megaloblastic anemia

assalamualaikum w.b.t...






Mesti ramai yang dah biasa dengar pasal anemia kan?
Most of the things, semua mesti kaitkan anemia dengan makan ais, dengan kurang darah kan..betul tak?
Tapi sebenarnya anemia is not only just pasal makan ais..lebih dari tu sebenarnya..
basically anemia ni jadi bila sel darah tak dapat function dengan betul..
And pernah tahu tak yang anemia ni ada banyak jenis?

Yang paling common is :

- Hemolytic Anemia/ Anemia Hemolitik
- Sickle Cell Anemia
- Bone Marrow Failure Anemia

dan banyak3 lagi..kalau nak list out macam satu entry ni untuk listkan type of anemia je jadinya..haha
sebelum tu..semua tahu kan yang darah kita dihasilkan oleh sumsum tulang(bone marrow)?bagus3 kalau dah tahu :D

anemia ni berlaku bila ada something wrong kat area sumsum tulang kita. sama ada sebab sakit yang memang dah lama or sebab terdedah dengan bahan kimia atau sebagainya..

so, harini yanie nak share pasal Megaloblastic Anemia ataupun bahasa melayunya Anemia Megaloblastik..actually ni under assignment sbjek Pathophysiology of Hematopoietic and Lymphoid System ktorg (group yanie)..maka terhasillah entry ni.. taraaaaa 😁






--> Apa itu Anemia Megaloblastik??

- Megaloblastic anemia(anemia megaloblastik) adalah satu keadaan or penyakit dimana bone marrow(sumsum tulang) kita menghasilkan sel darah merah yang terlebih besar saiznya dari sel darah merah yang biasa..
- pendek kata kalau selalunya sel darah merah tu yang normalnya saiz sebesar syiling sepuluh sen, dalam kes megaloblastic anemia ni maybe saiz dia jadi besar syiling lima puluh sen..senang cakap memang sel darah merah tu jadi besar la..Mega=besar

jadi, bila sel darah merah tu besar daripada biasa, dia tak boleh keluar daripada sumsum tulang untuk masuk ke salur darah and transfer oksigen dalam badan :)

megaloblastik anemia ni pulak ada dua jenis :
-pernicious anemia (bila kurang vitamin b12)
-folate deficiency anemia (bila kurang folate/folic acid)


--> Apakah punca Anemia Megaloblastik??

Macam yang yanie cakap kat atas, anemia ni boleh jadi sebab banyak faktor..tapi, dalam kes anemia megaloblastik, punca utama dia selalunya disebabkan oleh

-kekurangan vitamin b12
-kekurangan folate

dua benda ni paling penting untuk hasilkan sel darah merah yang sihat walafiat..so kalau tak cukup dua benda ni, darah kita tak boleh dihasilkan dengan baik..jom kita cerita sikit pasal dua benda ni..

**Vitamin B12 deficiency






-vitamin B12 selalunya ada dalam makanan - macam ikan, daging, telur, susu

macamana boleh kurang vitamin b12?

1) Kurang pengambilan vitamin B12, terutama untuk vegetarian atau orang-orang yang tak makan daging, telur, dan produk berasaskan susu

2) Gangguan pada sel-sel lapisan dalam perut sehingga mengganggu penyerapan vitamin B12

3) Proses autoimmune yang disebabkan oleh kegagalan penghasilan 'intrinsic factor' yang menyebabkan kerosakan sel-sel dalam perut..apa tu intrinsic factor?intrinsic factor tu protein yang tolong untuk absorb vitamin b12..kalau intrinsic factor tu takde, maknanya vitamin b12 tak boleh untuk di'absorb' :)

4) Penyakit di bahagian usus kecil (hujung) yang membawa kepada radang usus, limfoma ataupun usus terpaksa dipotong..

5) Beberapa jenis ubat-ubatan seperti purine analogs (6-mercaptopurine, 6-thioguanine, acyclovir), pyrimidine analogues (5-fluorouracil, 5-azacytidine, zidovudine), ribonucleotide reductase inhibitors (hydroxyurea, cytarabine arabinoside) dan ubat yang mempengaruhi metabolism vitamin b12 (p -aminosalicylic acid, phenformin, metformin)





ni contoh gambar kalau takde intrinsic factor untuk tolong absorb vitamin b12


**Folate(folic acid) deficiency





-Folate/folic acid selalunya ada dalam makanan macam
          -hati lembu,
          -bayam,
          -bijirin..
          -supplement tambahan
Antara penyebab kurangnya folic acid:

1) Orang yang ada masalah folate deficiency ni selalunya mungkin sebab dia memang makan makanan yang kurang folate..or dia dah tau makanan dia tak cukup folate tapi dia tak ambik supplement tambahan untuk topap balik folate yang takde dalam makanan tu..

2) Maybe jugak ada certain orang (non muslim) yang minum alcohol terlampau banyak..alcohol ni oke lagi kalau amount tu still dalam range selamat..tapi kalau dia minum lebih-lebih, alcohol tu mungkin boleh ganggu sistem badan dia daripada absorb folate tu..

3) Yang selalu ada masalah kekurangan folate jugak is pregnant mother..kenapa?sebab baby dalam perut memerlukan banyak folate untuk membesar..thats why kalau orang pregnant doc akan suruh ambik supplement folic acid..

4) Pengambilan certain ubat jugak boleh mengganggu jumlah folate dalam badan..contohnya kalau someone tu ambik ubat macam metformin atau valproate acid






--> Apakah simptom-simptom Anemia Megaloblastik?

actually sign n symptoms megaloblastic anemia ni lebih kurang sama je antara vitamin b12 deficiency atau folate deficiency..generally, orang yang ada megaloblastic anemia ni akan ada tanda-tanda macam :

- sukar bernafas/ sesak nafas
- lemah otot
- kulit pucat yang tak normal
- kurang selera makan/ kurang berat badan
- cirit-birit
- loya
- degupan jantung menjadi laju
- kebas tangan dan kaki


--> Macamana nak diagnose?

 selalunya untuk tahu sama ada someone tu ada anemia megaloblastik atau tak, doc akan buat few tests untuk confirmkan..

Pemeriksaan darah --> untuk tengok bentuk and saiz sel darah merah..so kalau dalam pesakit yang ada anemia megaloblastik, memang sel darah tu akan nampak besar..



Jumlah vitamin B12 and folate/folic acid --> selalunya dalam pesakit anemia megaloblastik, jumlah vitamin b12 akan rendah..sama dengan jumlah folic acid..

Schilling Test --> Schilling test ni untuk tengok keupayaan darah kita untuk absorb Vitamin B12..
   1- doktor akan bagi supplement radioactive vitamin B12 lepastu ambik sample urine untuk tengok sama ada badan kita absorb vitamin tu atau tak..
   2- doktor akan bagi supplement vitamin B12 yang sama tapi dengan combination 'intrinsic factor'..
   3- then doktor akan compare result urine yang 1 & 2..kalau badan kita absorb vitamin B12 hanya bila kita ambik supplement tu dengan intrinsic factor, maknanya anemia kita mungkin sebab kurangnya intrinsic factor :)



--> Macamana nak ubati?

1 - ambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 & folic acid yang tinggi
2 - untuk vegetarian, mungkin boleh ambil supplement tambahan untuk tampung keperluan vitamin dalam badan
3 - kalau disebabkan oleh autoimmune, susah untuk diubati (dapatkan nasihat doktor)



Megaloblastic Anemia boleh menyebabkan banyak masalah lain seperti masalah saraf, masalah pencernaan dan sebagainya..paling teruk, ia boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan kanser perut..jadi, lebih baik kalau anemia jenis ni dikesan lebih awal :)

**kalau ada soalan boleh letak di ruangan komen..nanti insyaAllah akan direply ^-^
**smua gambar cc to google :D



xoxo,
yanie


kita berbeza

Assalamualaikum w.b.t...





Baju, kamu boleh pinjam baju dia..
Dia boleh pinjam baju kamu..
Tapi selesanya takkan sama...

Sama juga dengan ujian...
Berat bagi dia, mungkin mudah bagi kamu...
Manis bagi dia, mungkin pahit bagi kamu...

Tapi satu yang pasti, Allah uji ikut kemampuan kita...

🌹Ibnu Hashim🌹




Xoxo,
Yanie