cara stop automessage "thanks for following me" di twitter

Assalamualaikum w.b.t...



Mesti ramai yang geram and xtau cara nak stop automessage kat twitter kn..
means mesej kt smua follower baru tu..walopon kita xde niat secubit pn nk mesej follower baru tu..



Contoh macam gamba kat atas tu..
xpenah tau pun twitter ada send mesej kt smua follower..tau2 dah ada noti orang reply..org yg xreply tu xkesah la kn..dhla kekadang yg mereply tu org pepelik..ngee

So..meh yanie tnjuk cara nak disable automessage tu meh..even dh ada yang tau..sila tgk jugak..eheh

1 - pegi kat justunfollow.com,login guna twitter acc..lepastu tgk kt belah kiri ada punat yg tnjuk 3garisan..tekan yg tu..akn klua mcmni..




2 - then tekan pekataan "automate" kt bahagian bawahhh skali tu..akn klua mcm gamba kt bawah ni..



3 - then tekan bulat biru tu..bia jadi kosong..then save..siappppp ^-^




Moga2 lepasni dh xde dh isu or salah paham timbul..penat la jgk nk menjawab ngan sorg2..ngee


xoxo,
yanie

Study

assalamualaikum w.b.t...










Orang selalu tanya, macamana nak improve or increase mood study when you feel down tahap jatuh bangunan patblas tingkat..

Easy actually..bila dah tahap xde mood nak study, jangan paksa study..

Try to calm down and think for a sec..pejam mata, imagine muka parents..muka family..above all, recall balik our main purpose of entering college..of beginning the first step..


Tak kesian ke parents datang hanta study jauh2?

Tak rasa bersalah ke dengan adik beradik lain?

Tak rasa macam atas bahu tu ada tanggungjawab besar ke?

Tak rasa bersalah dengan diri sendiri ke bila malas2 macamtu..

Tak kesian dengan diri sendiri?

Paling penting, tak rasa bersalah dengan Dia ke? Sebab tugas tu satu amanah..


Bila dah jadi student maknanya ada amanah besar kat atas kepala..

Bukan setakat atas bahu dah..

Tugas untuk belajar..di samping tugas untuk Dia..

Dan seberat2 sesuatu adalah amanah..


Tarik nafas, betulkan niat..


Niat baik insyaAllah Allah permudahkan..



xoxo,

yanie

cinta pertama

assalamualaikum w.b.t..









CINTA PERTAMA



Siapa sangka, teori cinta pertama sememangnya wujud..
Saat kau buka mata di hari pertama kau memikul tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Tuhan..
Saat kau mula kenal dunia ini tidak sesunyi yang kau impikan..
Tidak seindah yang kau bayangkan..
Saat kau belum lagi mengecap makna sebenar dunia..
Saat kau mulakan kerlip pertama..
Saat kau pertama kali menatap wajah si dia – IBU & AYAH

Dan cinta pertama itu sememangnya hanya untuk kau..
Sedang ibumu dan ayahmu terlebih dulu menangis kerana cinta..
Terharu dengan hadirmu..
Saat kau belum lagi punya nyawa apatah lagi satu jasad utuh..

Cinta itu tak pernah padam..
Orang kata, cinta itu menyakitkan..
Cuba imbas kembali..
Kerana cinta ibu dan ayah melarang..
Kerana cinta ibu dan ayah menghalang..
Kerana cinta ibu dan ayah mengawasi seteliti mungkin..

Namun, benarlah kata bijak pandai..
Saat kau mula kenal dunia, mula hanyut dan leka, cinta itu bagai tiada apa-apa..
Kau mula menolak kekasih kurniaan Allah..
Kau mula menjadi penyebab gugurnya setitis air mata..
Kau mula lupa pada erti cinta pertama..
Dan kau mula mengejar cinta dunia..

Sedang kau menikmati usiamu, mereka makin meniti hari-hari senja..
Lupakah kau pada cinta pertama?
Coretan kisah cinta ulung dalam sejarah hidupmu..
Lupakah kau pada setiap kasih setiap sayang?
Pejam mata, imbas kembali..
Tak salah untuk toleh ke belakang..
Hanya sekadar untuk kenal erti menghargai..

Muhasabah diri..belajar untuk bersyukur pada Illahi..




xoxo,
yanie

sayang anak tangan tangankan

assalamualaikum w.b.t...








for a lil sec, teringat ceramah yang penah dengar masa kat penang dulu.. 


pepatah melayu ada menyatakan
"SAYANG ANAK TANGAN-TANGANKAN"
namun,ramai antara kita hanya melihat kata-kata tersebut dari satu pandangan sahaja..
bagi kebanyakan orang,ayat tersebut bermaksud jika sayangkan anak,pukul anak..
berbeza pandangannya dari segi Islam..

islam tak menafikan if sayangkan anak tangan-tangankan..
namun,tugas tangan bukan terletak hanya dalam satu konteks sahaja..
tangan bukan hanya untuk memukul..
tangan bukan untuk menyakiti..

tetapi tangan untuk memimpin..
tugas tangan untuk membelai..
tugas tangan untuk mengusap..
tugas tangan untuk mendidik..

tak semestinya untuk mengajar anak melakukan sesuatu,
anak perlu dipukul..
tak semestinya anak perlu disakiti untuk mendidik..
namun,
belailah mereka..
usaplah mereka..
didik mereka dengan cara Islam..
pimpin mereka untuk menuju al-Jannah..

Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang..
Allah tidak sukakan kekerasan..
Allah mengajar hamba-hambanya untuk menyayangi..
mendidik dengan cara yang lembut..
mengasuh dengan penuh kasih..
membelai untuk menunjuk jalan yang benar..

tak perlu memukul untuk mendidik..
tak perlu berkeras untuk mengajar..
tak perlu menyakiti untuk menunjuk jalan..

Islam itu indah
Islam itu penuh kasih sayang
Islam itu penuh kelembutan..


terkadang yang lembut itu lebih berkesan
terkadang yang dididik dengan senyuman itu lebih mujarab..
terkadang yang diusap itu yang mmpu menggoncang dunia..



xoxo,
yanie

pesanan buat kita semua

Assalamualaikum w.b.t...




Pesanan buat sahabat2 di luar sana.... kita sebagai hamba hanya mampu melihat melalui zahir shj.. selebihnya serah pd DIA.. 
Untuk Adam..andai mahu mencari hawa.. 

1. Jgn dilihat pd purdah mahupun tudung semata-mata..kerna hawa hari ini tidak lagi seperti dulu.. lihatlah pd telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pd kulit lelaki lain tanpa lapik.. fikirlah semasaknya utk menyuntingnya.. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.. 
2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya.. andai kata-katanya berbisa, dan mudah bermanja2 dgn lelaki yg bukan mahram, atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.. khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami.. 
3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.. andai tidak redup menunduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya.. khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.. 

Dan Untuk Hawa.. andai mahu menerima cinta adam.. 

1. Jgn dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pd aktiviti malamnya.. andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kernamaksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba.. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah.. 
2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya.. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola.. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerna aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.. 
3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara.. andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.. khuatir apabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..



Xoxo,
yanie