megaloblastic anemia

assalamualaikum w.b.t...






Mesti ramai yang dah biasa dengar pasal anemia kan?
Most of the things, semua mesti kaitkan anemia dengan makan ais, dengan kurang darah kan..betul tak?
Tapi sebenarnya anemia is not only just pasal makan ais..lebih dari tu sebenarnya..
basically anemia ni jadi bila sel darah tak dapat function dengan betul..
And pernah tahu tak yang anemia ni ada banyak jenis?

Yang paling common is :

- Hemolytic Anemia/ Anemia Hemolitik
- Sickle Cell Anemia
- Bone Marrow Failure Anemia

dan banyak3 lagi..kalau nak list out macam satu entry ni untuk listkan type of anemia je jadinya..haha
sebelum tu..semua tahu kan yang darah kita dihasilkan oleh sumsum tulang(bone marrow)?bagus3 kalau dah tahu :D

anemia ni berlaku bila ada something wrong kat area sumsum tulang kita. sama ada sebab sakit yang memang dah lama or sebab terdedah dengan bahan kimia atau sebagainya..

so, harini yanie nak share pasal Megaloblastic Anemia ataupun bahasa melayunya Anemia Megaloblastik..actually ni under assignment sbjek Pathophysiology of Hematopoietic and Lymphoid System ktorg (group yanie)..maka terhasillah entry ni.. taraaaaa 😁






--> Apa itu Anemia Megaloblastik??

- Megaloblastic anemia(anemia megaloblastik) adalah satu keadaan or penyakit dimana bone marrow(sumsum tulang) kita menghasilkan sel darah merah yang terlebih besar saiznya dari sel darah merah yang biasa..
- pendek kata kalau selalunya sel darah merah tu yang normalnya saiz sebesar syiling sepuluh sen, dalam kes megaloblastic anemia ni maybe saiz dia jadi besar syiling lima puluh sen..senang cakap memang sel darah merah tu jadi besar la..Mega=besar

jadi, bila sel darah merah tu besar daripada biasa, dia tak boleh keluar daripada sumsum tulang untuk masuk ke salur darah and transfer oksigen dalam badan :)

megaloblastik anemia ni pulak ada dua jenis :
-pernicious anemia (bila kurang vitamin b12)
-folate deficiency anemia (bila kurang folate/folic acid)


--> Apakah punca Anemia Megaloblastik??

Macam yang yanie cakap kat atas, anemia ni boleh jadi sebab banyak faktor..tapi, dalam kes anemia megaloblastik, punca utama dia selalunya disebabkan oleh

-kekurangan vitamin b12
-kekurangan folate

dua benda ni paling penting untuk hasilkan sel darah merah yang sihat walafiat..so kalau tak cukup dua benda ni, darah kita tak boleh dihasilkan dengan baik..jom kita cerita sikit pasal dua benda ni..

**Vitamin B12 deficiency






-vitamin B12 selalunya ada dalam makanan - macam ikan, daging, telur, susu

macamana boleh kurang vitamin b12?

1) Kurang pengambilan vitamin B12, terutama untuk vegetarian atau orang-orang yang tak makan daging, telur, dan produk berasaskan susu

2) Gangguan pada sel-sel lapisan dalam perut sehingga mengganggu penyerapan vitamin B12

3) Proses autoimmune yang disebabkan oleh kegagalan penghasilan 'intrinsic factor' yang menyebabkan kerosakan sel-sel dalam perut..apa tu intrinsic factor?intrinsic factor tu protein yang tolong untuk absorb vitamin b12..kalau intrinsic factor tu takde, maknanya vitamin b12 tak boleh untuk di'absorb' :)

4) Penyakit di bahagian usus kecil (hujung) yang membawa kepada radang usus, limfoma ataupun usus terpaksa dipotong..

5) Beberapa jenis ubat-ubatan seperti purine analogs (6-mercaptopurine, 6-thioguanine, acyclovir), pyrimidine analogues (5-fluorouracil, 5-azacytidine, zidovudine), ribonucleotide reductase inhibitors (hydroxyurea, cytarabine arabinoside) dan ubat yang mempengaruhi metabolism vitamin b12 (p -aminosalicylic acid, phenformin, metformin)





ni contoh gambar kalau takde intrinsic factor untuk tolong absorb vitamin b12


**Folate(folic acid) deficiency





-Folate/folic acid selalunya ada dalam makanan macam
          -hati lembu,
          -bayam,
          -bijirin..
          -supplement tambahan
Antara penyebab kurangnya folic acid:

1) Orang yang ada masalah folate deficiency ni selalunya mungkin sebab dia memang makan makanan yang kurang folate..or dia dah tau makanan dia tak cukup folate tapi dia tak ambik supplement tambahan untuk topap balik folate yang takde dalam makanan tu..

2) Maybe jugak ada certain orang (non muslim) yang minum alcohol terlampau banyak..alcohol ni oke lagi kalau amount tu still dalam range selamat..tapi kalau dia minum lebih-lebih, alcohol tu mungkin boleh ganggu sistem badan dia daripada absorb folate tu..

3) Yang selalu ada masalah kekurangan folate jugak is pregnant mother..kenapa?sebab baby dalam perut memerlukan banyak folate untuk membesar..thats why kalau orang pregnant doc akan suruh ambik supplement folic acid..

4) Pengambilan certain ubat jugak boleh mengganggu jumlah folate dalam badan..contohnya kalau someone tu ambik ubat macam metformin atau valproate acid






--> Apakah simptom-simptom Anemia Megaloblastik?

actually sign n symptoms megaloblastic anemia ni lebih kurang sama je antara vitamin b12 deficiency atau folate deficiency..generally, orang yang ada megaloblastic anemia ni akan ada tanda-tanda macam :

- sukar bernafas/ sesak nafas
- lemah otot
- kulit pucat yang tak normal
- kurang selera makan/ kurang berat badan
- cirit-birit
- loya
- degupan jantung menjadi laju
- kebas tangan dan kaki


--> Macamana nak diagnose?

 selalunya untuk tahu sama ada someone tu ada anemia megaloblastik atau tak, doc akan buat few tests untuk confirmkan..

Pemeriksaan darah --> untuk tengok bentuk and saiz sel darah merah..so kalau dalam pesakit yang ada anemia megaloblastik, memang sel darah tu akan nampak besar..



Jumlah vitamin B12 and folate/folic acid --> selalunya dalam pesakit anemia megaloblastik, jumlah vitamin b12 akan rendah..sama dengan jumlah folic acid..

Schilling Test --> Schilling test ni untuk tengok keupayaan darah kita untuk absorb Vitamin B12..
   1- doktor akan bagi supplement radioactive vitamin B12 lepastu ambik sample urine untuk tengok sama ada badan kita absorb vitamin tu atau tak..
   2- doktor akan bagi supplement vitamin B12 yang sama tapi dengan combination 'intrinsic factor'..
   3- then doktor akan compare result urine yang 1 & 2..kalau badan kita absorb vitamin B12 hanya bila kita ambik supplement tu dengan intrinsic factor, maknanya anemia kita mungkin sebab kurangnya intrinsic factor :)



--> Macamana nak ubati?

1 - ambil makanan yang mempunyai kandungan vitamin B12 & folic acid yang tinggi
2 - untuk vegetarian, mungkin boleh ambil supplement tambahan untuk tampung keperluan vitamin dalam badan
3 - kalau disebabkan oleh autoimmune, susah untuk diubati (dapatkan nasihat doktor)



Megaloblastic Anemia boleh menyebabkan banyak masalah lain seperti masalah saraf, masalah pencernaan dan sebagainya..paling teruk, ia boleh menyebabkan tulang menjadi lemah dan kanser perut..jadi, lebih baik kalau anemia jenis ni dikesan lebih awal :)

**kalau ada soalan boleh letak di ruangan komen..nanti insyaAllah akan direply ^-^
**smua gambar cc to google :D



xoxo,
yanie


kita berbeza

Assalamualaikum w.b.t...





Baju, kamu boleh pinjam baju dia..
Dia boleh pinjam baju kamu..
Tapi selesanya takkan sama...

Sama juga dengan ujian...
Berat bagi dia, mungkin mudah bagi kamu...
Manis bagi dia, mungkin pahit bagi kamu...

Tapi satu yang pasti, Allah uji ikut kemampuan kita...

🌹Ibnu Hashim🌹




Xoxo,
Yanie

perjuangan anak desa - cerpen

assalamualaikum w.b.t...



actually entry ni pasal cerpen yang yanie and abah buat..
abah tukang bagi plot crita (based on true story sebenarnya), then yanie hasilkan cerpen..
idea asalnya nak jadikan this story as novel..but sebab kekangan masa maka dihasilkan as cerpen dulu..

sebenarnya dah pernah dipublishkan dalam blog ni once dulu..but baru prasan ada crash..so publish again..ngee
**plus yanie lupa tajuk buku cerpen ni apa..publish tahun 2013 dulu..






Kokokan Si Merah,ayam jantan peliharaan emak pagi itu,mengejutkan Zack daripada lena yang panjang dan tenang.Zack bangun,mengatur langkah ke arah jendela rumah usang itu.Melihatkan dada langit yang masih belum memperlihatkan warnanya,Zack membuat konklusi sendiri;pasti baru sekitar jam 5.30 pagi.Dalam keheningan dan kedamaian pagi itu,Zack terdengar bunyi sudip ibunya di dapur,sedang sibuk menyediakan sarapan pagi. Aroma sambal goreng menusuk ke rongga hidung Zack,menerbitkan satu rasa segar. Zack menebar pandangan ke segenap ruang di rumah itu.Hanya sebuah almari buruk menjadi perabot di rumah itu.Sebuah cermin lusuh tergantung di dinding.Di atas almari,terhias dengan bunga kertas gubahan tangan seni ibunya,yang mungkin sudah berusia hampir separuh abad.Warnanya kian pudar.Di satu sudut pula,terlipat kemas tikar mengkuang yang menjadi alas tidur Zack saban malam.Pelita ayam,semakin suram kerdipnya,menanti saat kelam.Si Merah berkokok lagi.Zack tersentak.


‘Ah! Terlalu lama lamunan hatiku sesaat tadi!’ Zack bermadah tanpa suara.Lantas,dia mula menuruni tangga kayu untuk membersihkan diri.Tangga yang dipijak sudah seusang teratak tua itu. Di kaki tangga sudah penuh dengan rumput-rumput renek serta lumut,menjadi penghias kayu reput yang semakin dimamah usia itu.


Zack mula mengatur langkah,menyusuri batas-batas padi menuju ke anak sungai di belakang rumahnya.Dengan hanya berselimut kain batik lusuh,Zack menahan dirinya daripada dijilat bayu pagi.Titis-titis embun jantan membasahi kaki Zack yang tidak berselipar.Zack sudah biasa begitu.Itulah hidupnya,dan dia akur dengan aturan Tuhan.Sawah padi itu,masih samar dari kerdipan mata Zack.Sawah itulah sumber rezeki Zack sekeluarga.Zack tunduk ke bawah,melihat padi yang kian masak dan hampir dituai.Zack senyum sendiri.


‘Tak lama lagi,bermulalah tugas menuai padi,’ bicara batinnya lagi.


Beberapa langkah akhir kakinya,membawa dia ke pinggiran sungai,sungai yang menjadi ‘kamar mandi’ buatnya 15 tahun dahulu lagi.Sungai itu masih ‘suci’,belum tercemar dek kerakusan manusia.Belum ternoda dek pesatnya teknologi.Di pinggir sungai itu,terhias indah dengan flora-flora ciptaan Tuhan,yang pasti memukau setiap mata yang memandang. Di kawasan itu jugalah fauna-fauna menumpang sedikit ruang,berteduh daripada hujan dan panas. Hening pagi itu membawa bersamanya melodi sang burung,menambahkan lagi indahnya alam. Zack menarik nafas dalam.Kesegaran alam meresap jauh,jauh kedalam jiwa Zack,melekakan Zack buat sesaat.Dia teringat sebaris kata,


Dalam jauh sebuah perjalanan,
Tuhan amanahkan sebuah perjuangan..
terimalah dengan kekuatan...
terkadang sakit yang mendatang..
terkadang teman tak sehaluan..
terkadang cemerlang tak kesampaian..
namun..
kita perlu gah di sisi Tuhan
untuk meneruskan perjuangan
bersama secangkir pengorbanan..


Kata-kata itu jugalah yang menjadi penguat semangat Zack selama ini.Menjadi tonggak kepada azam yang kian utuh.


Zack membuka balutan kain batik di badannya dan menyangkutnya di dahan pohon jambu yang tumbuh subur di situ.Angin pagi mula mengambil peluang menyapa tubuh genit Zack.Zack sedikit menggigil.Namun,bak kata pepatah,alah bisa tegal biasa.Lima belas tahun melewati liku hidup yang serupa,Zack sudah tidak alah untuk merasai suasana sedemikian.Zack membasahkan dirinya dengan air sungai yang ternyata umpama membekukan seluruh tubuhnya di hening pagi itu.


‘Bedeburr!!’ Air sungai terpercik ke darat saat tubuh genit Zack mula menikmati kesegarannya.Dua tiga kali Zack menyelam ke dasar sungai dan naik ke permukaannya.Tiada sabun sebagai pewangi di pagi hari.Zack hanya mampu membersihkan diri seadanya.Ibu bapanya tidak mampu menyediakan sabun untuk keperluan keluarganya.Namun,Zack tidak pernah membantah.Semua itu sudah cukup bagi dirinya.Zack mula memberus gigi,menggunakan sabut kelapa yang diambil petang kelmarin.Ubat gigi dan berus gigi terlalu mahal bagi keluarganya.Zack tetap bersyukur.


Usai membersihkan diri,Zack mula naik ke pinggir sungai.Tubuhnya mula menggigil.Ditarik kain batik lusuhnya dan membalut tubuhnya.Dengan kaki yang tidak betah mengatur langkah sempurna,Zack menapak pulang.Angin pagi yang masih tidak jemu-jemu mencuba untuk menyapu batang tubuh Zack,masih terus dihalang.


Zack mula menyiapkan diri untuk ke sekolah.Mengenakan kemeja lusuh dan sepasang seluar hijau sebagai pakaian seragam,diambil dari bawah bantal.Zack sengaja meletakkan pakaian seragamnya di bawah bantal,sebagai pengganti seterika agar pakaiannya tetap kelihatan kemas.Biarpun pakaian putihnya sudah berubah warna menjadi kuning,Zack tidak pernah merungut,minta dibelikan pakaian baru.Kerana Zack sedar,ibu bapanya tidak mampu.


