kahwin

Assalamualaikum w.b.t...



Jarang me nak post topik serius mcmni..hahah..tapi sebab ada yang tanya so terpost jugak..ngee

“Kenapa yanie macam tak mencari? Tak rasa nak kawin ke? Ke sebab memilih sangat?”

“Ermmm, entahla. Tak memilih. Tapi tak jugak mencari. Sampai masa Allah hadirkan la yang terbaik”

“Ke sebab memang taknak kawin?”

“Astaghfirullahalazim, ke situ pulak. Siapa je taknak kawin wak. Cuma kawin ni bukan perkara mudah. Bukan boleh dibuat main-main. Bukan sekadar akad je. Kawin ni besar tanggungjawabnya. Besar maknanya. Sebab tu tak boleh nak redah je,”

Tak bercakap soal nikah, soal kahwin tak bermakna tak punya keinginan untuk semua tu. Kahwin tu kan sunnah. Bila buat dapat pahala. Siapa je taknak pahala kan. Kahwin cepat ke, lambat ke, itu bukan urusan kita. Allah akan bagi someone kat kita as pasangan bila kita dah betul bersedia. Lagipun umur tu just indicator daripada masyarakat kita. Ada yang cakap kahwin umur 18 terlalu muda. Tapi ada jugak yang berpendapat kahwin umur 20 dah lewat. Bagi sesetengah orang pulak umur 30 pun masih dianggap awal untuk kawin. Ikut perspektif masing-masing. Tapi sampai bila kita nak biarkan pendapat orang lain menghalang and buat kita rasa tak selesa kan.

Apa yang penting, sebelum kahwin, persiapkan diri semampunya. Cuba perbaiki mana yang perlu, pertingkatkan mana yang kurang. Kumpul pahala untuk ayah sendiri sebelum kita menjadi hak suami. Sentiasa bersangka baik dengan Dia. Allah tahu mana yang baik sedang dalam kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup. Jodoh, ajal, rezeki semua rahsia Dia. Kita deep thought macamana pun, bina plot hebat pun, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia. Lagipun jodoh setiap orang dah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu.

Dia lagi tahu apa yang kita rasa. Dia lagi faham rintihan dalam jiwa kita. Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya kerna kasihNya umpama sehampar lautan luas. Make sure yang kita penuhi syarat sebagai hamba yang Allah kasih dan cinta. Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita. Yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi.

Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan atau gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu..antara jodoh dan maut yang mana akan melamar dahulu..


Xoxo,
Yanie

mask telur putih - bagus atau tak?

Assalamualikum w.b.t...



Lama kan tak update blog..haha..bersawang blog haa :D
so harini nak citer pasal mask telur putih..sebenarnya dah lama nak story pasal ni tapi tahap kerajinan kurang tambah lagi kekangan masa so selalu tak jadi..

Masker telur putih - dulu masa memula nak tahu pasal this petua is sebab masa tu tengah buntu lepas pimple naik macam cendawan kenit tumbuh selepas hujan lepastu tinggal jejak kasih..masa tu tak tau nak buat apa sebab xpernah naik pimple..
google punya google jumpa la petua ni..pakai mask telur putih untuk hilangkan whitehead,blackhead and parut jerawat..
masa tu gigih pecahkan telur putih potong tisu tetiap malam untuk pakai mask ni..

Cara :
1) asingkan telur putih dari telur kuning
2) celupkan tisu yg dh dipotong kecik2/kapas muka
3) tampalkan di segenap muka kecuali mata n lubang hidung
4) tunggu kering,cabut perlahan2..nnt akn nampak blackhead watsoever tu lekat..seronok!

Tapi lepas buat tu akan rasa panas sebab liang roma kita terbukak..dont worry..kejap je tu..

Cuma apa yg nk dibagitau is, tak semua orang boleh apply petua ni..for me - tak sesuai..langsung!hee
kenapa?sebab tiap kali lepas buat tu muka jadi merah yakmat plus esoknya kulit beminyak n mulala tumbuh beberapa baby pimple yg comel lagi manja n xmau meninggalkan muka utk beberapa hari..nk halau dari muka tu punyala susah -.-"

So sesape yg ada kulit sensitif or tak tau status kulit dia dinasihatkan xpayahla buat..nanti kalau naik pimple jenuh nak hilangkan ^-^'



Xoxo,
yanie