as-somad - antara ikhlas dan tidak

assalamualaikum w.b.t...


salam jumaat sume..ai ni cuaca bez sangat..
xpanas,xujan..sedang2 saja..eheh..:p
ai ni jugak yanie dapat bocer buku..^_^
tudiaa..dah bulan 3 baru dapat..hampeh btol kan..
xpela..bukan nak pegi beli buku skrg pon..heheh
hurmm..ai ni macam menarik je nak kongsi pasal As-Somad..
maybe ramai yang dah tau kan ape makna As-Somad ni..n maybe jugak tak..
okeh..xpela..yanie nak bagitau jugak..^_^



As-Somad bermaksud The Self-Sufficient,The Eternal,Everlasting Satisfier of Every Need..
or kalau dalam bahasa melayunya,
Tempat Bergantung,Tempat Meminta Sesuatu,Tempat Memohon,Selama-lamanya Tumpuan Seluruh Makhluk..
tamparan hebat untuk diri sendiri*dushdush* - ikhlaskah kita menjadikan Allah itu sebagai As-Somad?
ikhlaskah kita meletakkan Allah sebagai pemilik tempat teratas?ikhlaskah? *muhasabah diri*
astaghfirullahalazim..nauzubillah..moga2 kita berada dalam kelompok yang mengesakan Allah S.W.T
أول صلاح هذه الأمة باليقين و الزهد وأول فسادها بالبخل و الأمل – رواه البيهقي

“Permulaan keelokan umat ini ialah dengan yakin (yang sahih) dan kezuhudan, dan permulaan kerosakannya ialah dengan kebakhilan (yakni tidak mahu berbelanja di jalan Allah) dan angan-angan (berkenaan kemewahan dunia).” (HR Al-Baihaqi di dalam kitab Syu’bul-Iman)
contoh,jika kita dalam keadaan terdesak..
toleh kiri kosong..toleh kanan lengang..toleh belakang sunyi..tumpu ke depan sepi..
masa tu la saatnya kita mengharapkan pertolongan Allah..
saat kita bersendirian..no one will help us..saat kita sunyi..
dan..Allah itu ada..mungkin masa tu doa kita ikhlas..hati kita suci..airmata kita tulus..
tapi jika situasi sebaliknya?
kita ada orang lain untuk dijadikan tempat bergantung..
kita ada orang sekeliling untuk kita meminta bantuan..
kita ada kawan2 untuk kita hilangkan kesunyian..
masa tu adakah kita ingat Allah?adakah kita terlintas sesaat pada Allah?
adakah kita berdoa meminta2 pada Allah?
mungkin tak..mungkin juga ya..
tapi saat tu melalaikan kita daripada mengingati Allah..
dan..ada kalanya kita terlampau leka dengan tipu dunia..
kita sunyi,kita sepi,kita sedih..
tapi kita ego!ego untuk meminta pada Allah..
sedangkan Allah sendiri menegaskan..



قُلْ هُوَ اللّهُ أحَدٌ اللّهَ الصَّمَدُ

“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Dialah Allah, Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.” (Al-Ikhlas 112: 1-2)
subhanallah..:')
refleks jiwa..muhasabah diri..tanya hati..
adakah kita benar2 ikhlas?
adakah kita ikhlas dengan cinta kita kepada Allah?
merujuk kepada surah al-ikhlas,
seorang sahabat pernah datang kepada nabi,
menceritakan bahawa sahabat yang lainnya suka sangat membaca surah al-ikhlas.
bila ditanya kenapa?


 ‘kerana aku mencintai surah ini’

' kerana dengan sebab cintanya kamu akan surah ini,Allah juga mencintai kamu’

’kerana kecintaan kamu terhadap surah ini, Allah memasukkan kamu ke dalam syurga’

allahuakbar!:')
mereka baca kerana cinta..
mereka baca dengan penuh keihklasan..
tapi kita?
kenapa baca surah al-ikhlas?
sebab pendek?
sebab senang nak hafal?
*muhasabah diri*
dan..sebagai penutup,
tanya hati - adakah kita ikhlas menjadikan Allah sebagai As-Somad?
p/s - maybe ada yang bertanya,kenapa xde pun perkataan al-ikhlas dalam surah al-ikhlas? maaf,tiada jawapan untuk soalan tu..>_<
xoxo,
yanie





1 comment:

muslimah sejati said...

salam ukhwah :) dtg dari GA yang sama :) all the best ^^
http://awekbananana.blogspot.com/2013/05/simple-giveaway-by-nina-hani.html