“Zack,mari sarapan,” kedengaran suara Mek Milah lembut menyapa cuping telinga Zack.Mek Milah sentiasa berusaha menyediakan sarapan buat keluarganya biarpun serba kekurangan. Dari sudut almari lusuh tempat Zack berdiri saat ini,jelas terpapar sebening wajah tua,dihiasi garis-garis lesu.Jelas sekali wajah itu menabir sejuta rahsia derita.Zack kerling bapanya,Pak Aziz yang sedang bersiap-siap untuk ke sawah,mengerah keringat tua untuk menyantap sesuap nasi.


“Ya,mak. Zack datang ni,” balas Zack sepatah seraya mengatur langkah ke arah dapur usang itu.Zack bersila bersama-sama ibu dan ayahnya,mengaminkan doa dan mula menyua juadah di pagi hari.Seperti biasa,santapan Zack setiap hari hanya sambal goreng dan ikan masin.Itu pun Zack sudah bersyukur benar.Dia tidak pernah meminta yang bukan-bukan.Juadah sebegitu sudah begitu enak dan mewah bagi Zack.


Usai menikmati juadah sarapan pagi,Zack menyalami ibu dan ayahnya sebelum ke sekolah. Saat suasana masih lagi terang-terang tanah,Zack menyorong basikal tua yang menjadi kenderaannya untuk ke sekolah.Basikal itu terlalu tinggi bagi diri Zack.Namun,hanya itu yang dia punya.Jarak daripada rumah Zack ke sekolah sejauh 7 kilometer.Kadangkala Zack terpaksa menyorong basikalnya apabila tiba di kawasan yang berpasir lembut.Kadangkala juga Zack terpaksa berhenti untuk membaiki basikalnya yang kadangkala meragam.Sememangnya,tidak mudah bagi Zack untuk tiba ke sekolah seawal pagi.

Di kelas,Zack tidak banyak bicara.Zack menempatkan diri di barisan hadapan,mudah baginya untuk memahami apa yang diajar.

‘Krrrrriiiiinggg!!!’

Suasana gamat menggambarkan situasi waktu rehat.Namun Zack masih lagi kaku di tempat duduknya.Seorang rakannya menghampiri Zack.

“Zack,kenapa tak keluar lagi.Sekarang dah waktu rehatlah,” ujar rakannya.

“Tak apa.Aku masih kenyang,”Zack hanya mengulum senyum.Setelah agak lama menatap wajah Zack dan pasti Zack tidak akan keluar,rakannya mula menapak ke kantin untuk mengalas perut.

‘Kriuuukk,’perut Zack berbunyi,minta diisi.

“Hai perut,sabarlah.Balik ke rumah nanti kita makanlah,”seakan berbicara degan sesuatu yang memahami madahnya,Zack bermonolog.

Setelah tamat waktu rehat,pembelajaran bermula seperti biasa.Tiba-tiba…

“Saya mengganggu pembelajaran kamu seketika.Kenapa tidak seorang pun pelajar dari kelas kamu yang menghantar jawapan soalan kuiz matematik minggu lepas?” soal Cikgu X,guru yang bertugas menguruskan kuiz matematik.

“Tapi cikgu,bab itu kami belum belajar lagi cikgu,guru kami tidak masuk ke kelas sudah hampir seminggu,” terang Fuad,ketua tingkatan bagi tingkatan 3 Emas.Zack hanya membekukan diri di bangkunya.Cikgu X beredar kembali ke bilik guru.Murid-murid tingkatan 3 Emas masih lagi tertanya-tanya.Takut bercampur tidak tahu apa yang akan berlaku.Selang beberapa minit kemudian,Cikgu Y memasuki kelas 3 Emas.Tanpa sepatah kata,Cikgu Y terus menghumban Zack,yang berada di barisan hadapan,hingga tersungkur mencium lantai.Zack bingung,tidak mampu bersuara.Kepalanya berpinar-pinar seketika.

“Kenapa kamu semua belum menghantar jawapan bagi soalan kuiz minggu lepas?” dengan mata yang mencerlun,Cikgu Y bertanya kepada semua murid.Sememangnya Cikgu Y terkenal dengan sikap panas barannya.Ketua kelas menjawab dengan suara perlahan,antara dengar dan tidak.

“Ta..tapi cikgu,ka..kami be..belum belajar topik itu lagi,”mata Fuad terarah ke lantai,tidak mampu beradu pandangan dengan Cikgu Y.Sedangkan Zack,masih terjelepok di sisi meja,biarpun matanya terus berkedip.Mulai detik itulah,Zack mula menyemai benih,mencambah azam,untuk terus tekun mendalami ilmu matematik.Zack berjanji pada dirinya,,suatu hari nanti,dia akan menggenggam segulung ijazah.

***********************************************************************************


Zack mengelek buku latihan dan menyelitkan sebatang pensil di telinganya.Dengan hanya berseluar trek dan berbaju kemeja lusuh,Zack menyusuri bendang.Tertangkap di pandangannya,Mek Tom yang sedang sibuk memacakkan orang-orang di tengah sawah,menghalang beburung daripada mencuri padinya.

“Nak ke mana,Zack?Siap dengan buku sekali tu.Rajin betul kamu,” soal Mek Tom ramah. Kain batik yang menjadi tudung tersimpul kemas di atas kepalanya.Sesekali Mek Tom menyapu renik-renik peluh yang terbit di wajah tuanya.

“Jaga lembu,Mek Tom.Sambil-sambil bagi lembu makan,sambil-sambil belajar,” jawab Zack sopan.Memang itulah rutin harian Zack setelah pulang dari sekolah.Dia terpaksa menjaga lembu ayahnya di sawah.Jadi,mustahil bagi Zack untuk menelaah pelajaran di rumah.Sudahnya dia terpaksa membawa sedikit sebanyak lembaran ilmu sebagai penemannya di bendang.

“Buat apa susah-susah belajar ilmu dunia tu,Zack.Paling tidak pun nanti semua anak-anak kampung ni jadi petani,nelayan dan paling tinggi pun ustaz.Jadi buang masa saja kamu belajar penat-penat,” ujar Mek Tom lancar.

Sememangnya begitulah pemikiran Mek Tom,malah boleh dikatakan pemikiran seluruh penduduk desa itu,termasuk ibu dan ayahnya.Mereka hanya memikirkan soal akhirat,tidak pernah peduli tentang ilmu dunia yang kian penting saban hari.Minda mereka masih di takuk lama,masih beku daripada sinaran teknologi,masih belum berkembang mekar.Namun,itulah juga yang menjadi pembakar semangat Zack untuk terus melangkah ke hadapan,mencari kerdip cahaya bagi membuka episod baru bagi penduduk desa terpencil itu.

“Tak apalah Mek Tom.Lagipun SRP tak lama lagi dah,” jawab Zack seraya meneruskan hayunan kakinya menuju ke pinggir sebatang pohon sena,tempat dia menghabiskan waktu senja menjaga lembu-lembu ayahnya.Zack mula membelek lembaran ilmu di hadapannya.Terus hanyut dibawa bait-bait kata intelek itu.


***********************************************************************************


“Kalau kau berani kejarlah,”Udin tergelak melihat Zack terkial-kial mengelakkan biji buah mata ayam tembakannya.Zack tergelak sama.

“Kau nak main-main dengan aku ya,”Zack mengejar Udin.Sudahnya,kedua-dua mereka tenggelam dalam keheningan senja.

Saat mentari mula mengundur diri,melabuhkan tirai untuk berganti waktu dengan si rembulan,mereka berdua terduduk di perdu sena.Masing-masing menghela nafas,menikmati keindahan dada langit yang mempamerkan warna bak biji delima.Kaki mereka kelihatan comot bersalut lumpur.Namun,senyum mekar tetap terhias di wajah.Tiba-tiba…

“Eh,Udin!Aku kena balik dulu.Nanti ayah aku bising pula,”tanpa menanti bicara lanjut daripada Udin,Zack berlari mendapatkan lembu-lembunya sambil mengelek buku lantas mengarahkan kaki ke rumah.


*****************************************************************************


“Pergi naik mandi!Dah dekat nak azan baru tahu nak balik!Lepas mandi pergi ke surau,” seperti yang telah Zack jangkakan,ayahnya melenting.Tidak pasal-pasal betis keringnya menjadi mangsa batang lidi.Sememangnya ayah Zack amat menitikberatkan soal agama.Pantang baginya kalau Zack mengabaikan kewajipan pada Yang Esa. Biarpun terasa perit di betisnya,tidak pula terlintas di benak Zack untuk melawan bicara ayahnya.Dia mula berjalan perlahan-lahan untuk membersihkan diri.

Usai bersiap,Zack berjalan beriringan dengan ayahnya,menuju ke surau yang hanya terletak lebih kurang 20meter dari rumahnya.Kelihatan ramai penduduk mula memenuhi ruang surau itu.Zack dan ayahnya mengambil tempat di saf hadapan.


******************************************************************************


Peperiksaan SRP sudah sampai pada hari terakhir.Zack menarik nafas lega.

“Dua jam lagi merdekalah kita,ya,” ujar salah seorang rakan Zack,K.

“Ah! Aku dah tak sabar nak tunggu pengawas tu cakap ‘Baik,masa menjawab sudah tamat’. Masa tu akulah manusia paling bahagia,” ujar yang seorang lagi.

“Banyak la kau punya bahagia. Baik kau study sikit. Lagi 15 minit kita dah nak kena masuk tau. Ni kan kertas terakhir. Sains,” Zack bersuara.

“Yelah,pakcik. Kau kan dah tahu,aku paling tak suka mata pelajaran sains. Apa kata orang putih tu,I don’t like it. Cewah,pandai tak aku,” rakannya menghentikan jenaka pendek seketika tadi. Zack hanya tersenyum. Temannya yang seorang ini memang lucu orangnya.

Lima belas minit kemudian,semua calon SRP diarahkan masuk ke dewan. Zack dan rakan-rakannya yang lain mula mengatur tapak. Zack menjawab soalan-soalan itu dengan tekun,menanam sejuta harapan di dalamnya.Bagi Zack,ini kertas terakhir. Perlu disempurnakan.


****************************************************************************


“Calon-calon boleh berhenti menjawab. Masa telah tamat,” lontaran suara daripada ketua pengawas merenyukkan bingkai angan yang dihias Zack sejak tadi. Pengawas-pengawas mula memungut kertas jawapan. Zack tidak putus-putus memanjatkan doa agar apa yang dijawab dapat menghias indah lembaran keputusannya kelak.

Semua calon dibenarkan keluar dewan. Masing-masing mempamerkan wajah lega dan gembira. Hanya beberapa orang daripada mereka sahaja yang menayangkan wajah sugul. Seakan tidak berpuas hati dengan apa yang telah dijawab. Tanpa banyak madah,Zack mendapatkan bukunya di bawah pohon celagi lalu mengarahkan kaki ke laluan biasa untuk ke rumah.


****************************************************************************


Lembaran kertas kajang itu hampir dua helai sudah selesai dicoret dengan tinta pena Zack. Sudah hampir dua jam juga Zack menghabiskan masa di sini,di pinggiran pantai,beralaskan pasir putih gebu dan ditemani melodi debur ombak yang menderu. Bayu laut yang berpuput sepoi-sepoi bahasa membawa bersama nostalgia silam. Satu demi satu lembaran kamus hidupnya diselak kembali. Teringat dua tahun yang lalu,dia dan ibunya bersama-sama mencari kepah di pantai ini. Satu ketika,dia dan rakan-rakannya mandi –manda di pantai ini. Dihiasi gelak tawa. Betapa nikmatnya! Zack mendongak,merenung dada langit yang luas terbentang. Mentari di rembang senja sememangnya indah. Lantas,Zack kutip bait-bait kata yang pernah dikarangnya.

Hidup ini umpama mentari,
Saat ia terang,seakan tiada noktah hitam;
Namun pabila tiba saat ia kelam,
Kerdip seakan menghilang diri.

“Zack,buat apa kat sini sorang-sorang?” sapa M,teman baik Zack sejak kecil. Dari tadi lagi dia memerhatikan Zack dari balik pepohon yang tumbuh sekitar pantai itu. Zack kerling M seketika. Petang itu M ayu mengenakan baju kurung hijau berbunga kuning. Rambutnya yang diikat ekor kuda terbuai-buai disapa angin di lembayung senja itu.

“Tak ada apalah. Saja isi masa lapang,tulis-tulis puisi,” jawab Zack tenang sambil menyuakan helaian kertas kajang yang sedari tadi berada di ribaannya. M sambut helaian itu dan mula tenggelam dalam kepuitisan bait-bait puisi Zack. Sememangnya dia amat gemar dengan puisi-puisi yang Zack hasilkan sejak sekian lama.Zack kembali merenung nun jauh ke tengah lautan. Laut yang menjadi lubuk rezeki bagi sesetengah penduduk di desa itu. Kelihatan di sudut barat laut itu,mentari semakin silu. Nampaknya malam semakin mendekat. Zack bangun,dibuntuti oleh M. Kemilau air laut yang disimbah sinar di lembayung senja itu ditinggalkan bersama sejuta harapan.

“Jom kita lumba,siapa sampai ke rumah dulu,dia menang. Siapa kalah kena belanja aiskrim,boleh?” usul Zack.

“Boleh je. Dah tentu-tentu M yang menang nanti,” setuju M.

“Okey,saya kira sampai tiga kita lumba,ya. Satu.. Dua.. Ti..,” belum sempat Zack menghabiskan kiraannya,M sudah memulakan larian. Zack mengejar dalam tawa. Kedua-dua mereka akhirnya berkejaran pulang ke rumah dengan tawa yang mengiringi setiap jejak.


******************************************************************************


Pagi itu,Zack tersentak dari tidur. Masih terlalu awal untuk bangun. Keadaan di luar masih lagi gelap. Namun,hambatan mimpi sebentar tadi benar-benar mengganggu lenanya. Akhirnya Zack bangun,menuju ke tingkap. Suasana rumah yang kelam,yang hanya diterangi dengan sinaran pelita ayam,memberi peluang kepada sang rembulan untuk mempamerkan keindahannya.

‘Wah,cantiknya!’ bicara hati Zack tanpa kata. Taburan bintang yang melingkari rembulan begitu indah di mata Zack. Benarlah kata orang tua-tua; bagai bulan dipagai bintang;perumpamaan yang diberikan untuk gadis yang cantik. Memang benar,secantik rembulan di malam hari.

Zack lempar pandangannya ke bawah. Si Merah masih lagi terkatup matanya. Belum mahu memulakan tugas mengejutkan seisi rumah itu. Kesunyian yang melingkari Zack membawa kembali igauan semalam.

Dalam tidurnya,Zack didatangi seorang lelaki tua,berserban dan berjubah putih. Janggutnya tidak berapa panjang,hanya separas lehernya sahaja. Lelaki itu memberi pesan kepadanya. Katanya,bawalah haluan mengikut arus bicara hati. Usah diikut madah dari bibir yang lain. Nescaya Zack mampu mengubah hidup. Zack kurang mengerti maksudnya. Namun diiakan juga bicara lelaki itu. Serentak itu juga Zack tersedar. Puas Zack mencongak jawapan,mencari solusi kepada bait-bait kata yang penuh makna itu.Akhirnya,Zack mengambil langkah hanya mengunci diri.

‘Mungkin mainan tidur,’ benak Zack melontar pendapat. Dalam keasyikan melayan mindanya, Zack tersentak dengan tepukan di bahu kirinya. Seraya itu Zack memalingkan muka. Mencari gerangan empunya laku. Terjengul wajah ayahnya di sisi. Zack urut dda sendiri. Bibirnya beristighfar.

“Awal bangun Zack,” sapa ayahnya.

“Tak boleh tidur,ayah,” jawab Zack.

“Kenapa?” ayah Zack tidak mahu beralah lagi. Persoalan tetap dilontar.

“Mimpi,” ujar Zack sepatah.

“Mimpi tu mainan tidur,Zack. Usah difikirkan sangat. Nanti tak terbuat semua kerja kamu hari ni,” kata ayahnya lagi. Sekaligus melegakan hati Zack yang sejak tadi gundah.

‘Ya! Hanya mainan tidur!’

Akhirnya Zack menapak perlahan,menuju ke sungai untuk membersihkan diri. Sebentar lagi rutinnya akan bermula. Membantu ayahnya di sawah.


******************************************************************************


“Zack,cepatlah! Kita dah lewat ni,” laung M. Zack tergesa-gesa memakai selipar. Seterusnya mendapatkan basikal tuanya.

“Jom-jom. Dah pukul berapa dah ni,” ujar Zack sambil terus mengayuh basikal yang ternyata terlampau besar baginya.

M membuntuti dengan kayuhan yang sama lajunya. Hari ini keputusan SRP keluar. Semua pelajar tingkatan tiga terkejar-kejar ke sekolah.

Tiba di sekolah,sudah ramai pelajar yang tiba. Ada yang berwajah gembira,ada yang sugul,ada juga yang seakan terawang-awang. Zack dan M menuntun basikal mereka ke arah garaj berdekatan. Setelah memastikan basikal bersada dalam keadaan baik,mereka berlari-lari mendapatkan rakan masing-masing. M terus mendapatkan S,teman dekatnya di kelas. Sementara Zack,melilaukan mata mencari rakan sekelasnya. Dia tidak sekelas dengan M. Retina Zack akhirnya dapat menngkap kelibat Fuad,ketua kelasnya. Tanpa membuang masa,Zack mendapatkan Fuad.

“Keputusan dah keluar ke?” tanya Zack memulakan bicara.

“Belum. Lagi 10 minit katanya,” jawab Fuad. Zack angguk tanda mengerti.

Sepuluh minit kemudian,semua pelajar menggerumuni papan kenyataan,ingin mengetahui keputusan peperiksaan SRP masing-masing. Zack yang bertubuh kecil seringkali tertolak ke belakang,didorong oleh mereka yang lebih besar. Namun Zack keraskan jua langkah kakinya. Akhirnya Zack berada di barisan paling hadapan. Dia melilaukan mata,mencari-cari namanya.

1.. 2.. 3.. Mata Zack terus melilau membuntuti patah-patah kata yang dikait. Akhirnya Zack menemui barisan namanya. Hampir melompat Zack melihat keputusannya.

10 agregat! Sukar dipercayai! Zack seakan-akan tidak mahu percaya. Ditenung senarai itu berulang-ulang kali. Sah! Memang sah! Dengan tangan yang sedikit menggeletar,Zack keluar dari kelompok pelajar itu. Baru beberapa langkah,

“Tahniah,Zack! Keputusan kamu sekaligus meletakkan nama kamu di dalam senarai sepuluh pelajar terbaik sekolah,” ujar Cikgu L,guru kelas Zack. Zack tidak mampu melontar bicara. Tenyata,usahanya selama ini membuahkan hasil.

Sedetik berlalu,baru Zack teringatkan M. Lantas matanya melilau mencar-cari kelibat M. Tertancap pada pandangannya figura M di bawah rimbunan pohon jejawi. Mukanya sedikit keruh. Zack mengatur tapak mendekati.

“Macamana keputusan awak?” tanya Zack. Namun,M tetap tunduk,kakinya menguis-nguis tanah.

“Erm,saya tak bijak macam awak. Saya dapat teruk. Tapi,takpelah. Saya tak kisah. Oh,ya! Tahniah buat awak. Sepuluh pelajar terbaik tu. Bangga saya dapat jadi kawan awak,” M mula mendongak,matanya bertembung dengan mata Zack. Ada manik-manik jernih yang menjadi takung di pelupuk matanya,menanti saat gugur. Namun,senyum tak lekang dari bibirnya,memaksa diri bergembira.

“Terima kasih. Tapi,janganlah cakap macam tu. Awak masih boleh naik tingkatan empat kan. Masih ada masa lagi untuk awak berjaya. Sudah,jangan menangis,” pujuk Zack. M segera menyapu manik-manik yang mulai meleraikan diri ke atas pipi gebu miliknya. Dia cuba ketawa. Tidak mahu mengecawakan sahabat baiknya yang sentiasa bersama.

“Jom,kita balik,” ajak M. Zack hanya mengangguk. Mereka berdua mula melangkah ke garaj,menyorong basikal dan menuju ke rumah masing-masing.

Mek Milah dan Pak Aziz masih lagi di tengah sawah saat Zack tiba di rumah. Zack memarkirkan basikalnya di garaj dan berlari-lari ke tengah bendang sambil mengengam keputusan peperiksaannya.

“Mak! Mak! Ayah! Zack dapat 10 agregat!” laung Zack sambil terus menyusuri batas padi. Padahal,dia sedia maklum,apalah yang difahami oleh kedua-dua orang tuanya mengenai pembelajaran di sekolah. Zack berhenti di hadapan ibunya,yang menangguhkan kerja buat sesaat untuk melayan kerenah anak bongsunya. Lantas Zack menyuakan keputusan peperiksaan ke tangan ibunya.

“Tengok,mak. Zack dapat markah cemerlang. Tersenarai dalam sepuluh pelajar cemerlang di sekolah,mak,” cerita Zack,ingin menjentik perasaan bangga dalam diri si ibu terhadap anaknya. Pak Aziz turut tidak mahu ketinggalan. Perlahan-lahan kaki tua itu melangkah mendekati dua beranak yang dari tadi riang bercerita.

“Bagus,nak. Mak bangga dengan kamu,” bicara Mek Milah diiringi titis-titis mutiara kebanggaan.

“Mak,janganlah menangis,” ujar Zack pula.

“Entahnya awak ni. Si Zack ni bukan main lagi bawa balik keputusan cemerlang. Awak menangis pula,” kata Pak Aziz dalam tawa. Ketiga-tiga mereka tertawa bahagia. Fikiran Pak Aziz menerawang jauh,mengenangkan abang-abang dan kakak-kakak Zack yang terkandas di tengah jalan. Hanya Zack yang berjaya.

Hari itu,mereka pulang awal. Mek Milah ingin memasakkan masakan kegemaran Zack,gulai ikan kering. Semua itu sempena kejayaan Zack.


******************************************************************************


Malam sudah larut benar. Namun mata Zack seakan-akan terpaku. Tiada kantuk yang bertandang. Ibu dan ayahnya di sudut bertentangan juga masih belum tidur. Mereka tidak sedar yang Zack juga belum melelapkan mata. Dalam nada bisikan,mereka berbicara tentang Zack.

“Dari mana agaknya kita nak cari duit ya,kalau Zack minta untuk sambung belajar di sekolah lain,” kedengaran sayup-sayup suara Pak Aziz ditelan keheningan malam.

“Entahlah. Saya pun ada terfikir juga tadi. Nak halang dia daripada pergi,tak tergamak pula saya. Kesian kat dia,penat-penat belajar. Mesti nak juga si Zack tu rasa hidup kat tempat baru,” Mek Milah mengiayakan.

“Tak mengapalah,nanti bila Zack minta nak pergi mana-mana nanti,kita pejam mata je sekejap. Kita kerja kuat sikit. Duit yang saya simpan sikit ada rasanya dalam tin kat dapur tu. Bolehlah buat penguat. Saya pun tak sampai hati nak lukakan hati dia,” ujar Pak Aziz lagi.

“Sudahlah,bang. Mari kita tidur. Esok kita kena kerja. Nanti terlewat bangun pula,” akhirnya kedua-dua orang tua Zack tenggelam dalam buaian mimpi masing-masing. Tinggal Zack seorang sahaja yang masih terkebil-kebil,mencongak kembali bicara kedua-dua orang tuanya seminit tadi. Seakan berkecai angannya seketika.


*****************************************************************************


Pagi itu Zack ke sekolah lagi. Bersama-sama dengan K,salah seorang pelajar yang turut tersenarai dalam senarai sepuluh pelajar terbaik. Hari ini Cikgu L memanggil semua pelajar terbaik ke sekolah. Ada berita gembira katanya.

Tiba di sekolah,Fuad,Alif dan Zaidi sudah sedia menunggu di bawah garaj. Dua minit kemudian,semua pelajar yang dijemput tiba. Masing-masing menunggu Cikgu L. Sambil-sambil menunggu,benak masing-masing tidak leka daripada membuat perhitungan sendiri. Masing-masing tertanya-tanya.

“Jom ikut saya ke pejabat,” arah Cikgu L.

Di pejabat,Cikgu L mengambil beberapa pucuk surat,tertera nama pelajar-pelajar terbaik itu. Tiba giliran Zack,dia mengambil surat itu dan merenungnya lama. Surat tawaran! Sampul dikoyak. Perlahan-lahan lipatan kertas biru itu dibuka.


TAHNIAH!ANDA DITERIMA MASUK KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BHARU.BUTIR-BUTIR PENDAFTARAN DAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG MESTI DIBAWA ADALAH SEPERTI BERIKUT…


Bait-bait kata yang tersusun di hamparan kertas biru yang masih keras itu seakan menjadi ceraian-ceraian kata dalam minda Zack. Zack menapak perlahan ke arah pohon sena,tempat dia dan rakan-rakannya menghabiskan waktu bersama. Zack terduduk di perdu pohon itu. Tiga orang rakan sekelasnya semakin menghampiri. Zack tidak ambil peduli. Dilipat kertas itu kepada dua,dikoyak. Dilipat lagi menjadi empat,enam,lapan. Akhirnya menjadi cebisan-cebisan kecil. Zack lempar ke udara,membiarkan cebisan-cebisan itu jatuh sendiri ditiup angin. Rakan-rakannya yang lain menghampiri.

“ Zack,kau dapat tawaran ke man….” belum sempat Fuad menghabiskan bicaranya,matanya terpaku pada cebisan-cebisan kertas biru yang berterabur di atas rumput.

“Zack? Kenapa?” tanya Zaidi. Namun,bibir Zack masih kaku mengatur kata.

“Zack. Jangan buat macam ni. Jangan buat kami risau,” Alif turut serta.

“Kenapa kau koyak? Surat ni? Kau tak nak pergi ke?” bicara Fuad tidak teratur. Namun,Zack tetap membisu sejuta kata. Angin mula menampar lembut wajahnya. Membawa bersama sejuta harapan Zack yang tidak kesampaian. Guguran bunga sena menghanyutkan lagi Zack dengan dunia ciptaannya. Membiarkan persoalan tiga rakannya tergantung tanpa jawapan. Hanya dia mengerti. Hanya Dia...


Harapan itu
Merupakan mimpi yang tak pernah tidur..
Selagi bergelar harapan,
Ia akan tetap mekar..
Hingga tiba saatnya
Harapan bercambah menjadi cita
Yang pasti bisa digapai
Biarpun payah meronta..
Satu ketika nanti…



^-^ tamat ^-^




xoxo,
yanie

kahwin

Assalamualaikum w.b.t...



Jarang me nak post topik serius mcmni..hahah..tapi sebab ada yang tanya so terpost jugak..ngee

“Kenapa yanie macam tak mencari? Tak rasa nak kawin ke? Ke sebab memilih sangat?”

“Ermmm, entahla. Tak memilih. Tapi tak jugak mencari. Sampai masa Allah hadirkan la yang terbaik”

“Ke sebab memang taknak kawin?”

“Astaghfirullahalazim, ke situ pulak. Siapa je taknak kawin wak. Cuma kawin ni bukan perkara mudah. Bukan boleh dibuat main-main. Bukan sekadar akad je. Kawin ni besar tanggungjawabnya. Besar maknanya. Sebab tu tak boleh nak redah je,”

Tak bercakap soal nikah, soal kahwin tak bermakna tak punya keinginan untuk semua tu. Kahwin tu kan sunnah. Bila buat dapat pahala. Siapa je taknak pahala kan. Kahwin cepat ke, lambat ke, itu bukan urusan kita. Allah akan bagi someone kat kita as pasangan bila kita dah betul bersedia. Lagipun umur tu just indicator daripada masyarakat kita. Ada yang cakap kahwin umur 18 terlalu muda. Tapi ada jugak yang berpendapat kahwin umur 20 dah lewat. Bagi sesetengah orang pulak umur 30 pun masih dianggap awal untuk kawin. Ikut perspektif masing-masing. Tapi sampai bila kita nak biarkan pendapat orang lain menghalang and buat kita rasa tak selesa kan.

Apa yang penting, sebelum kahwin, persiapkan diri semampunya. Cuba perbaiki mana yang perlu, pertingkatkan mana yang kurang. Kumpul pahala untuk ayah sendiri sebelum kita menjadi hak suami. Sentiasa bersangka baik dengan Dia. Allah tahu mana yang baik sedang dalam kita masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup. Jodoh, ajal, rezeki semua rahsia Dia. Kita deep thought macamana pun, bina plot hebat pun, takkan mampu kita selaraskan dengan perancangan Dia. Lagipun jodoh setiap orang dah ditentukan. Sama ada bertemu di dunia ataupun di alam sana, kita takkan pernah tahu.

Dia lagi tahu apa yang kita rasa. Dia lagi faham rintihan dalam jiwa kita. Dekatkan diri pada Dia sebelum kita bersandar pada kasih ciptaanNya kerna kasihNya umpama sehampar lautan luas. Make sure yang kita penuhi syarat sebagai hamba yang Allah kasih dan cinta. Bila Dia kasih, Dia akan berikan jodoh yang terbaik untuk kita. Yang sentiasa meletakkan Dia di carta paling tinggi.

Sedangkan kita juga belum tahu, antara kafan atau gaun pengantin, mana yang kita akan sarung dahulu..antara jodoh dan maut yang mana akan melamar dahulu..


Xoxo,
Yanie

mask telur putih - bagus atau tak?

Assalamualikum w.b.t...



Lama kan tak update blog..haha..bersawang blog haa :D
so harini nak citer pasal mask telur putih..sebenarnya dah lama nak story pasal ni tapi tahap kerajinan kurang tambah lagi kekangan masa so selalu tak jadi..

Masker telur putih - dulu masa memula nak tahu pasal this petua is sebab masa tu tengah buntu lepas pimple naik macam cendawan kenit tumbuh selepas hujan lepastu tinggal jejak kasih..masa tu tak tau nak buat apa sebab xpernah naik pimple..
google punya google jumpa la petua ni..pakai mask telur putih untuk hilangkan whitehead,blackhead and parut jerawat..
masa tu gigih pecahkan telur putih potong tisu tetiap malam untuk pakai mask ni..

Cara :
1) asingkan telur putih dari telur kuning
2) celupkan tisu yg dh dipotong kecik2/kapas muka
3) tampalkan di segenap muka kecuali mata n lubang hidung
4) tunggu kering,cabut perlahan2..nnt akn nampak blackhead watsoever tu lekat..seronok!

Tapi lepas buat tu akan rasa panas sebab liang roma kita terbukak..dont worry..kejap je tu..

Cuma apa yg nk dibagitau is, tak semua orang boleh apply petua ni..for me - tak sesuai..langsung!hee
kenapa?sebab tiap kali lepas buat tu muka jadi merah yakmat plus esoknya kulit beminyak n mulala tumbuh beberapa baby pimple yg comel lagi manja n xmau meninggalkan muka utk beberapa hari..nk halau dari muka tu punyala susah -.-"

So sesape yg ada kulit sensitif or tak tau status kulit dia dinasihatkan xpayahla buat..nanti kalau naik pimple jenuh nak hilangkan ^-^'



Xoxo,
yanie

sutrah

Assalamualaikum w.b.t...

-gambar ihsan gugel-



Semalam ad yg tnya pasal sutrah..so me bgtau stakat yg tahu jela ey..yg ni dpt mse dgr talk dari ustaz hussein yee last time ☺ sori if ad yg trkurang..nk details kne tnye ustazah..me bkn ustazah 😀

Sutrah tu sjenis penghadang yg mghalang antara org yg solat n org yg lalu lalang..ap shja boleh dijadikn sbgai sutrah selagi menepati syarat..syarat sutrah tu ikut tggi dia..bukan lebar dia..means kalau ambik buku nipis buat jd sutrah tu xboleh la..kalau handbag yg tegak or paperbag yg blh brdiri tu boleh 👍 kalau ada dinding or tiang pn boleh..jarak antara tmpat sujud n sutrah pulak kne boleh muat seekor ank kambing lalu..mknanya jarak orang yang solat dengan sutrah kne dekat..yg ni disebutkan dlm hadis dari Sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi radhiallahu’anhu, dia berkata: “Jarak antara tempat sujud Rasulullah SAW dengan dinding kira-kira cukup untuk dilewati seekor anak kambing.” (Bukhari dan Muslim).

Sutrah is a must tiap kali nk solat..Thats y stiap kali solat kena letak sutrah kat depan..so that org x cross sesuka hati je time kita tgh solat..if org tu lalu kt dpn sutrah kita tu xpe..sbb dia dh xkacau kita pnya solat dh..

Sabda Nabi SAW, “Janganlah engkau solat kecuali menghadap sutrah.” (Sahih. Riwayat Ibnu Khuzaimah)

But kalau ada selamba lalu dpn kita(antara kita n sutrah), yg tu kne halang..cara halang?angkat tgn kita kedepan..utk bgtau yg kwsn tu 'no entry'..teruskn solat mcm biasa..solat tu xbatal pn..kalau dia nk jugak lalu lg,halang lagi..kalau nk jugak lalu lagi,kita blh perangi dia..

Nabi SAW bersabda, “Jika seseorang dari kalian melakukan solat menghadap sutrah, maka hendaklah dia dekat kepadanya, jangan sampai syaitan membatalkan solatnya.” (Sahih. Abu Dawud)

“Apabila seorang di antara kamu solat dengan memasang sutrah yang membatasinya dari manusia, lalu ada seseorang yang ingin lalu di hadapannya, maka hendaklah dia menghalangnya.  Bila dia enggan, bunuhlah dia kerana sesungguhnya dia adalah syaitan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Maksud bunuh dalam hadis ini bukanlah means ambk pisau then tikam sampai mati. Maksudnya, usaha besungguh-sungguh utk lawan n ini menggambarkan betapa besarnya hukum ni..

Abu Sa’id Al-Khudri RA. prnah menahan seorang budak yang nk lalu kt dpn dia mse tgh solat (beberapa kali) smpai budak itu mengadu kepada Marwan bahawa Abu Sa’id telah menyakitinya. Abu Sa’id jwb, sedangkan kambing yang tdk berakal pn Nabi x benarkan lalu di depan Baginda, apatah lagi budak ini.. Sahabat Nabi lalu bertanya kepada Abu Sa’id knapa dia buat mcmtu,so dia bce hadis yg kt ats tu 👆

Menurut Imam Al-Syaukani rhm., if kita berusaha menahan berulang kali dengan keras smpai tiba-tiba dia mati, orang yang menahan tu x dikenakan hukum had (hudud) atau qisas ke atasnya, sbb dia buat something yang syar’i iaitu menghalang orang lalu di depannya ketika dia sedang solat..

Masa program perfecting my solah ada yg tnya ustaz hussein yee - knapa boleh bunuh(menyakiti)?ustaz jwb - sbb dia mengganggu interaksi kita dgn Allah dlm solat..☺

Mknenye sutrah tu bnde yg sgt pnting..sutrah bukan diperintahkn untuk suka-suka or utk buat mainan. Bila ad sutrah org akn tau tu kwsn utk solat n xleh lalu..✌

Wallahualam ☺



Xoxo,
Yanie

Cara atasi kain berbulu paling mudah

Assalamualaikum w.b.t...



Haa..lama x update kan..masa ada..cuma sometimes x tepikir kat buah ati yg satu ni..eheh
Btw,next week exam!:D

Oke back to topic..mesti ramai yang tak suka kan if baju or apa2 pakaian ada bulu kan..
Bulu?alaa..benang2 yang tekeluar bila kita selalu basuh baju or acap spin kain dengan washing machine tu..

Tak cantik..plus sometimes nampak kotor kan..

So harini nak bagi petua..
Beli je shaver or bahasa latinnya pencukur kat kedai..beli yang murah2 pun takpe..
Then shave kain or baju tu sampaila smuanya hilang..
Dia akan ada klua benang2 tu nanti..tapi jangan risau..tak sepah sebab benang tu akn begulung :)

N taraaaaa! Dah cantik balik dah :D senang kan?slamat mencuba :*

**dah lama tak buat macamtu..kebetulan hari ni teringat nak buat kat handsocks..pakai aktif sangat sampai bebulu2 handsocks tu..eheh

Xoxo,
Yanie

sakurahana

Assalamualaikum w.b.t...

mesti ramai yang kenal pokok n bunga sakura kan..tapi tak ramai yang tahu pasal spesies-spesies sakura..yanie pun dulu tak tau jugak yang sakura ni ada banyak jenis..

so dalam entry kali ni yanie nak kongsi pasal jenis-jenis sakura yang yanie tahu..


1- shirofugen cherry
(shirofugen)




~ sakura ni berbunga pada akhir april hingga mei
~ warnanya putih,dan semakin berubah pink di hujung

* sakura jenis ni merupakan sakura terakhir yang berbunga..ia mempunyai
lebih daripada 20 kelopak yang berwarna putih dan semakin berubah menjadi pink..
daun tumbuh seiring dengan bunga dan berwarna coklat.. sakura jenis ini jarang dijumpai..*

2- shogetsu cherry
(shogetsu)




~ sakura ni berbunga pada pertengahan april hingga mei..
~ ia berwarna putih

* sakura shogetsu merupakan jenis sakura yang baru ditemui di jepun..
ia mempunyai kelopak yang besar dan lebih daripada 20 kelopak..sakura jenis
ini tidak akan kembang sebelum pertengahan april..dan akan mula gugur selepas
awal mei..daun yang tumbuh seiring dengan bunga ini berwarna hijau muda..
hanya terdapat sedikit pohon sakura jenis ini yang boleh ditemui dan selalunya
pohon yang banyak ditemui tidak cantik..*

3- kanzan cherry
(kanzan)




~ sakura ni berbunga dari pertengahan april hingga awal mei
~ bunganya berwarna pink

* sakura jenis ni merupakan sakura yang paling banyak di Jepun..kelopaknya
terdiri daripada lebih 20 kelopak dan berwarna pink terang yang mula kembang sekitar
april.. sakura ini berbunga untuk tempoh yang singkat,tetapi mampu menutup sebuah
kereta dengan kelopaknya yang gugur.. kanzan mudah ditemui di setiap bandar..*


4- ukon cherry
(ukon)




~ sakura ni berbunga pada pertengahan april hingga mei
~ ia berbunga dengan banyak dan berwarna putih kekuningan

* sakura jenis ni merupakan salah satu jenis sakura yang berbunga lambat
serta termasuk dalam kumpulan zakura-yae(lebih daripada 5 kelopak)..
keistimewaannya, sakura jenis ni berwarna putih kekuningan.. seperti semua
spesies sakura yang berbunga lambat, daun sakura ini tumbuh seiring dengan
bunganya..hal ini membezakan spesies bunga ini dengan spesies yang lain yang
tidak mempunyai daun sehingga akhir musim..*

5- taihaku cherry
(taihaku)




~ sakura ni berbunga pada bulan mac hingga april
~ ia berbunga secara tunggal dan berwarna putih

* sakura taihaku bermaksud 'putih besar'..sakura jenis ni mempunyai
kelopak yang besar dan hanya terdiri daripada 5 kelopak..sakura
jenis ni jarang ditemui..*

6- takasago cherry
(sieboldii)




~ sakura ni berbunga pada penghujung mac hingga april
~ bunga yang banyak dan berwarna pink cerah

* sakura jenis ni merupakan jenis zakura-yae(mempunyai lebih daripada
5 kelopak)..ia berbunga dengan lebat pada bulan april..mudah dijumpai..*

7- shirotae cherry
(shirotae)



~ sakura jenis ni berbunga pada akhir mac hingga april
~ ia berbunga secara berganda dan berwarna putih

* sakura ni turut dikenali sebagai sakura gunung fuji..ia merupakan
zakura-yae yang besar,berwarna putih dan mempunyai daun-daun
hijau yang tumbuh seiring dengan bunganya..kebanyakan pohonnya
bersaiz kecil..*

8- yoshino cherry
(somei yoshino)



~ sakura jenis ni berbunga pada akhir bulan mac hingga awal april
~ ia mempunyai lima kelopak dan berwarna putih


* sakura jenis ni merupakan sakura yang paling banyak..
ia mula mekar pada penghujung bulan mac dan april..ia gugur seminggu
selepas itu..*


9- weeping cherry
(shidare zakura)




~ sakura jenis ni berbunga pada pertengahan bulan mac hingga april
~ ia berbunga secara tunggal dan berganda serta berwarna pink cerah


* sakura jenis ni mempunyai dua spesies..salah satunya yang
mempunyai lima kelopak(bunga tunggal) dan yang satu lagi lebih daripada
lima kelopak(berganda)..sakura shidare mula kembang beberapa hari selepas
shidare-yae-zakura..*

10- accolade cherry
(accolade)




~ sakura jenis ni berbunga pada bulan mac
~ bunganya mempunyai lebih kurang 10 kelopak dan berwarna pink


* sakura ni merupakan kombinasi antara higanzakura dengan oyamazakura..
ia menyerupai sakura whitcomb dan juga termasuk dalam senarai antara bunga
yang berbunga awal,hanya terlewat satu atau dua minggu daripada sakura whitcomb..
namun spesies sakura ni merupakan jenis zakura-yae(lebih daripada 5 kelopak),
sedangkan sakura whitcomb bukan zakura-yae..

11- whitcomb cherry
(whitcomb)




~ sakura jenis ni berbunga dari bulan februari hingga mac
~ kelopak bunganya terdiri daripada 5 kelopak yang berwarna pink dan putih di hujung
~ jarang ditemui


* sakura jenis ni berkait rapat dengan sakura musim luruh dan juga merupakan
sakura terawal yang berbunga bagi permulaan musim bunga..bunga-bunganya
mula mekar dengan warna pink pada akhir januari dan mekar penuh di sekitar
bulan mac..warnanya berubah daripada pink terang kepada putih sebelum gugur..*

12- sakura musim luruh
(autumnalis)




~ sakura ni berbunga sekitar bulan oktober hingga mac
~ ia berwarna pink cerah
~ spesies ni jarang ditemui


*sama seperti namanya,spesies ceri musim luruh berbunga
hanya pada musim luruh..bunga-bunga mula berkembang pada
musim luruh dan semua bunga mekar pada bulan januari dan februari..
tetapi jumlah bunga jenis ni tidak sebanyak bunga yang mekar pada musim bunga..*


comel kan bunga sakura..petals dia kecik-kecik je..nanti dah kawen nak tanam kat rumah la..hahaha


Xoxo,
yanie

A life




I learn to appreciate..
Every step that i took..
Every person that i met..
Every lesson that i learnt..
Every hardship that i faced..

So that in d future if people ask me of what had i got through the journey,
I can proudly said
"I got a life"


Sebab hidup ni singkat..
Jangan hanya fokus pada satu benda..
Make ur life a better one :)
Kutip sebanyak mana benda berguna dalam hidup..



Xoxo,
Yanie


Bersediakah kita?

Assalamualaikum w.b.t...


mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar.
Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan.
Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali.
Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.
Rujuk surah yassin ayat 52-54.
ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.
Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.
Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.
Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab.
Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar.
Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.
         
Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash.
Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga.
Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia.
Tiada satu pun yg tertinggal.
Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.
1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
         
Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita.
Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan.
Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.
Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka.
Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).
      
Kita yang perempuan, jagalah diri  kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.
Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita.
Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat.    
hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
        
Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..
Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..
Wallahu'alam


Xoxo,
Yanie