Adam dan air mata

assalamualaikum w.b.t...


Bila tiba masanya lelaki menitiskan air mata,


“Macam bapok je”
"Eh,ade ke laki nangis?? Lembut kott..”
“Eeeuuww..Laki macho mane nangis laa..”



SALAH KE LELAKI MENANGIS?

tahukah kamu..sebenarnya lelaki lebih banyak menangis..
namun,tangisan itu tersembunyi sebalik kekuatan akalnya..
itu juga jawapan mengapa Allah ciptakan lelaki lebih kuat akalnya berbanding wanita..
dan itu jugalah sebab mengapa tidak lain yang terlihat pada mereka melainkan ego yang tinggi..
lelaki menangis..tak semestinya menggambarkan mereka lemah..

Bahkan dalam sirah Nabi Muhammad S.A.W juga diriwayatkan bahawa baginda menitiskan air mata saat mencium anak lelakinya Ibrahim,ketika menghembuskan nafas terakhir. Melihatkan air mata Rasulullah, Abdul Rahman bin Auf tercengang dan berkata, “Engkau menangis wahai Rasulullah,”. Nabi menjawab, “Ini adalah rahmat Tuhan,” dan bersabda “Airmata berlinangan,hati terguris kesedihan namun kami tidak akan berbicara kecuali yang diredhai Allah. Wahai anakku Ibrahim,sungguh kami sedih akan perpisahan ini.”
xpernah menjadi suatu kesalahan atau sesuatu yang dipandang rendah sekiranya kaum Adam menitiskan air mata.
kadangkala air mata itu menggambarkan bahagia..
ada ketika air mata itu menyimpan seribu cerita..

xsalah jika lelaki menangis..
mereka juga insan biasa yang punya rasa untuk diungkap..
namun kadangkala kaum Adam lebih gemar untuk mengunci bicara..
bukan kerana ego..

tetapi mereka sekadar ingin menyembunyikan derita sebenar..
selagi mereka mampu menompang rasa yang ditanggung,kaum Adam sukar untuk menangis..
sampai suatu saat,titis jernih itu pasti jua singgah pada seraut wajah insan bergelar LELAKI..
saat itu,mungkin kesabarannya telah lama teruji..
mungkin deritanya telah lama terkunci..
mungkin sakitnya sudah tidak terperi..

ketahuilah..memang sukar untuk lelaki mengalirkan air mata..
tetapi setitis air mata yang gugur,ianya terkandung seribu makna mendalam..
tidak kau lihat tangis si adam..terlindung sebalik ego menggunung..
tidak kau lihat tangis si adam..tersimpan sebalik keringat nan luhur..
tidak kau lihat tangis si adam..tersembunyi sebalik teguh tuturnya..
lelaki juga manusia..mereka juga menangis tatkala sendiri..
menyedari tanggungjawab yang besar tergalas di bahu..tanggungjawab di hadapan Allah..:')
merekalah pembela agama..
merekalah pembela saudara..

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tiap mata pasti akan menangis pada hari kiamat kecuali mata yang dipejamkan dari segala yang haram dan mata yang berjaga malam dalam jihad fisabilillah dan mata yang menitiskan air mata walaupun sebesar kepala lalat kerana takutkan Allah s.w.t." (Riwayat Abu Naim)


p/s - lagipun,menangis ni ade benefit dia..:) for both gender..
nantilah next entry ke yanie story pasal tears pulak ey..^_^


xoxo,
yanie




No comments: