nikmat Allah itu rahsia

assalamualaikum w.b.t...


oke..muhasabah diri lagi..:')
blog ni memang citer pasal umum pun kan..
eheh..so sesape yang x berminat nak baca,xkesah..
teruskan baca n kutuk..or teruskan baca n ambik imput..
or xnak baca nak tekan 'x' terus pun bole..^_^
its all on you..:)
 
atceli ade something yang memang merobek hati ni saat ni..
people ever said,
 
"airmata yang terbit di mata,senang untuk kita hapus..
tapi airmata yang mengalir di hati sukar untuk dipadam..
ia akan menggores luka dalam dan akan menjadi parut untuk selamanya"
 
faham kan mesej ayat tu..:)
gud2..
 
yeah..kekadang rasa macam dunia ni xadil je kan..
kekadang rasa macam sume benda menyakitkan ati..
apa yang kita nak x selalunya kita dapat..
tapi sebenarnya,sume ni la yang menguatkan kita..
Allah x bagi ujian kalau kita xleh nak tanggung kan..:')
dalam Quran pun jelas menyebut,
 
"dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya " - al-mukminun (62)
 
kekadang Allah tiupkan rasa sedih,sayu,alone,rasa nak memberontak n so on..
bukan sebab Allah tak sayang..
tapi sebab Allah nak kita ingat Dia walaupun untuk sesaat..
Allah rindu nak dengar kita merintih,menangis,memohon kat Dia..
subhanallah..sweet kan Allah..:')
 
setiap ujian yang Allah bagi tu sebab Allah nak suruh kita muhasabah diri..
Allah tak nak kita terus lalai dengan tipu dunia..
Allah nak kita bertafakur sejenak..amati alam sekeliling kita..
tak semua berlaku mengikut kehendak hati kita..
tapi semua yang berlaku PASTI atas aturanNya..
Allahuakbar..:')
 
mungkin Allah tak nak bagi apa yang kita nak hari ni..
tapi mana kita tahu,Allah dah aturkan yang lebih baik untuk kita esok..
aturan Allah tu indah sangat..
siapa kita untuk menidakkan?
kita juz berhak untuk meminta dan terus meminta..
ingat Allah..dan Allah akan ingat kita..:')
tu pun Allah dah sebut dalam Al-Quran kan..
 
"oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu)" - al-baqarah (152)
 
think positive..setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..:')
Allah tak bagi rasa sakit..melainkan nikmat sihat kemudiannya..
Allah tak bagi rasa sedih..melainkan ada rahsia gembira sebaliknya..
Allah tak bagi rasa sengsara..melainkan rasa bahagia sesudahnya..
Astaghfirullahalazim..:')
nikmat Allah itu datang tepat pada masanya..
tugas kita hanya untuk bersyukur dan redha..
insyaAllah sedikit demi sedikit kita akan faham erti sebenar sesuatu rasa yang Allah berikan..:)
 
"apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana" - fatir (2)
 
jangan hanya sentiasa mengharapkan yang terbaik..
tapi berusahalah untuk jadi yang terbaik..:')
 
xoxo,
yanie


No comments: