6 makanan terbaik untuk otak :)

assalamualaikum w.b.t...


menurut pakar, makanan yang kaya dengan antioksidan n omega-3 fatty acid sememangnya dapat meningkatkan kesihatan minda dan ingatan..
dari buah-buahan kepada makanan berunsur ikan..
jum2 tengok ape list makanan yang boleh boost up daya ingatan kita..:)


6 - Walnut


kalau tengok pun walnut ni dah macam bentuk otak kan..:)
so,maybe tu salah satu cara Mother Nature bagitau kita apa kelebihan walnut..hehe
indeed,masa tahun 2009,kajian dalam Journal of Nutrition menemui bahawa diet yang mengandungi walnut dapat mengurangkan risiko otak cepat berusia serta dapat meningkatkan kebolehan otak berfungsi dan memproses maklumat..

selain itu,kajian pada tahun 2010 yang dibentangkan di International Conference of Alzheimer's Disease mendapati,tikus yang digunakan dalam kajian itu menunujukkan peningkatan dari segi learning,daya ingatan dan motor coordination selepas diberi makan walnut..

walnut mengandungi antioksidan yang tinggi,yang mana menurut sesetengah saintis dapat mengurangkan kerosakan DNA otak disebabkan oleh free radical dalam badan kita.. 




5 - Carrot





carrot sememangnya kita dah tau bagus untuk mata kan..:) n sekarang lepas kajian dilakukan,ternyata carrot jugak bagus untuk otak..

carrot mengandungi kandungan luteolin yang tinggi..menurut kajian yang dibentangkan pada 2010 dalam journal Nutrition, luteolin bertindak untuk mengurangkan memory deficit berkaitan umur serta mengurangkan inflammation dalam otak..dalam kajian tu,tikus yang digunakan diberi makan 20miligram luteolin sehari dan telah reduce inflammation dalam otak dorang..
saintis memberitahu yang luteolin jugak membantu restored memory macam orang muda..

selain daripada lobak,olive oil,peppers n celery pun tinggi kandungan luteolin..:)



4 - Berries



 menurut beberapa kajian,menambah sajian berries ke dalam diet harian merupakan something yang bagus kalau kita nak improve our memory..:)

satu kajian yang disiarkan pada 2010 dalam Journal of Agricultural and Food Chemistry menyatakan bahawa selepas 12minggu of daily supplement of blueberry juice,sembilan older adult yang mana dah mengalami beberapa masalah kesihatan menunjukkan perubahan ke arah better learning n recall abilities yang mana setanding dengan group of adult yang x ambik supplement tu..supplement blueberry jugak boleh mengurangkan kadar kemurungan..

dan pada tahun 2009,report dalam Journal of Nutrition menyatakan bahawa saintis telah membuat kajian tentang buah-buahan terutamanya blueberries dan strawberries yang mana buah-buahan ni mengandungi antioksidan yang tinggi yang boleh mengurangkan stress cell yang berkait rapat dengan aging dan kemampuan menerima maklumat dalam otak..

dalam satu kajian,saintis menggunakan tikus yang berumur 6bulan dan diberikan supplement mengandungi extract blueberry dan strawberi sebagai diet mereka (2%) untuk tempoh 9bulan..tikus itu menunjukkan peningkatan dari segi memory skills berbanding tikus yang tidak diberikan supplement..



3 - Ikan



though kajian baru2 ni mendapati supplement minyak ikan xbanyak membantu dalam masalah Alzheimer,tapi kajian lain menunjukkan bahawa makan ikan yang mengandungi omega-3 fatty acid yang tinggi dapat membantu memperlahankan masalah berkaitan faktor usia..

kajian pada tahun 2005 dalam journal Archives of Neurology mendapati bahawa mereka yang berumur 65tahun dan keatas yang mengambil 2 hidangan ikan dalam seminggu untuk tempoh 6 tahun telah mengalami 13% penurunan dari segi masalah berkaitan usia berbanding mereka yang tidak mengambil hidangan ikan dalam diet harian..

ikan kaya dengan vitamin B12 yang juga membantu mengurangkan Alzheimer - menurut kajian dalam journal Neurology pada tahun 2010..



2 - Coffee & Tea



 coffee n tea bukan je tahan kita daripada tidor untuk study n all..tapi jugak bertindak sebagai agen untuk mengurangkan risiko Alzheimer n meningkatkan cognitive function..

kajian pada tahun 2010 dalam journal of Alzheimer's Disease mendapati bahawa tikus yang disuntik dengan sel untuk Alzheimer dan diberi caffeinated coffee telah menunjukkan tanda lambat mengalami Alzheimer..
berdasarkan kajian tu,menurut saintis,coffee boleh disediakan sebagai salah satu therapeutic treatment untuk those yang ade Alzheimer's disease..

teh jugak menunjukkan peranan yang sama..berdasarkan kajian pada 2010 dalam Journal of Nutrition,Health n Aging,tea-drinker did better than non-tea-drinker dalam test on memory n information processing..



1 - Spinach / Bayam




 ofkos mak2 kita selalu suruh makan bayam,makan sayur kan..sayur hijau atceli kaya denga vitamin A,C,E yang mana banyak kajian dah membuktikan yang vitamin ni perlu untuk cognitive abilities..

pada tahun 2000,kajian dalam Journal of Gerontology menunjukkan tikus yang diberikan diet yang mengandungi supplement vita E telah mengalami peningkatan nerve tissue sebanyak 500 - 900 percent dalam masa lebih kurang 8 bulan..sejajar dengan peningkatan penghasilan dopamine dalam otak..dopamine is the "pleasure" chemical yang control pembahagian maklumat dalam otak..

pada tahun 2000 jugak, kajian dalam Journal Brain Research mendapati bahawa tikus yang berusia dan mempunyai masalah ingatan dan motor deficit  yang digunakan dalam kajian telah menunjukkan result yang memberangsangkan selepas diberikan supplement yang mengandungi spinach,strawberries n blueberries..:)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

waa..lepas ni kena banyak makan sayur la nampaknya..ngee..=='
yang lain2 macam oke je..hehe
mesti ade yang tanya kan,nape sume banyak guna tikus je as kajian..
sebab,memang untuk kajian pemakanan or penyakit or something like that,guna tikus lagi berkesan..
coz sistem badan tikus lab lebih kurang ngan sistem badan manusia..:)

okeh..tu je kot untuk malam ni..hehe
thanx sudi baca! ^_^

sumber : Yahoo


xoxo,
yanie

No comments: