxo,
yanie

lirik lagu anak soleh (unic)

assalamualaikum w.b.t...




Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh


xoxo,
yanie




lirik lagu kerana cinta (mestica + inteam)

assalamualaikum w.b.t...


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan kita pula
kerana bercinta kita pun leka
dan jangan pula kerana bercinta
tergadai semua maruah agama

cinta yang sejati
hanya cintakan illahi
cinta ayah bonda
tulus suci selamanya
cintakan saudara

hanya sementara
serta sesama insan
suburkan dengan ketakwaan..


xoxo,
yanie

lirik lagu dunia yang sepi (hijjaz)

assalamualaikum w.b.t...



Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya
Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini
Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi
Yang ada hanyalah di jalanan


xoxo,
yanie

lirik lagu kesekian kali (suhaimi)

assalamualaikum w.b.t...


Kesekian kali kini ku berdiri
Tulus hati dihadapanmu
Masih terus merayu dengarkan aku

Jalan yang berliku
Sepanjang hayatmu
Aku juga merasainya
Lantas aku mengerti dan memahami

Lihatlah ke dalam hatimu
Percikan cahaya
Yang akan membara
Mmenjadi penerang segala yang didepanmu

Lihatlah jua ke hatiku
Aku lah temanmu
Terimalah aku
Kita kan bersama mengharung dunia fana ini

Kesekian kali ku ulangi lagi
Tidak kan pudar keyakinanku
Yang kau akan berdiri atas kemuncak tinggi




xoxo,
yanie


lirik lagu ainul mardhiah (unic)

assalamualaikum w.b.t...



Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada'
Itulah janji pencipta yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri
Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di taman syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati

Oh Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Di hati lelaki bernama kasih




xoxo,
yanie

lirik lagu aisya humaira UNIC

assalamualaikum w.b.t...



Wajah berseri pipi kemerahan
Engkau digelar Aisya Humaira
Namun bukan ingin ku bicarakan
Hingga dirimu jadi sanjungan
Tetapi merahnya dalam perjuangan
Peniup semangat suami

Khabar al kisah ku titik bermula
Telah mencalar kebahagiaan
Fitnah munafiqun tak kenal sesiapa
Insan yang mulia atau sahaya
Hatta dirimu mahar melebih
Yang setanding embun kasirin

Usah ditanyakan mengapa
Lewatnya turunnya nur itu
Bagi membuktikan kepalsuan
Tuduhan seorang pendusta

Pilihlah hikmatnya
Di sebalik tiap kejadian yang telah berlaku
Tuhan tidak akan pernah
Mempersia-sia ketabahan soerang insan
Dalam mengharungi arus kehidupan
Yang penuh lena ujian

Takkan terhidu harum mewanggi
Jika tak dinyalakan setanggi
Takkan terasa manisnya hidup
Andai tak dilambung gelora

Kau isteri sejati yang memangku nabi
Saat hujung nyawa kan pergi
Sungguh beruntungnya dikau
Punyai suami yang amat mengasihi umatnya
Dia insan yang mulia
Kau semadikannya di ruang kamarmu




xoxo,
yanie

lirik lagu balqis (unic)

assalamualaikum w.b.t...

 

 
Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya

Tak perlu kau singkapi labuh kainmu
Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Ifrit memindahkannya tanpa kau sedari

Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan pada diri

Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi

Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

 
 xoxo,
yanie

lirik lagu destinasi cinta (mestica)

assalamualaikum w.b.t...


Menyingkap tirai hati
Memohon keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku..Ya Allah..


xoxo,
yanie

lirik lagu di kamar sepi (saff one)

assalamualaikum w.b.t...



Gelisah di kamar sepi
Bertemankan malam yang dingin
Terlintas diminda detik kematian
Yang entah bila kan menjelma

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawaban
Pada soalan malaikat-Mu

Dilapisan mana di nerakamu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa - dosaku
Tak bisa ku meraih syurga-Mu

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Sendiri di perut bumi
Bersemadi jasad yang kerdil
Saudara dan teman telah tiada lagi
Terbujur kaku berselimut putih

Wahai Tuhanku apakah nasibku
Dikubur gelap sesempit itu
Bisakah aku, memberi jawaban
Pada soalan malaikat-Mu

Dilapisan mana di nerakamu
Kau campak aku kesakitan
Betapa banyaknya dosa - dosaku
Tak bisa ku meraih syurga-Mu

Hanya amal kebajikan di dunia
Yang dapat menyelamatkanku
Oh Tuhanku...


xoxo,
yanie

lirik lagu jawapan rindu (hafiz hamidun)

assalamualaikum w.b.t...



Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud


xoxo,
yanie

lirik lagu bilakan damai (hafiz hamidun)

assalamualaikum w.b.t...




Mentari menangis di senja memerah
Bumi anbia menjadi padang jarak
Puing-puing runtuhan berserakan
Asap senjata dan hanyir darah menyesak dada

Tubuh-tubuh layu gugur bergelimpangan
Bertindih dalam kubur tanpa bernisan
Di hujung sana ramai yang kelaparan
Di dera wabak yang menyiksakan

Anak kecil bertanya bimbang
Wajahnya mencerminkan kedukaan
Mengapa lena ibu terlalu panjang?
Bilakah pula ayah akan pulang?

Dia yang tak mengerti apa
Menjadi mangsa pembantaian
Suara tangis menjadi syair sendu
Menyayat dan menyiat perasaan

Bilakan berhenti kekejaman?
Bilakan terhapus penindasan?
Kemana hilangnya kemanusiaan?
Bilakan damai akan menjelang?

Entah bila akan pulih keharmonian?
Sampai bila bersilih penderitaan?
Bila pula akan muncul ketenangan?
Soalan yang masih tiada jawapan


xoxo,
yanie

lirik lagu warkah cinta berbau syurga

assalamualaikum w.b.t...



Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga

Simpanan batinku hampir terlerai
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa
Antara iman dan nafsu aku berjuang
Meraih mahkota cinta dari syurga

Chorus:
Biar beribu parut luka menghiris kalbu
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar

Sekalipun diriku terbuang dimata insan
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini

Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ

[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]


xoxo,
yanie

lirik lagu istikharah cinta

assalamualaikum w.b.t...

 
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

Diistikharah cinta


xoxo,
yanie

lirik lagu wasubidu

assalamualaikum w.b.t...


Keanggunan yang terpancar darimu muslimah
Ketegasan jiwamu bak perisai nan indah
Kau hadirkan pesona
Malu berbalut takwa
Laksana syurga di dunia

c/o
Keteguhan hatimu oh wanita muslimah
Ketekunan dirimu yang terbingkai solehah
Perhiasan dunia tunduk pada Yang Kuasa
Sejukmu menenteramkan jiwa..

Engkau wanita syurga bidadari dunia
Kehormatan kau jaga dengan penuh cinta

Engkau wanita syurga bak permata berharga
Berbinar indah dalam kesucian jiwa...



xoxo,
yanie

lirik lagu kesaktian cinta

assalamualaikum w.b.t...



Sukar dinilai dengan materi
Hanya hati budi yang kan mengerti
Kala terpancar dari naluri
Bersinar semesta ruang dan masa

Disentuh kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Kala meresapi jiwa
Disentuh kesaktian cinta
Anugerah yang tak tertara
Kala hadirnya ia

Resah merindu meronta kalbu
Hanya jaji setia sabda ditunggu

Disentuh kesaktian cinta
Seringkali jiwa mendamba
Kehadiran dirinya
Disentuh kesaktian cinta
Meresap segala yang indah
Dari rona dunia

Dihinggap kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Menghadapi segala
Dihinggap kesaktian cinta
Anugerah yang tiada tara
Syukurilah hadirnya

Dihinggap kesaktian cinta
Seringkali jiwa mendamba
Bayang kehadirannya
Dihinggap kesaktian cinta
Meresap segala yang indah
Dari rona dunia

Disentuh kesaktian cinta
Pengorbanan menjadi rela
Mengharungi segala
Disentuh kesaktian cinta
Anugerah yang tiada tara
Penawar duka lara...


xoxo,
yanie

lirik lagu kasih padamu (hafiz hamidun)

assamualaikum w.b.t...



Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatMu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Kau di utus atas nama Kebenaran
Dengan fasih lidah beri penjelasan
Sabar dalam apa jua keadaan
Tak goyah dengan ranjau tekanan

Walau diri bisa menakluki tahta
Tetap rendah hati penuh sederhana
Segalanya demi Lillahi Taala
Azimat yang berharga

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Rasulullah Engkau tinggalkan
Semangat juang tertinggi
Membina satu aqidah
Membangun Iman dan dilapangan mujahadah

Dari hadith dan Al-Quran
Menjadi sumber cahaya pedoman
Hanya itu yang Kau wariskan
Akan selamat di dunia akhirat

Rasulullah terlalu rindu
Padamu junjungan jiwa
Didalam senda yang utama
Menyambungkan kasih denganmu

Rasulullah dalam sirahmu
Ku temu tulusnya cinta
Demi umatmu berkorban jiwa
Sehingga hujung nyawa

Rasulullah dengan hikmahmu
Terpancar syiar agama
Mengubah gelap menjadi terang
Menghapus jahiliyah

Ya Rasulullah Ya HabibAllah
Pabila terkenangMu mengalir air mataku

xoxo,
yanie

lirik lagu pemergianmu

assalamualaikum w.b.t...






(Ya Rasulallah...)
Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan


Hakikatnya, tak tertanggung lagi derita
Di pangkuan isterimu Humaira..
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa


Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu di muka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Oh sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia....kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata mengungkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu


xoxo,
yanie

isu aurat - debat ustaz vs gadis liberal

assalamualaikum w.b.t...





Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal
Gadis Liberal : Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!

Ustaz : Ok silakan……what you want to know…

Gadis Liberal : Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz : Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal : No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..

Ustaz : Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina

Gadis Liberal : Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!! Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…

Ustaz : Hai….macam perli saya aje ni….?

Gadis Liberal : Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!

Ustaz : Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka
Gadis Liberal : Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?

Ustaz : Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual..
Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!

Gadis Liberal : Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki

Ustaz : Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah..Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.

Gadis Liberal : Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?

Ustaz : Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!! Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!

Gadis Liberal : Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?

Ustaz : Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat..

Gadis Liberal : Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..

Ustaz : Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah…please don’t make your life as a gambling game..jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti..Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat…maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana? Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya..

Gadis Liberal : Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..

Ustaz : Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah

Gadis Liberal : Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..

Ustaz : Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!


*sharing is caring*


xoxo,
yanie

genetic (notes)

assalamualaikum w.b.t...


lagi few days dah nak exam! >.<
so bear with me..saja nak share notes..
if bermanfaat untuk siapa2 silakan ambik :)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

genes ade dua jenis :

constitutive - "housekeeping genes" --> simple structure (constant)
controllable - expressed only when needed --> complex structure (only in certain condition)

gene regulation in prokaryotes :
-a set of gene which is regulated or controlled by ONE PROMOTER

structure :
-cistrons (code for specific protein)
-promoter region
-operator region
-regulatory region

function :
-catabolic (lac operon)
-anabolic (ara operon)


LAC OPERON



how it works ?

--> in the absence of lactose,the repressor protein binds to d operator region..RNA polymerase (RNAP) cannot bind to d promoter region..there's no transcription occur..genes are not expressed..

-->in the presence of lactose,d lactose will bind to d repressor protein n change in shape..so dat d repressor protein cannot bind to the operator region coz of d change of shape..the RNAP can bind to d promoter region,transcription occur n mRNA produced ! ^_^

gene regulation in eukaryotes :
-transcription - level of regulation
-mencegah penggumpalan mRNA
-no translation when not needed

regulatory pathways :
-hormones
-DNA structures (histones n chromatin packaging)
-enhancers
-DNA-binding protein
-transcription factors
key : has David end D-boring talk ?


*the more the protein bounds to the DNA,the less the transcription (sebab lagi ketat)

GENE MUTATION

mutations :
- changes in nucleotide sequence in DNA
- MAY occur in SOMATIC CELL --> not passed to d offsprings
- MAY occur in GAMETES --> MAYbe passed to d offsprings
- jarang berlaku
- repaired by enzymes

chromosomal mutation :
- mungkin melibatkan perubahan struktur kromosom
- deletion a part of chromosome

jenis :
-deletion
-inversion
-translocation
-nondisjunction
-duplication

DELETION :  
                                          
-due to d breakage
-a piece of chromosome hilang


INVERSION :

-chromosome segment break off
-segment jadi upside-down then reattaches


DUPLICATION :

-berlaku bila gene sequence is repeated


TRANSLOCATION :

-melibatkan dua heterozygous chromosomes
-part of one chromosome is transfered to another chromosome


NONDISJUNCTION :

-kegagalan chromosomes untuk separate semasa mitosis
-menyebabkan gamete mempunyai lebih atau kurang chromosomes
disorder :
--> down syndromes (three 21st chromosomes)
--> turner's syndromes (single X chromosomes)
--> klinefelter's syndromes (XXY chromosomes)

CHROMOSOME MUTATION


--> virus that can affect DNA..the virus will inject the DNA and affect the code..for example,the original code is ABCDEFGHI but the affect code will be ABEGHICDF 

GENE MUTATION

-change in the nucleotide osequence of gene
-may only involve single nucleotide
-mungkin disebabkan copying error,virus kimia n etc
types :
-point mutation
-substitution
-insertion
-deletions
-frameshift

POINT MUTATION
-sicle cell disease - result of one nucleotide substitution
-berlaku kat haemoglobin gene

-example of point mutation-

FRAMESHIFT MUTATION

-inserting or deleting one or more nucleotides
-change the 'reading frame' like changing a sentence
-proteins built incorrectly

example : kalau code yang normal,mesti ada tiga,tiga kod kan..but kalau yang frameshift mutation,salah satu kod hilang..



RECOMBINANT DNA

-placing a relevant gene on an organism's DNA
-organism required a specific trait carried by exogenous DNA
-example : recombinant human insulin



 
okeh..setakat tu je dulu :*
 
xoxo,
yanie

dna replication

assalamualaikum w.b.t...

juz a simple note for my exam ..





dekat initiation,helicase break d hydrogen bond..then,akn ad 2strands yg t'hasil 
-leading,lagging..kt leading,utk bt proses elongation,juz need DNA polymerase,RNA primer wujud kejap je..sbb die continuous reaction..proses elongation kat leading akn continue without more RNA primer..but utk lagging,p'lukan dua2 utk continue elongation tu..bila smpai mse RNA primer abis,akn ad RNA primer len dtg..smpai hbs proses elongation tu n hasilkan okazaki fragment..sbb die non-continuous reaction..okazaki fragment dicantumkn oleh DNA ligase..after sume2 tu,akn ad 2 strands t'hasil iaitu leading ngan lagging..proses replication akn stop bila dua2 da smpai kt ujung strand (kwsn nme telomere)

--> in the DNA replication process,there's three steps involve,  
1)initiation
    - the enzyme helicase will break the hydrogen bonds between the base pairs..the unwinding process happen in the segments that rich in adenin and thymine (A & T)
    - then,the replication fork formed
 
2)elongation
    - there will involved two strands which is leading (5' - 3') and lagging (3' - 5'). in the leading strands,the its only need the DNA polymerase to complete the elongation process because it is a continuous reaction. 
    - but for the lagging strands, it will need both DNA polymerase and RNA primer to complete the elongation process because it is a non-continuous reaction..
    - after that,the Okazaki Fragment is formed. the DNA ligase is needed to bind the Okazaki Fragment together..
 
3)termination 
    - when the DNA polymerase reached the end of the strands,the termination occur at the telomere, the non-coding segments..termination is d last process of DNA replication..



xoxo,
yanie

personality disorder (notes)

assalamualaikum w.b.t...


type of personality diorder :

-schizoid
-borderline
-histrionic
-narcissistic
-avoidant
-antisocial


MODEL OF ABNORMALITY :

medical model - disebabkan brain injuries,chemical defieciency,hormonal imbalance..

psychodynamic model - bermula dari kecik lagi

behavioral model - disebabkan oleh ineffective learning n boleh diubah

cognitive model - human being in both pro social n maladjusted coz of their thoughts

sociocultural model - disebabkan pengaruh sekeliling

ANXIETY DISORDER :

-rasa bimbang yang melampau
-bila rasa bimbang xdapat dikawal or rasa bimbang tanpa sebab,boleh dikira sebagai personality disorder

PANIC DISORDER :

-panic attacks menyebabkan rasa bimbang or resah yang terlampau
-selalunya akan bereluh,palpilation,sakit dada rasa macam nak gila

GENERALIZED ANXIETY DISORDER :

-rasa bimbang or takut but xtau punca
-selalunya berlanjutan untuk satu tempoh masa yang lama-6 bulan

OBSESSIVE-COMPULSIVE DISORDER :

-rasa takut pasal sesuatu benda yang menyebabkan someone tunjuk sikap pelik
-takut pada kuman - akan basuh tangan dengan sabun cepat2 n kerap

POST-TRAUMATIC STRESS DISORDER (PTSD) :

-trauma pasal kejadian mengejut macam kemalangan ngeri or kematian orang tersayang
-orang yang alami akan tunjuk sikap trauma bila teringat balik kisah tu

SOCIAL ANXIETY PHOBIA :

-takut untuk berada di khalayak ramai
-rasa macam diperhatikan bila berada depan orang ramai


COMMON PHOBIAS :

acrophobia - gayat

agoraphobia - takut untuk berada di tempat terbuka / crowded

claustrophobia - takut tempat gelap/tertutup

brontophobia - takut guruh ( common in children ) --> astraphobia, tonitrophobia, keraunophobia

mysophobia - takut kuman (basuh tangan banyak kali) --> germophobia/bacterophobia @ germaphobia/bacillophobia

necrophobia - takut sume yang berkaitan ngan kematian

aerophobia - takut sukan lasak or berkait ngan udara like wind surfing

arachnophobia - takut spiders

ophidiophobia - takut ular

murophobia - takut tikus

cynophobia - takut anjing


CAUSES OF ANXIETY DISORDER :

-gene - involved in production of neurotransmitter serotonin

-certain deficiency - produce some kind of anxiety disorder

-its a respond of stress

-environment of a person

-feeling guilty towards something


SOMATOFORM DISORDER :

-physical symptoms dat r not under voluntary control n no apparent causes exist
-hysteria or Briquet's syndromes

hypochondriasis - fear of being sick, anxiety about disease

conversion disorder - inability to use sense organ such as cannot move hands , inability to speak


DISSOCIATIVE DISORDER :

-disturbance in conciousness,memory,identity,perception

multiple personality 
- displaying characteristics of two or more distinct personality
-each personality have its own like or dislikes
-selalu terjadi dalam kalangan wanita n disebabkan oleh physical abuse in childhood

dissociative amnesia
-selalu dipanggil psychogenic amnesia
-xboleh ingat apa yang terjadi
-hilang ingatan

dissociative fugue
-take impulsive,sudden trip,often assuming new identity
-lepas beberapa ketika baru sedar yang dorg berada di tempat lain n lupa pasal masa yang dah dihabiskan


MOOD STATES :

-hepi
-relax
-sedih

OBSERVABLE EXPRESSION OF MOODS :


  • blunted - stalking poverty of emotional response (citer pasal citer sdey then orang nangis)
  • flat - lacking any emotional expression or reactivity (bincang kes bunuh without show trace)
  • inappropiate - emotional expression disharmonious in quality o d person,event or idea dat provoked it (a woman senyum lebar untuk tunjuk perasaan die)
  • labile - emotional liability (pathological laughter n crying) - eg : citer about life,nangis2 then gelak2
  • restricted - far narrower range of emotional expression than would be expected - muted emotional reactivity (a woman citer pasal pengalaman sedey tp juz nampak sedih,xnangis)

MOOD DISORDER :


bipolar disoder 
-known as manic-depressive disorder
-selalunya berlaku untuk yang umo 20
-high (manic) to overly low (depressed)
-patient's behaviour vacillates between 2 extreems :
  • manic phase - cakap laju,kurang tido
  • depressed phase - moody n sad wif feeling of hopelessness

bipolar 2 disorder

-characterised by one or major depressive episodes acompanied by at least one hypomania episod
-hypomanic - symptoms of mania dat r geerally less severe
-cannot have psychotic features




conditions that commonly occur with bipolar disorder :
  • anxiety dissorder - PTSD,social phobia,generalized anxiety disorder
  • attention-deficit / hyperactivity disorder (ADHD) - untuk kes ni,bipolar disorder susah untuk dibezakan dari ADHD .. kekadang boleh tertukar..confius with both conditions
  • addiction/substance abuse - alcohol or drug problem
  • physical health problem - ade penyakit such as heart disease,thyroid,obesity


depressive disorder
-major depressive disorder (MDD) - typical depression (increase risk for suicide)
-dysthymia
-general category of mood disorder
-muram

major depression
-loss of interest in all life activities
-have delusions-false belief dat inconsistent with reality

causes of major depressive disorder
-caused by combination of biological,learning,cognitive factors
*learning n cognitive theories
-muram
-need to obtain reinforcement mcm asking neighbours
-sllunya orang yang muram olweiz rasa terlampau rendah diri
-have poor self-concept n negative expectation
*learned helplessness
-bila someone hope n dream olweiz xtercapai,dia akan rasa macam berhenti untuk berharap
-give-up
-rasa down yang teramat n keep salahkan diri sendiri

substance induce mood disorder

alcohol induced mood disorder

benzodiazepine induces mood disorder

interferon-alpha mood disorder

catatonic depression - diam


RISK FACTOR FOR MOOD DISORDER :

Major Depressive Disorder
- family history
-early childhood trauma
-major life stressors
-female - in reproductive phase of life
-age 20-40
-urban lifestyle
-unemployed
-alcohol abuse
-nicotine dependence
-divorced or separated
-previous episode

Bipolar Disorder
-family history
-major life stressor
-history of cyclothymia
-age 15-30
-rapid cycling,mixed states n cyclothymia greater in woman
-substance abuse
lack of sleep
previous episode


TOP 9 DEPRESSION SYMPTOMS
  • depressed mood
  • decrease interest or pleasure
  • weight changes
  • sleep disturbances
  • psychomotor agitation or retardation
  • fatigue
  • feeling of worthlessness or guilt
  • "brain fog"
  • thoughts of death

SUICIDE :

-orang yang selalu muram berisiko tinggi untuk bunuh diri
-they believe dat things cannot n will not get better n suicide is d bez option
*attempters
-try to commit suicide tapi x berjaya
-selalunya terjadi pada wanita
*completers
-berjaya bunuh diri
-selalunya golongan lelakii n tua - guna cara ngeri macam tembak kat kepala

causes of suicide :

biological psychologist - certain neurotransmitter especially serotonin linked to disorders dat predispose individuals to suicide

behavioral psychologist - past experience yang mempengaruhi someone untuk bunuh diri

cognitive psychologist - failure of solving problems such as stress

humanistic psychologist - waste of  human's being potential

PREVENTION :

*sebenarnya orang yang nak bunuh diri xnak bunuh diri, tapi sebab stress,dorang xleh nak halang perasaan dorang
-nak bantu orang yang nak bunuh diri,cuba elakkan kondisi yang menyebabkan someone bunuh diri
-kalau someone kata nak bunuh diri,jangan ambik remeh
-kata-kata and ayat dia kena alert !


xoxo,
yanie

conciousness (notes)

assalamualaikum w.b.t...

kali ni nak share notes conciousness pulak..^_^





mengikut Freud,level of conciousness ade 2..

concious - thought which they're aware
unconcious - thoughts in d form of needs,wishes n desires

conciousness is bila kita berada dalam keadaan sedar n alert dengan surroundings..
altered conciousness - sleep (dreaming) - it can also happen for a person who got a fever

metacognition - people r better able to think about their own thinking (means u're able to know urself..for example, when u aware on what is d risk of not doing ur assignment,so u'll do something to make sure dat u can finish it on time)

properties of conciousness
1-restrict attention (notice n think - combined sensation with learning n memory)
2-select n store memory
3-allow to draw lessons in memory

non-concious process
1-preconcious - ingatan yang xboleh dilupakan (eg : 1st kiss)
2-subconcious - ingatan yang maybe akan lupa (eg : ingatan pasal sume yang penah dilalui)
3-unconcious - ingatan yang susah nak lupa (eg : ingatan2 negatif yang tersimpan dalam memori)

*there is various type of conciousness due to the biological rhythm


EVERYDAY CONCIOUSNESS

daydreaming - attention shifted away from external situation

fantasy - imagine unrealistic,unlike experience (impossible)

circadian rhythm - daily activity

sleep 
- to concerve n restore
- to gain energy
- people who sleep too much will increases d amount of melatonin produced in its body
-sleep more can causes nervous,worrisome,artistic,creative n noncomforming
-sleep less tend to b more energetic n extrovert
-neurotransmitter - build up to compensate d quantity used in daily day
-rapid eye movement (REM) - eye move while sleeping (mata bergerak means someone tu tengah mimpi)


dream
-to guard sleep
-to fulfill wishes

manifest content - mimpi biasa (sikit2)
latent content - mimpi yang bawa maksud
non-REM sleep - mata xbergerak (tido nyenyak)


-non-REM sleep-


-sleep needed for every age-


power nap - tido yang berkualiti


SLEEP DISORDER

insomnia - xley tido malam,tido siang (for people who got insomnia,dont ask them not to sleep when they said dat they wanna sleep coz they're hard to sleep)

sleep apnea - bukan berdengkur..nafas berbunyi..selalunya bila someone letih..ni disebabkan oleh kurang oksigen dalam paru2..related to pulmonary hypertension

narcolepsy - tido tetiba..
*cataplexy - letih tetiba

restless leg syndrom - susah nak tido..gelisah bila nak tido

nocturnal myoclonus - kejang

klein-levin syndrome - hypersomnia & hyperphagia (tido untuk tempoh masa lama abt 1-3 month - macam sleeping beauty)

daytime sleepiness - ngantuk (biasa)

circadian rhythm sleep disorder - tido @ berjaga lama daripada biasa..selalunya terjadi bila berubah negara (berubah waktu)

nightmare disorder - ngigau pasal something menakutkan (ingat mimpi tu)

sleep walking disorder (somnalism) - ngigau (jalan dalam tido) - xingat pasal mimpi tu

bruxism - ketap gigi masa tido

somniloquy (parasomnia) - cakap masa tido..selalunya bila penat

hypnosis - pukau..kekadang guna untuk ubat orang yang susah tido

meditation - yoga

hallucination - berangan/perasan..selalunya kalangan orang gila,penagih (brains reception of sensory input)


PSYCHOACTIVE DRUG

-affect CNS n alter normal functioning of brain
-berubah sikap


type of psychoactive drugs:

key : Saya Dapat Naik Haji
(Stimulants,Depressant,Narcotics,Hallucinogens)

hallucinogens (psychedelics) - affect mood,thought,sense

depressant
-two types - sedatives n tranquilizers
-sebabkan muram,ganggu aktiviti CNS
sedatives-make u sleep
tranquilizers-make u calm

alcohol (ethyl alcohol)
-found in beer,wine,liquor
-second most used after caffein
-slows thinking n impairs physical activities

fetal alcohol syndrome - bila mother drink alcohol while pregnant,it effects d baby

12 ounce beer = 4 ounce wine = 1 ounce whiskey ---> same amount of alcohol

stimulants - increase alertness n attention span,mild environment in mood,agigation,insomnia


type of stimulats :
key : C.A.M.C
(Caffein,Amphetamines,Methaphetamines,Cocaine)

psychological dependence
-repeated or cumpulsive use of drug
-rewarded by effects
-positive reinforcement
-behavior shaped by seeking pleasure
-activating reward circuit in brain

physical dependence :
-bila overdose,xdapat urus diri sendiri


addiction
detoxification-method untuk ubati penagih


with luv,