sifat mulia pada anjing

assalamualaikum w.b.t...




 
 
Hassan Al-Basri r.a mengatakan bahwa pada anjing ada sifat mulia yang perlu diteladani oleh setiap orang mukmin.

 
Pertama
Anjing itu sentiasa lapar,dia jarang makan sampai kenyang.Sifat ini adalah sifat orang-orang soleh.

Kedua
Anjing tidak mempunyai tempat yang tetap.Dia selalu berpindah randah mengikut keperluannya. Sifat ini adalah sifat orang-orang yang bertawakkal kepada Allah.

Ketiga
Anjing tidak tidur pada waktu malam,melainkan sedikit sahaja.Dia selalu berjaga-jaga. Sifat ini sama seperti sifat orang-orang yang cintakan Allah, sentiasa renggang punggungnya dari tempat tidur kerana bermunajat kepada Allah.

Keempat
Jika anjing mati,dia tiada barang yang diwariskan dan tidak ada pula yang mewaris.Sifat ini adalah sifat hamba-hamba Allah yang zuhud.

Kelima
Anjing tidak suka meninggalkan tuannya, tidak merajuk atau melarikan dirinya daripada tuannya sekalipun dipukul dan dimarah. Sifat inilah tanda-tanda yang dimiliki oleh para murid yang siddiqin yang sedang belajar dengan Gurunya. Tidak marah dan tidak merajuk walaupun dia diuji dengan berbagai-bagai ujian.

Keenam
Dia lebih redha dan lebih suka bertempat di tanah,tidur di tanah atau tempat-tempat yang lebih rendah daripada tempat manusia.Ini adalah tanda-tanda orang yang tawadu’, orang-orang yang suka merendah diri dan tidak menyombong.

Ketujuh
Jika tempatnya diambil alih oleh orang lain atau ditempati oleh benda lain, dia pindah ke tempat lain tanpa merasa marah atau berdendam.Inilah tanda-tanda hamba Allah yang redha akan bahagiannya.

Kelapan
Jika ia dipukul,dihalau atau dibaling dengan benda-benda yang menyakitkan,dia menerimanya.
Tidak ada perasaan dendam kesumat terhadap perkara-perkara yang lepas. Inilah tanda-tanda hamba Allah yang khusyuk.

Kesembilan
Jika anjing melihat orang makan,dia melihat saja dari jauh, tidak meminta-minta atau menganggu.Jika diberi makan atau tidak diberi,dia diam sahaja. Inilah sifat orang miskin yang redha akan pemberian Allah s.w.t.

Kesepuluh
Jika dia berjalan atau pergi dari tempat asalnya,tidak menoleh-noleh ke belakang. Inilah tanda-tanda orang yang susah.
 
 
 
xoxo,
yanie

2 comments:

Amie said...

Tag ke 10 itu... menarik! Tanpa menoleh ke belakang...

yanie said...

betul2! ^_^ xmenoleh kebelakang..sntiasa fokus ke dpn..:)