assalamualaikum w.b.t...
Isu Aurat – Debat Ustaz vs Gadis Liberal
Gadis Liberal : Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!
Ustaz : Ok silakan……what you want to know…
Gadis Liberal : Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz : Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal
: No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan
perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai
tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang
berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka….
Tu hipokrit namanya ustaz…..
Ustaz : Sekurang
–kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah
termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan
membuka pintu kepada zina
Gadis Liberal : Ha ha
ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah
zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan
akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu
buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!
Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok
orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…
Ustaz : Hai….macam perli saya aje ni….?
Gadis Liberal : Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!
Ustaz
: Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya
berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan
mereka
Gadis Liberal : Habis tu ustaz…salah orang perempuan
lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya
oleh seorang lelaki playboy….?
Ustaz : Bukan itu
maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan
sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki
cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah
dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual..
Perbuatan
membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan
sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu
seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang
bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan
berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah
syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan
berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!
Gadis Liberal
: Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang
perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki
Ustaz
: Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah
tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita
ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai
seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman
suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia
berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas
dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah..Bukanlah kasih sayang namanya
jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan
nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita
membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila
seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.
Gadis Liberal
: Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya
tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara
mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak
bertudung ni….?
Ustaz : Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika
akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama
ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh
pertikaikan……!! Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira
dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai
tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita
melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita
di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!
Gadis Liberal
: Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat
contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup
aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka
menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi
jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri
sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?
Ustaz
: Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung
walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya
dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi
ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa
diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan
ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka
pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik
sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong
mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa
kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung
pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang
membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di
akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan
yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia
melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan
sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan
…agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut
dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh
azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka
disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat..
Gadis Liberal
: Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma
dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri
mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang
sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik
namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi
benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..
Ustaz : Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru
awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?Satu perkara yang
mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan
bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan
bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan
tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan
berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita
boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke
detik masa kita bertaubat dan berubah…please don’t make your life as a
gambling game..jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan
harapan yang tak pasti..Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga
dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup
aurat…maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu?????
Jika kita dimatikan Allah bagaimana? Samalah macam awak tidak mahu
kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar
perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya..
Gadis Liberal
: Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya
faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu
betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih
ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya
mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan
perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti
terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai
tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis
saya nanti…..
Ustaz : Biarlah kita menangis di
dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat
kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah
Gadis Liberal
: Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa
insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa
saya…..
Ustaz : Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!
*sharing is caring*
xoxo,
yanie