zuhud itu lebih baik

assalamualaikum w.b.t...



haritu ade someone tanye bout zuhud..sebab yanie ade tulis pasal zuhud kat fb..:)
zuhud bermaksud bersederhana dan tidak mementingkan dunia..
bukan bermaksud miskin atau xberharta..kekadang ramai yang salah anggap..
letak dunia di tangan,Allah di hati..itu zuhud..:)




عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ قَالَ أَتَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- رَجُلٌ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ دُلَّنِى عَلَى عَمَلٍ إِذَا أَنَا عَمِلْتُهُ أَحَبَّنِىَ اللَّهُ وَأَحَبَّنِىَ النَّاسُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « ازْهَدْ فِى الدُّنْيَا يُحِبَّكَ اللَّهُ وَازْهَدْ فِيمَا فِى أَيْدِى النَّاسِ يُحِبُّوكَ »

Dari Sahl bin Sa’ad As Sa’idi, ia berkata ada seseorang yang mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas berkata, “Wahai Rasulullah, tunjukkanlah padaku suatu amalan yang apabila aku melakukannya, maka Allah akan mencintaiku dan begitu pula manusia.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Zuhudlah pada dunia, Allah akan mencintaimu. Zuhudlah pada apa yang ada di sisi manusia, manusia pun akan mencintaimu.” (HR. Ibnu Majah dan selainnya. An Nawawi mengatakan bahwa dikeluarkan dengan sanad yang hasan)

 
Abdul Rahim bin al-‘Althi al-­Baghdadi, seorang faqih dan ahli hadis yang zuhud..para Ahli rijal menyifatkannya sebagai “..seorang guru yang mulia, alim, arif, salah seorang dari guru-­guru hadis yang terhormat, beriltizam dengan al-sunnah, zuhud, mempunyai kemuliaan, kewarakan, adab dan ilmu.”

Al-Barzaali telah berkata tentang tokoh ini: “Beliau merupakan muhaddith di Baghdad di zamannya, dan disifatkan sebagai pengikut setia, penolong dan pembela al-sunnah.” Al-Zahabi pula berkata: “Beliau mempunyai pengikut­-pengikut dan sahabat yang beramar ma’ruf dan nahi mungkar”
 
Bisyru bin al-Harith al-Hafi Rahimahullah, juga seorang ahli zuhud yang mahsyur..
 
apa yang kita ada hari ni pun pinjaman dari Allah kan..
xsalah kita zuhud..utamakan akhirat,bersederhana dengan dunia..nescaya terselit berkat dalam setiap harta yang kita ada..insyaAllah..:)
 
sabda Rasulullah SAW: “Dunia itu adalah tanam-tanaman untuk Akhirat.” (Riwayat Al ‘Uqaili)
 
itulah islam yang sebenar..:) islam sentiasa mengajar n mendidik kita untuk menjadi seorang hamba yang tau bersyukur..jadikan dunia sebagai platform untuk kita tempuh alam akhirat yang kekal untuk selama-lamanya..
 
islam xsuruh tinggalkan dunia,fokus akhirat sahaja..
islam jugak xajar fokus dunia tinggalkan akhirat kan..:)
tapi islam suruh kita seimbangkan..cari dunia untuk kejar akhirat..

dunia itu ada 5 peringkat..dunia yang wajib,sunat,haram,makruh dan harus..

DUNIA yang WAJIB

dunia yang wajib diambil selagi ia halal ialah sekadar keperluan asas saja. Yang tidak boleh tidak (dharuri), yang mesti ada seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian dan lain-lain lagi. Kalau tidak diambil akan berlaku kecacatan di segi syariat atau di sudut fizikal. Siapa meninggalkannya, haram hukumnya kecuali setelah diusahakan tidak berjaya memperolehinya. Ini tidak menafikan zuhud
 
DUNIA yang SUNAT
 
 dunia yang sunat diambil ialah perkara yang digunakan (selagi halal) untuk kemudahan di dalam menunaikan tanggungjawab yang wajib serta digunakan untuk menghasilkan perkara yang tidak boleh tidak
 
DUNIA yang HARAM
 
dunia yang haram kenalah ditolak terus seperti arak, wang judi, rasuah, hasil riba, hasil zina, tipu, rompak dan lain-lain lagi. Ini kerana perbuatan yang haram itu akan membawa ke Neraka
 
DUNIA yang MAKRUH
 
dunia yang makruh diambil iaitu harta-harta yang syubhat..iaitu perkara-perkara yang samar-samar bercampur antara yang halal dan yang haram, yang tidak dapat dipastikan yang mana halal dan yang mana haram. Maka hukumnya makruh. Bagi orang yang warak, dia terus meninggalkannya. Sesiapa yang terlibat dengan harta syubhat ini ternafilah zuhudnya kerana ia dibenci
 
DUNIA yang HARUS
 
dunia yang mubah (harus) diambil iaitu yang berbentuk untuk bersedap-sedapan, untuk keselesaan seperti kerusi yang mewah, buaian, kerusi rehat, tilam, katil yang mahal, bilik yang agak luas daripada kadar biasa tetapi tidak keterlaluan besarnya, kenderaan yang mewah dan lain-lain lagi, selagi halal..cuma hisabnya banyak dan ia juga menafikan zuhud


jadilah dunia warrior akhirat hunter..
kejar redha Allah bukan cinta dunia..
pembangunan,harta,kemewahan tu xsalah..tapi biar berpada..
jangan jadi hamba pada dunia..:)


xoxo,
yanie

No comments: